Hiburan

Kerana tak kenal Neelofa’, Pekerja Karpet menyesal apa yg jadi

Seremban: “Saya tak kenal pun Neelofa, memang biasanya saya ambil gambar pelanggan dan memuat naik di media sosial, perkara sama saya lakukan pada Neelofa dan suaminya, tak sangka dia selebriti terkenal,” kata seorang pekerja premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai, dekat sini.

Pekerja yang dikenali sebagai Hussein, 30-an berkata, Neelofa dan suaminya ke premis mereka Ahad lalu dan membeli beberapa permaidani termasuk dari Iran yang berkualiti tinggi dengan harga keseluruhan RM10,000.

“Saya hanya tahu Neelofa selebriti terkenal selepas gambar mereka berbelanja di kedai ini tular di media sosial.

“Saya layan mereka macam pelanggan biasa dan merakam gambar selepas membeli permaidani di sini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Neelofa dan Muhammad Haris atau PU Riz memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Ia berhubung dakwaan pasangan itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan

HANTARAN di Facebook oleh pemilik kedai karpet di Nilai 3. FOTO Facebook

Siasatan susulan penularan gambar dan video Neelofa bersama suami dalam media sosial dipercayai ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai, dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, susulan isu berkenaan, pihak polis turut ke kedai berkenaan semalam untuk mengambil keterangan.

“Polis tanya barang yang dibeli selebriti itu dan jumlahnya serta mengenai premis kami.

“Pihak polis ingin mendapatkan pengesahan bahawa Neelofa ada berkunjung ke premis kami untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Ko duduk planet mana pakcik oi.. Satu Malaysia heboh pasal Nelofaa sejak berzaman dahulu, ko boleh kata tak kenal dia.. Ini boleh mendatangkan marah kepada peminat-peminat dia..”

Polis Panggil Neelofa

NILAI: Polis akan memanggil usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Haris Ismail untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan kunjungan mereka ke premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan di Nilai 3, di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata pasangan itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, dalam masa terdekat.

“Kami telah menjalankan siasatan berkaitan penularan gambar dan video membabitkan selebriti berkenaan dan suaminya di laman sosial dipercayai berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3.

“Sehubungan itu, mereka akan dipanggil ke IPD ini dalam masa terdekat untuk memberi keterangan berkaitan perkara berkenaan.

“Siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat NO. 4) 2021.

“Siasatan juga akan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan.

“Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil terhadap mereka di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa,” katanya.

Terdahulu, viral video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) memaparkan dirinya dan suami berada di sebuah kedai dipercayai Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Malah, beberapa pengguna laman sosial Twitter turut mendakwa terlihat pasangan terbabit di Nilai 3 dan mempersoalkan mereka merentas negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *