Amalan

Nilai 3 jadi ‘rebutan’ antara Selangor dgn N.Sembilan, Datuk Bandar Seremban kongsi kisah di sebalik isu pan4s

DENGAN tidak semena-mena, nama Kawasan Perindustrian Nilai 3 di Seremban, Negeri Sembilan menjadi sohor di laman sosial gara-gara isu rentas negeri selebriti popular, Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Malah, Nilai 3 terus hangat diperkatakan sehingga menjadi parodi atau jenaka ramai apabila kes rentas negeri itu tidak didakwa di mahkamah selepas mengambil kira kajian yang dilakukan Pejabat Peguam Negara.

Rata-rata netizen di media sosial, memuat naik status yang mengatakan Nilai 3 kini sudah ‘berpindah’ ke Selangor, sehingga mendorong Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut membuat ciapan mengusik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung Nilai 3 di Twitter baru-baru ini.

Bagaimanapun lonjakan popularti Nilai 3 dilihat seolah-olah ‘talian hayat kedua’ buat majoriti peniaga yang sebelum ini bagaikan ‘hidup segan mati tak mahu’ sejak ia dibuka pada 2001 gara-gara kurang mendapat sambutan orang ramai apatah lagi rentetan pandemik C0vid-19.

Wartawan Sinar Harian, Nan Hidayat Nan Azmie menemubual Datuk Bandar Seremban, Datuk Zazali Salehudin yang berkongsi kisah di sebalik isu panas Nilai 3.

SINAR HARIAN: Berdasarkan sejarah, daerah Lukut (Port Dickson) sebelum ini pernah berada di bawah jajahan Selangor sementara daerah Beranang dan Semenyih pula dimiliki Negeri Sembilan sebelum termaktubnya Perjanjian Sempadan Selangor-Sungai Ujong 1878. Cuma baru-baru ini, ekoran kontroversi rentas negeri Neelofa, ada pihak membuat jenaka bahawa Nilai 3 kini sudah menjadi milik Selangor. Apakah komen Datuk?

ZAZALI: Kontr0versi yang mengatakan Nilai 3 di kawasan Selangor, hanyalah ketidakfahaman masyarakat umum tentang sempadan kawasan pentadbiran sesuatu negeri. Namun pada saya, isu tersebut juga lebih kepada sekadar gurauan di media sosial sesama warganet. Itu saja.

Untuk mengimbau asal-usul sebenar Nilai sama ada terlibat sama dengan Perjanjian Sempadan Selangor-Sungai Ujong 1878 iaitu turut merangkumi Lukut, maaf saya juga kurang jelas berhubung perkara itu. Mungkin kena rujuk yang lebih arif, Persatuan Sejarah mungkin lebih tahu. Namun, apa yang pasti, Nilai sekarang memang di bawah seliaan pihak kami.

Pada pandangan Datuk, apakah perspektif baik dan buruk di sebalik kontroversi ini?

Dari sudut positif, saya yakin sekarang ramai orang akan tengok peta kerana benar-benar hendak tahu di mana lokasi sebenar Nilai. Selain itu, pada masa sama mereka juga ingin mengetahui sendiri apa yang ada serta dijual di Nilai 3 termasuklah karpet atau jualan barangan borong.


Cuma, saya berasakan dalam isu viral Nilai 3 di Selangor, ia sekadar gurauan yang tidak perlu dipanjangkan lagi terutamanya dengan penuh kata-kata sindiran.

Sepatutnya, kita lebih fokus dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain memikirkan bagaimanakah cara yang paling efisien untuk membantu kerajaan bagi memastikan situasi menang-menang dalam segala hal termasuk memerangi C0vid-19. Itu jauh lebih penting berbanding kontroversi sebegini.

Ramai juga yang kurang maklum bahawa Nilai 3 kini sudah berada di bawah seliaan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sejak tahun lepas. Boleh Datuk ceritakan dengan lebih lanjut?

Untuk pengetahuan semua, Nilai 3 kini berada dalam daerah Seremban selepas pengisytiharan Seremban sebagai sebuah bandar raya berkuat kuasa 1 Januari 2020. Ia juga berada di bawah seliaan MBS semenjak penggabungan Majlis Daerah Seremban (MDS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sebagai MBS pada tahun lepas.

Umum mengetahui kesuraman yang melanda peniaga di Nilai 3 sebelum ini sedangkan ia pernah dinobatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai pusat pemborong terbesar di Malaysia. Apa pandangan Datuk?

Pembangunan di kawasan Nilai 3 sememangnya agak perlahan terutamanya sejak pandemik C0vid-19, sekali gus menyebabkan kuasa pembelian terhad gara-gara kekurangan pelanggan serta mengakibatkan syarikat perniagaan juga tidak begitu berkembang.

Berdasarkan pemerhatian, faktor utama yang menjejaskan kedatangan pengunjung ke Nilai 3 adalah kerana kepelbagaian aktiviti perniagaan serta perbandingan harga yang ditawarkan lokasi lain.

Aktiviti mempromosikan Nilai 3 sebagai pusat pemborong terbesar di Malaysia semakin kelam sama ada daripada agensi kerajaan mahupun persatuan peniaga sendiri berbanding pada awal-awal kewujudan Nilai 3 suatu ketika dahulu.

Disebabkan itu, kedatangan pengunjung hanya disifatkan bermusim terutamanya ketika musim perayaan atau perkahwinan.Apakah cabaran yang terpaksa dihadapi MBS ketika menyeliakan Kawasan Perindustrian Nilai 3 sepanjang tempoh PKP?

Mana-mana premis hanya dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Penjadualan kebersihan di sekitar Kawasan Perindustrian Nilai 3 juga dijalankan seperti biasa seperti mana sebelum PKP, jadi tindakan tegas diambil ke atas mana-mana individu yang didapati membuang sampah secara haram.

Tempat pembuangan sampah haram juga sering dibersihkan secara berjadual dan ia juga disita agar pembuangan sampah haram tidak lagi berlaku di sekitar kawasan Nilai 3.

Dengan pelaksanaan PKP, kehadiran pelanggan di Nilai 3 juga dilihat amat terhad dan minima. Jadi, adakah digerakkan sebarang inisiatif daripada MBS untuk membantu golongan peniaga yang terjejas di situ?

Sudah semestinya. Mana-mana peniaga yang menyewa premis MBS pernah diberikan pengecualian sewa untuk tiga bulan pada tahun lepas.


Sekatan Perintah Kawalan Pergerakan juga memburukkan lagi nasib peniaga di Nilai 3. Gambar: Arkib Bernama
Pengecualian bayaran sewa premis itu juga telah diberikan kepada peniaga terjejas pada awal tahun ini.

Sedikit soalan berbeza Datuk. Dalam usaha mendepani pandemik C0vid-19, boleh Datuk kongsikan bentuk inisiatif yang dilaksanakan MBS dalam usaha membantu Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri?

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, pihak kami sememangnya berdedikasi membantu pihak berkenaan dalam aspek sanitasi awam.

Pada masa sama, MBS juga telah memberikan kebenaran untuk menggunakan pelbagai dewan serba guna seperti Dewan MBS, Dewan Sikamat, Dewan Sendayan dan Dewan MBS Cawangan Nilai untuk dijadikan Pusat Pemberian V4ksin, sekali gus memudahkan orang ramai.

Nilai 3 dalam Negeri Sembilan, jangan ditukar-tukar – Hattan

PETALING JAYA – Isu kedudukan lokasi beli-belah Nilai 3 yang dikatakan terletak di negeri Selangor turut mendapat perhatian penyanyi, Datuk Hattan yang merupakan anak jati Negeri Sembilan.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram, Hattan menegaskan Nilai 3 berada di Negeri Sembilan dan menepis dakwaan bahawa wilayah tersebut berada dalam negeri Selangor seperti yang didakwa pihak tidak bertanggungjawab.

“Assalamualaikum. Apa khabar? Siapa pula yang koba (beritahu) Nilai dalam Selangor? Saya anak jati Negeri Sembilan membosa (membesar) dekat Seri Menanti.

“Negeri Sembilan tak besar mana. Tapi saya tahu (Nilai dalam Negeri Sembilan). Kalau tak percaya pergi tanya Jupem (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia). Kalau ya pun janganlah ditukar-tukar,” katanya.

Sehubungan itu, penyanyi lagu Bisa Bonar itu meminta orang ramai untuk membuat semakan dengan tepat berhubungan kedudukan sebenar Nilai 3.

“Nilai sebelah Bukit Mahkota dalam Negeri Sembilam. Pergi semak dekat Jupem. Benda senang,” kata Hattan.

Sejak kelmarin, heboh dalam media sosial apabila netizen membuat andaian Nilai 3 yang sememangnya terletak dalam Negeri Sembilan kini bertukar milik kepada Selangor kerana polis tidak mendakwa Neelofa dan Haris atas dakwaan rentas negeri untuk membeli karpet.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, pihaknya telah memulakan satu siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik pemilik akaun Facebook N9 Radar yang boleh menyebabkan kegentaran dan menimbulkan kekeliruan orang awam.

Pemilik akaun Facebook N9 Radar dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan (berhubung kenyataan dalam Facebooknya),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, pada 2 Mei lalu, tular sekeping foto memaparkan Neelofa dan Haris berada di sebuah kedai karpet dipercayai terletak di Nilai 3

Penyanyi veteran juga tampil dalam satu video mengulas isu Nilai 3 tempat pasangan terkenal beli karpet yang dikatakan terletak dalam Selangor. Dato Hattan telah ceritakan sejarah Nilai 3 dan cerita sebenar supaya oarang ramai tidak keliru.

Nilai 3 adalah bandar kecil di Daerah Seremban, Negeri Sembilan serta terkenal sebagai destinasi beli-belah produk tekstil, perabot dan permaidani yang dimajukan awal tahun 2000.

Ia terletak tidak jauh dari sempadan dengan negeri Selangor dan diuruskan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban disebabkan kedudukan geografinya masih dalam Daerah Seremban.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: sinar harian, samsonstudios

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *