Uncategorized

Ridhuan Tee tanya artis rujuk ustaz mana, Sekali Suhaimi Saad Jawab Nabi Yg Cakap

Seakannya isu perbahasan “kumpul pahala berganda-ganda’ tidak habis lagi.

Kalau semalam Prof Dr Ridhuan Tee ada menegur selebriti terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkaitan kenyataanya selepas dikec4m ntizen, kali ini giliran penyanyi nasyid kontroversi pula mengeluarkan ‘hujah’.

Mnerusi Instagram Suhaimi Saad yang menggunakan nama mosusoficial, dia telah bertndak mempertahankan kenyataan penyanyi tersebut dan meminta agar Dr Ridhuan tidak campur

Suhaimi sound Dr Ridhuan ke tu?

Suhaimi dalam status tersebut memberitahu ada betulnya apa yang Siti Nurhaliza katakan dan bukannya mana-mana ustaz yang mengatakan hal berkenaan pahaIa, tetapi nabi sendiri yang menjelaskan perkara itu.

Katanya, apabila orang mengumpat dan meng3ji kita lebih-lebih lagi bulan puasa, pahaIa orang-orang yang bersabar akan diberikan oleh Allah S.W.T.

” Bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap,memang pahala ibadah kita dalam bulan ramadhan ni Allah ganda gandakan.

” Bila orang kata, ump4t, aiibkan dan ftnah kita, kalau kita sabar, memang Allah akan bagi pahala yang besar. Takkan benda basic macam tu pun tak tau.kata ustad,” tulis Suhaimi.

Minta henti burvkkan keadaan

Justeru itu, penyanyi nasyid tersebut meminta agar Prof Dr Ridhuan tidak mempoIitikkan hal terbabit kerana tindakkannya seoalah-olah menyebelahkan netizen dan membuatkan Siti Nurhaliza terus dikecam di media sosial.

” Tak payah nak burukkan keadaan la ustad. Makin lama makin burvk dan hilang hormat orang pada ustad. Nak tib4i siti, pastu nak bela netizen2 Iangau ni ke apa?”

” Patut ustad tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni.

” Ini dah macam nak menangguk di air keruh plak. Tak elok ustad. Stop stop la poIitikkan semua benda, MaIu dekat Allah.” tambah Suhaimi lagi.

Terdahulu, tular di media sosial satu kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di IG story miliknya dengan menulis bahawa sedang mengumpul pahala diatas dugaan yang sedang dihadapi olehnya.

Namun, perkara itu telah mendapat perhatian pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee yang menegur berkenaan penggunaan nama ustaz bagi menutupi kesiIapan dan perkara berkenaan amatlah dikesali.

Menurut Dr. Ridhuan, budaya menggunakan nama ‘ustaz’ bagi mengeluarkan kenyataan berhubung dosa pahala ini harus dihentikan.

Tindakan memetik nama agamawan untuk melindungi diri diatas kesalahan sendiri amatlah tidak elok jika dilakukan.

Tambanya lagi, ‘dugaan’ yang dimaksudkan selebriti tersebut juga merupakan dugaan yang dicipta sendiri kerana boleh sahaja tidak dilakukan melihat dari situasi kalut sekarang.

Namun, individu tersebut tetap melangsungkan majlis terbabit walaupun hukumnya sunat.

” Betul ke dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir kerana masalah yang dicipta sendiri?

” Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri, apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.

” Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ni? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut,” tulis Dr. Ridhuan Tee.

Dato Siti Seronok Kumpul Pahala

Meskipun dikritik warganet kerana isu mengadakan majlis tahnik yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan kekal positif.

Siti Nurhaliza malah meluahkan rasa terujanya kerana menganggap apa yang berlaku kini membolehkan dia menerima banyak pahala.

Tambahan pula katanya ia berlaku semasa Ramadan yang mulia menghampiri penghujungnya.

“Alhamdullilah saya patut tengah seronok ni, (dapat) kumpul pahala banyak-banyak 10 malam terakhir ini, kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini.

“Betullah ustaz, dapat pahala free (percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdullilah,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story malam tadi.

Baru-baru ini media sosial bergelora dengan rasa tidak puas hati orang ramai akan tindakan penyanyi Biarlah Rahsia itu dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa, yang mengadakan majlis untuk mentahnik anak keduanya.

Selain tahnik, Siti Nurhaliza turut menganjurkan majlis akikah dan maulid buat Muhammad Afwa pada 27 April lalu.

Menerusi beberapa keping gambar di akaun Instagram Siti Nurhaliza, majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad, dan tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

Susulan itu, pengguna media sosial mempersoalkan ketegasan pihak berkuasa mengenakan larangan dan pengawasan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) ke atas orang kenamaan dan selebriti.

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin pula mempertanyakan keutamaan yang wajar dibuat oleh pihak berkenaan, sama ada menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.

Namun pada 3 Mei lalu, Siti Nurhaliza menerusi satu kenyataan media, menyangkal dakwaan kewujudan pelanggaran SOP Covid-19 dalam majlisnya.

Azhar – yang berasal dari Terengganu – juga menjelaskan kehadirannya dalam majlis tersebut dengan menyatakan dia sudah lama berkawan dengan Khalid.

Ia berlaku ketika seorang lagi selebriti, Neelofa, dan suaminya menarik perhatian ramai apabila didakwa membeli-belah permaidani di Nilai, Negeri Sembilan dan menayangkannya di media sosial.

Ia bagaimanapun dipadamkan selepas itu.

Sementara itu, Siti Nurhaliza turut berkongsi reaksi positif salah seorang peminatnya yang menyifatkan dia telah menjadi mangsa tular.

Jelasnya peminat penyanyi terbabit dia juga percaya Siti Nurhaliza tidak akan melanggar sebarang SOP PKP sewaktu mengadakan majlis tersebut.

Peminat- terbabit – menggunakan akaun cucukrimbun.my – turut menyatakan tindakan orang mengkritik Siti Nurhaliza adalah kerana dia merupakan penyanyi nombor satu Malaysia.

“Rakyat biasa juga anjurkan majlis keramaian tetapi kerana dia Siti Nurhaliza dan jemputannya orang penting. Ramai yang kurang senang,” kongsi penyanyi itu di ruangan Instagram Story sambil membalas “Alhamdullilah.”

Sumber:ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *