Amalan

Selepas teruk dik3cam, Najib terus menghubungi Tajuddin “Dia boleh agak apa yg saya nak cakap”

Penjelasan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd Tajuddin Abdul Rahman berkenaan ketiadaannya di tempat kejadian ketika kemalangan transit aliran ringan (LRT) semalam dikecam di media sosial.

Kebanyakannya tidak senang dengan kenyataan “first thing in the morning” yang dibuatnya.

Dalam sidang medianya hari ini, Tajuddin memberitahu yang dia tidak akan meletakkan jawatan susulan kejadian semalam, yang menyaksikan 47 penumpang dirawat di hospital – enam daripadanya dalam keadaan kritikal.

Dia juga menunjukkan rasa kurang senang terhadap pihak yang didakwanya cuba membuat provokasi berkaitan ketiadaannya semalam.

“Saya baru habis tugasan dengan syarikat di Subang petang (semalam), saya pun dapat tahu lambat. Saya pun dah sedia untuk v4ksinasi hari ini. Saya patut terima dos kedua hari ini, you know?” katanya.

Dia juga berkata tahu bahawa pihak lain seperti Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan CEO Prasarana Norila Noah ada di tempat kejadian.

“Semua ada (semalam),” katanya sebelum berkata yang dia terus bercadang untuk ke terus ke lokasi pada pagi ini.

“Bila saya dapat tahu, sudah lewat, saya buat keputusan akan datang ‘first thing in the morning’. Ini bermakna saya memang serius dalam perkara ini. Jadi pagi lagi saya sudah turun, pergi tengok terowong semua,” katanya.

Katanya lagi, perkara paling penting adalah untuk Prasarana terus menjaga perkhidmatan dan penumpang.

Dalam sidang media itu, dia memaklumkan setiap penumpang yang terlibat dalam kemalangan itu akan menerima pampasan RM1,000, selain bantuan kewangan untuk kos perubatan, rawatan susulan dan ganti rugi untuk kehilangan pendapatan akibat kemalangan.

Bagaimanapun, respons Tajuddin berhubung insiden mengejutkan itu telah mengundang kritikan, antaranya daripada Presiden Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Ajit Johl, yang menggesa agar dia letak jawatan atau dipec4t.

Seorang pengguna Twitter, @emirazahari turut mengecam kenyataan Tajuddin.

“Beratus orang cedera semalam. Jika anda tak boleh jawab soalan dengan baik, diam sajalah.”

@Nazharun pula bertanya mengapa Tajuddin tidak mengetahui tentang perkara itu lebih awal.

“Siapa dan di mana pegawai anda? Mengapa mereka tidak beritahu anda segera? Dan mengapa anda bersikap merendah-rendahkan (condescending)?” soalnya.

Najib telefon Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri bertindak menghubungi rakannya itu dan menasihati beberapa perkara penting serta menegur cara Tajuddin mengelola sidang media

“Sebentar tadi saya telefon Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Parlimen UMNO. Dan dia boleh agak apa yang saya nak cakap.

“Beliau mengaku buat kesilapan dalam sidang media mengenai kemalangan LRT.

Justeru, beliau menerima nasihat serta teguran saya untuk:

1) Meminta maaf atas cara pengendalian sidang media sebab tragedi di mana ramai cedera parah bukan masa untuk berseloroh. Dia akui, dia tak sepatutnya mengendalikan sidang media sebegitu rupa. Dia sendiri akui, sidang media itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik dan penuh empati serta maklumat. Dia juga akan meminta maaf kepada wartawan yang hadir terutama wartawan Phoenix TV.

2) Selain menanggung kos perubatan penuh, Tajuddin juga akan meminta Prasarana menaikkan jumlah bantuan kewangan kepada mereka yang cedera dari RM1,000 ke satu angka yang lebih memuaskan. Ini bukan pampasan tetapi bantuan kecemasan untuk mangsa.

Prasarana juga akan membantu mangsa untuk menuntut pampasan dari PERKESO dan dari majikan yang mempunyai insurans swasta bagi pekerja.

3) Berjanji bahawa dia akan memastikan siasatan penuh punca tragedi tidak akan menyorok sebarang maklumat atau melindungi sesiapa serta memastikan penambah baik SOP keselamatan akan dilaksanakan secepat mungkin agar tragedi seumpama ini tidak berulang.

4) Berjanji akan letak jawatan sebaik sahaja MKT UMNO arahkan semua ahli UMNO untuk meletak jawatan pada masa yang sesuai seperti keputusan PAU UMNO beberapa bulan lepas. Saya berterima kasih pada YB Tajuddin yang merupakan sahabat lama saya sebab terbuka hati dengan nasihat dan teguran saya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: FB Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *