Amalan

PM Akhirnya Umum Bantuan PKP 3.0. Paling Menarik Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Di Tambah

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada jam 9 malam ini.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian stesen media elektronik negara.

Berikut antara senarai bantuan yang diberi oleh kerajaan sepanjang PKP 3.0

Kerajaan umum pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0

Kerajaan setuju tambah peruntukan RM1 bilion bagi tingkat kapasiti dan perkukuh kesihatan awam – PM Muhyiddin

RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) – PM Muhyiddin

BPR Tambahan: Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 – RM5,000 terima bantuan RM300; golongan bujang akan menerima RM100 – PM Muhyiddin

BPR Tambahan: Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima bantuan RM500 – PM Muhyiddin

BPR tambahan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung Jun – PM Muhyiddin

PM Muhyiddin saran agensi dan syarikat kerajaan tawar penangguhan bayaran balik pinjaman, diskaun sewa premis perniagaan

Bantuan khas one-off RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan bas persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing – PM Muhyiddin

RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) – PM Muhyiddin

BPR Tambahan: Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 – RM5,000 terima bantuan RM300; golongan bujang akan menerima RM100 – PM Muhyiddin

BPR Tambahan: Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima bantuan RM500 – PM Muhyiddin

BPR tambahan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung Jun – PM Muhyiddin

Pada Jumaat lepas, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Sidang khas itu yang dipengerusikan oleh Muhyiddin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

Pada awal permulaan PKP 1.0 dan PKP 2.0, kerajaan berbelanja banyak untuk kita dan pada ketika itu pelbagai insentif ransangan ekonomi untuk membantu rakyat.

Apabila tinjauan dibuat di laman FB Perdana menteri, ramai kalangan warganet berharap dapat keluarkan wang KWSP, moratorium, I-Sinar dan sebagainya seperti mana sebelum ini.

Mohon luluskan i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0

Terdahulu Ketua Pemuda UMNO menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat yang mahukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya.

”Akhirnya Kerajaan keluarkan kenyataan rasmi untuk melaksanakan TOTAL LOCKDOWN @ PKP PENUH.

”Terima kasih kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat!,” kata Datuk Asyraf Wajdi Dasuki

Beliau turut melahirkan harapan agar Kementerian Kewangan segera umumkan Pakej Bantuan Khas untuk rakyat yang terjejas sepanjang penutupun ini.

Selain itu membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan arahan khas menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk mengarahkan institusi bank dan kewangan memberikan Moratorium 2.0 selama tiga hingga enam bulan tanpa caj tambahan.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *