Hiburan

Isu bayar saman Datuk Awie terkilan

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie terkilan apabila dikatakan sudah menjelaskan saman berkaitan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis amal baru-baru ini, sekali gus memberi tanggapan negatif masyarakat.

Katanya, dia juga orang biasa yang perlu menunggu perkembangan siasatan dan tidak mungkin keputusan kes berkenaan sudah diterima sedangkan keterangan kepada pihak polis hanya dibuat malam kelmarin.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya sumber yang mendakwa saman sudah dilunaskan. Apabila hal tidak betul diwar-warkan tanpa mendapatkan komen saya, tentu saja semakin mengundang salah faham.

“Tolong jangan memandai-mandai. Saya sudah berikan kerjasama pun dengan bagi keterangan dalam sesi kira-kira dua jam. Segala permintaan pihak berkuasa sudah saya tunaikan. Saya pun orang biasa, kena ikut prosedur.

“Kena tunggu juga perkembangan lanjut. Kalau perlu ke mahkamah, saya akur. Saya cuma mampu berdoa semoga semuanya baik-baik saja. Ini dugaan kecil. Paling penting acara itu ikut SOP ketat sama ada daripada kami selaku penganjur dan hotel sendiri.

“Tetamu istimewa kami iaitu penarik beca yang dijemput juga memakai topeng muka, scan QR kod, ambil suhu dan jaga jarak. Namun video pendek yang diviralkan terus buat orang tuduh kami langgar SOP. Apa pun kerja amal tidak akan saya hentikan,” katanya kepada K! Online.

Terdahulu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dikecam netizen selepas video berdurasi 40 saat pada majlis amal membabitkan penarik beca disebarkan di laman sosial hingga vokalis Wings itu dipanggil polis memberikan keterangan.

Mengenai penularan video berkenaan dan kec4man, Awie lebih selesa tidak buruk sangka terhadap warga maya sebaliknya yakin kebenaran akan terbukti.“Tidak mengapa (dikec4m) sebab mereka disogokkan secebis saja klip daripada keseluruhan kejadian sebenar. Memang saya ada berdiri seketika. Ia disebabkan saya terharu melihat abang-abang penarik beca menyanyikan lagu saya.

“Ramai yang rata-rata pertama kali berjumpa saya malah ada yang mengakui baru merasa diraikan dalam majlis buka puasa di hotel. Sudah tentu saya sebak sampai tak sengaja berdiri.

“Tetapi lepas melihat ada yang nampak cuba mendekati, saya ada sebut ikut SOP, terus masing-masing jaga jarak semula. Bahagian itu tidak ditunjukkan pula. Saya pun tak salahkan mereka (penarik beca),” katanya lagi.

Awie yang sebelum ini aktif membantu golongan memerlukan bersama kelab peminatnya, Sayap Sayap Wings hanya mendoakan kesejahteraan semua pihak termasuk yang terus mengecamnya di laman maya.

“Saya Tak Nak Jadi ‘B0doh’ Macam Dia, Cukuplah…,” – Tak Mahu Fikir Peny4kit Misteri, Datuk Awie Fokus Keluarga & Kerjaya

Penyanyi senior, Datuk Awie mendedahkan tahap kesihatannya kini telah pun beransur pulih dan dia juga dinasihatkan untuk tidak terlalu memikirkan mengenai penyakit misteri yang pernah dialaminya sebelum ini.

Jelas Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, selepas menjalani beberapa siri rawatan, dia sebolehnya mahu melawan penyakit tersebut dengan cara yang lebih berhemah dengan mendekatkan dirinya dengan agama.

“Alhamdulillah, keadaan saya baik-baik sahaja. Selepas banyak kali berubat, saya dinasihatkan untuk lupakan perkara yang menghantui saya.

“Setakat ini saya okay sahaja. Hari demi hari saya cuba bertahan tapi ada kalanya, ada juga yang datang mengganggu.

“Baru-baru ini saya juga ada rasa seperti diganggu tapi saya lawan secara berhemah dan seperti orang yang beriman.

“Kalau kita lawan dengan cara ‘bodoh’, saya akan jadi sebodoh orang itu juga. Saya tak nak jadi bodoh macam dia. Cukuplah…,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, pada ketika ini, dia hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap keluarga serta kerjayanya sebagai seorang anak seni.

“Sekarang ini, saya cuma fikirkan untuk besarkan anak saya yang baru lahir. Saya mahu ada satu keluarga yang bahagia.

“Saya juga hanya nak kerja untuk masa depan yang lebih baik dan menghiburkan mereka yang menyokong saya,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Datu Awie mendedahkan dia kini berhasrat untuk menubuhkan ‘School Of Rock’ bagi mencari pelapis dan bakat-bakat baru yang mampu meneruskan legasi band-band rock tanah air seperti Wings dan Search.

“Sekarang pula saya sedang merancang untuk mengembalikan muzik-muzik lama seperti zaman dulu. Saya ingin tubuhkan ‘School Of Rock’.

“Di sana saya akan melahirkan bakat-bakat baru dan gilap kebolehan mereka supaya mereka boleh dapat apa yang kami pernah kecapi

“Ilmu-ilmu seperti ini tak semua orang ada, jadi saya nak curahkan segala ilmu untuk melahirkan seorang penyanyi atau band terbaik atau dalam erti kata lain ‘The Best Malaysian Rock Band’.

“Ketika ini segalanya masih lagi di dalam proses kertas kerja,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Awie bakal muncul dalam episod terbaru Media Hiburan Throwback yang akan bersiaran pada jam 9 malam ini di saluran Astro Prima dan Prima HD.

Program yang dihoskan pengacara, Radin Era itu akan menyingkap segala kisah pahit manis Awie sepanjang bergelar anak seni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *