Amalan

Menjelang L0ckd0wn, KDN Akan Melakukan Beberapa Perkara Ini Utk Memastikan SOP Dipatuhi

KERAJAAN memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockd0wn’ Fasa Pertama di seluruh negara.

Menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat, pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Dalam perkembangan terkini, KDN akan menguatkuasakan PKP secara lebih ketat mnjelang l0ck d0wn penuh

KENYATAAN MEDIA

1. Susulan pengumuman pelaksanaan ‘lockdown’ di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengambil langkah-langkah tambahan bagi memastikan aspek penguatkuasaan dan pematuhan SOP dilaksanakan secara berkesan.

2. Sehubungan itu, kekuatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditambah kepada 55,000 anggota sepanjang pelaksanaan ‘lockdown’ kali ini berbanding 37,000 anggota semasa. Disamping PDRM, KDN juga telah menggerakkan seramai 15,000 anggota lagi daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang lain yang menjadikan jumlah kekuatan tambahan keseluruhan sebanyak 70,000 anggota. Walau bagaimanapun, KDN bersedia untuk menambah jumlah anggota jika diperlukan melalui PDRM, JIM, APMM, RELA, ESCOMM, AKSEM, PENJARA, PKK serta AADK bagi tujuan penugasan tersebut.

3. Selain itu, KDN melalui PDRM juga akan meningkatkan bilangan Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara kepada lebih 800 SJR berbanding hampir 600 SJR pada masa ini.

4. Pemeriksaan secara mengejut juga akan dilaksanakan oleh Tim Pemantauan Pematuhan SOP dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan berkaitan seperti MITI, KSM, KKR dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan sektor sosial dan ekonomi. Jumlah penugasan Tim Pemantauan Pematuhan SOP tersebut akan dipertingkatkan kepada hampir 20,000 orang anggota berbanding 13,795 orang ketika ini. Pemeriksaan juga akan melibatkan kawasan di luar bandar dan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai berkumpul.

5. Selain dari OP BENTENG, APMM dan Pasukan Polis Marin akan digerakkan untuk memperketatkan pematuhan SOP dan kawalan sempadan terutama di laluan-laluan panas yang menjadi tempat pendaratan pendatang asing bagi mencegah kemasukan secara haram.

6. Manakala JIM bersama JPN dan PDRM juga akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu di kawasan-kawasan penempatan warga asing di seluruh negara.

7. KDN menasihatkan agar semua pihak memberikan kerjasama dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi memastikan keberkesanaan pelaksanaan perintah ‘lockdown’ kali ini. Tindakan tegas tanpa kompromi seperti kompaun akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi SOP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

8. Untuk sebarang pertanyaan melibatkan KDN dan Jabatan-Jabatan di bawahnya berhubung pelaksanaan ‘lockdown’ kali ini, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan (seperti di lampiran) yang sudahpun beroperasi ketika ini. Manakala Bilik Gerakan KDN akan beroperasi 24 jam bermula 1 Jun 2021.

DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN
MENTERI DALAM NEGERI
29 MEI 2021, PUTRAJAYA

Lepasi angka 9,000! Malaysia catat 9,020 j4ngkitan baharu, tertinggi sejak C0vid-19 melanda negara

KES baharu positif Covid-19 pada Sabtu telah melepasi angka 9,000 apabila merekodkan sebanyak 9,020 kes.
Perkembangan terkini itu menjadikan kes keseluruhan berjumlah 558,534 kes.
Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,836 kes, diikuti Kelantan (907), Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789) dan Sarawak (726).
Perlis pula merekodkan dua digit kes pada hari ini dengan 19 kes.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *