Amalan

PM Umum Lockdown Penuh, Tapi Ada Satu Cadangan Dari Ketua Pemuda UMNO Pasti Buat Ramai Rakyat Gembira Jika Diluluskan

Kerajaan akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan akibat pelaksanaan `total lockdown’ fasa pertama dua minggu mulai 1 Jun ini.

Pejabat Perdana Menteri memberitahu, pakej bantuan itu diperincikan Kementerian Kewangan dan akan diumumkan selepas muktamad.

Esok diumumkan perincian mengenai sekatan tambahan PKP 3.0 – Utusan Digital

“Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

“Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat secepat mungkin,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan Ismail Sabri Tentang PKP

“YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan ‘total lockdown’ melibatkan Fasa Pertama bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Keputusan ini juga mengambil kira suara rakyat, serta cadangan rakyat yang mahu pelaksanaan ‘total lockdown’ yang banyak diluahkan di media sosial.

Kita mendengar, dan kita mahu yang terbaik buat rakyat. Kesihatan dan keselamatan rakyat adalah perkara penting yang akan terus diutamakan di negara ini. Stay Safe semua…saya sayang kalian semua” – Ismail Sabri

Kata kata Ismail Sabri rata rata diterima baik oleh netizen jika dilihat melalui komen komen yang ditinggalkan di Facebook Ismail Sabri sendiri.

Walaupun ada yang komen kenapa kerajaan lambat laksanakan PKP tetapi ramai yang memahami dan luah rasa syukur dan berharap agar apa yang terjadi sekarang boleh berakhir segera.

Mohon luluskan i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0

Ketua Pemuda UMNO menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat yang mahukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya.

”Akhirnya Kerajaan keluarkan kenyataan rasmi untuk melaksanakan TOTAL LOCKDOWN @ PKP PENUH.

”Terima kasih kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat!,” kata Datuk Asyraf Wajdi Dasuki

Beliau turut melahirkan harapan agar Kementerian Kewangan segera umumkan Pakej Bantuan Khas untuk rakyat yang terjejas sepanjang penutupun ini.

Selain itu membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan arahan khas menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk mengarahkan institusi bank dan kewangan memberikan Moratorium 2.0 selama tiga hingga enam bulan tanpa caj tambahan.

2 minggu ‘total lockdown’ mulai 1 Jun

KERAJAAN memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockd0wn’ Fasa Pertama di seluruh negara.

Menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat, pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut kenyataan tersebut, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan C0v1id-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

“Sekiranya lockdown Fasa Pertama ini berjaya mengurangkan kes-kes harian Covi1d-19, kerajaan akan melaksanakan lockdown Fasa Kedua, iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

“Lockdown Fasa Kedua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir,” katanya.

Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

“Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” menurutnya.

Selepas tamat Fasa Kedua, langkah seterusnya adalah menguatkuasakan Fasa Ketiga, iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang berkuat kuasa pada masa ini.

Pada Fasa Ketiga, aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan.

“Bagaimanapun, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes-kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk mer4wat pesakit1 C0vid-19,” jelas kenyataan tersebut.

Tambahnya, kerajaan akan memastikan sistem kesihatan awam tidak akan runtuh dan pelbagai sokongan dan bantuan akan diberikan kepada KKM untuk meningkatkan kapasiti hospital di seluruh negara.

Di samping itu, jumlah pemberian v4ksin turut akan ditingkatkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha untuk menghasilkan imuniti kelompok di negara ini.

“Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Co0v1id-19.

“Yang terbaik ialah duduk di rumah atau stay at home untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan C0vi1d-19,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *