Uncategorized

Mengaku terima lamaran pernikahan, Nora bagi ‘hint’ siapa lelaki tersebut

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin mengakui, beliau ada menerima lamaran pernikahan, namun bukanlah daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa seperti yang didakwa sebelum ini.

Nora, 48, yang juga balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu, sebaliknya, menegaskan, lelaki yang mahu memperisterikan beliau itu merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal.

“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.

“Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu berkata demikian sebagai menjawab dakwaan kononnya beliau dan Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu sudah bernikah di selatan Thailand.
Bahkan, di media sosial tersebar sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik Nora dan Annuar.

“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.

“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.

“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,” akui beliau lagi.
Menurut Nora, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.

“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira,” jelas Nora.

Dalam masa sama, Nora juga memaklumkan, keluarga di sebelahnya dan Allahyarham Johan turut sependapat sekiranya ada lelaki yang serius untuk memperisterikannya, elok sahaja dipertimbangkannya.

“Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.

“Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu,” kata Nora.

Nora mengahwini Johan pada 1992 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Johan, bagaimanapun meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat ser4ngan j4ntung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.

Terdahulu Pada malam Rabu, seorang pengguna akaun Twitter memuat naik status dan foto mengucapkan tahniah dengan mend.akwa Nora yang sudah bernikah dengan Annuar.

“Tahniah AnnuarMusa kerana memiliki ‘Datuk’ yang istimewa. Dah berkepak kepak kabom. Patut garang bebenor sekarang. I like… hurmmm… Aummmm…,” tulis pemilik akaun berkenaan.

Bagaimanapun, anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan tampil menjawab t.uduhan terbabit menerusi medium sama.

Mena.fikan sekeras-kerasnya d.akwaan yang tular itu, Syakir menganggap perkongsian itu merupakan satu f.itnah jahat terhadap ibunya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa akhirnya tampil men.afikan d.akwaan kononnya dia sudah berkahwin dengan penyanyi Datuk Nora Ariffin seperti didakwa seorang pengguna Twitter pada malam Rabu.

Tenang berdepan g.osip l.iar tersebut, Annuar berkata sebagai orang p.olitik dia sering berdepan dengan pelbagai f.itnah dan s.erangan peribadi.

“MasyaAllah… saya ber.istighfar sahaja, sebagai orang p.olitik tak apalah kalau kawan-kawan nak f.itnah sikit-sikit tapi kalau melibatkan orang lain kena jaga nama baik keluarga mereka.

“Orang yang disebut itu setahu saya daripada keluarga cukup terhormat, saya kenal sepenuhnya latar belakang mereka dan sebagainya.

“Kalau nak buat fi.tnah, fi.tnah saya seorang sudahlah… jangan kaitkan orang lain, orang itu ada keluarga, ” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *