Hiburan

Jasmin Hamid Ketuk Pakai Senduk, Ruhainies Kata Sakit Boleh Rasa Sampai Sekarang

Semalam telah bermulanya episod pertama drama Cukup Derita Itu yang kini sedang ditayangkan di slot Samarinda, TV3.

Drama adaptasi novel arahan Along Kamaludin itu membariskan ramai pelakon-pelakon hebat tanah air antranya Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid dan Didie Alias.

Baru sahaja memasuki episod pertama, drama tersebut telah pun berjaya menarik perhatian ramai dek kerana lakonan mantap yang telah dipamerkan oleh Jasmin Hamid.

Menerusi salah satu babak di dalam episod tersebut, Jasmin dilihat telah mengetuk kepala Ruhainies dengan menggunakan senduk.

Malah, bunyi ketukan tersebut juga jelas kedengaran seakan-akan memberi gambaran babak tersebut telah dilakonkan secara ‘real’ tanpa sokongan daripada mana-mana bunyi sokongan.

Menurut Hisyam, babak tersebut hanyalah kecil sahaja jika ingin dibandingkan dengan kekejaman yang akan ditunjukkan oleh Jasmin dalam episod-episod yang akan datang.

“Senduk tu baru 5% daripada kekejaman Mak Ngah Gayah,” katanya.

Malah, Ruhainies juga turut dilihat ada memberikan reaksinya berhubung babak tersebut.

“That’s The Real Reaction. Bila tengok boleh rasa lagi s4kit kepala ni,” jelasnya.

Babak berkenaan ternyata telah mengejutkan hati buat sahaja dikalangan para penonton tetapi rakan artis juga.

Menurut pelakon, Mira Filzah, dia juga berasa sangat terkejut sebaik sahaja menonton klip berkenaan.

“Eh Ya Allah sakitnya! Hahaha terkejut I. Bunyi tu macam sakit,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian terhadap kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh para pelakon malah, mereka juga turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton keseluruhan drama ini.

“Ketukannya macam boleh buat orang maut,” komen seorang individu.

“Serius lah, padu betul ketuknya,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Eh kita yang dengar ni pun takut. Menjerit. Siap cakap dengan suami, ‘eh, dia ketuk betul’. Kalau kita jadi anak saudara Mak Ngah awak, takkan merasa dia nak ketuk-ketuk gitu. Ingat bapa kita tak bayar zakat ke,” luah individu lain pula.

Terdahulu, drama Cukup Derita Itu boleh ditonton pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran TV3.

Tak setuju drama Melayu ‘syok sendiri’, Yusof Haslam minta Zed Zaidi berfikir sebelum bercakap – “Tak bagus hina karya anak bangsa sendiri”

KENYATAAN kontroversi dikeluarkan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menyifatkan drama tempatan ‘syok sendiri’ diselar pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam.

Menurut pemilik syarikat produksi Skop Productions Sdn. Bhd itu, kesemua drama tempatan yang diterbitkan sudah dibuat penilaian terlebih dahulu mengenai sasaran penonton sebelum ditayangkan di mana-mana stesen penyiar.

“Saya nafikan (apa yang Zed Zaidi cakap)… kita tak bolehlah kata drama Malaysia syok sendiri.

“Kalau syok sendiri takkanlah drama-drama macam Nur dapat sambutan.

Sebelum bercakap dia kena berfikir dahulu agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Kita (penerbit) buat drama sebab kita ada penonton kita sendiri. Tak baguslah kita menghina karya anak bangsa sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yusof meminta agar Zed lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dikhuatiri menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Tambahnya, sesuatu perkara lebih senang untuk dikritik berbanding melaksanakannya.

“Saya hormat dia sebagai presiden Seniman… tapi berhati-hatilah keluarkan sebarang kenyataan.

Shahrulezad bidas kenyataan Zed Zaidi.

“Sebelum bercakap dia kena berfikir dahulu agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Bercakap memang mudah… tapi untuk melaksanakan (buat drama) bukan senang,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Zed dalam satu laporan media mendakwa drama siri tempatan gagal berada dalam stesen TV Indonesia disebabkan tahap kualiti yang dianggap ‘syok sendiri’.

Susulan kenyataan itu, pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin tampil membidas dengan mengatakan karya yang dihasilkan bukan semata-mata untuk kepuasan diri sebaliknya atas permintaan peminat drama Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *