Hiburan

Selepas Di Nobat Wanita Melayu Paling Cantik. Fazura Mtk Tlg Doakan Mak Teh Sedar Diri dan Selamat Dari Mak Kiah

Baru-baru ini, pelakon Nur Fazura ada memuat IG Live bagi mempromosikan produk kecantikan keluarannya. Tampil simple dengan kemeja dan selendang hitam, rata-rata netizen terpegun dengan kecantikannya itu.

Malah, di laman Twitter tular video Fazura bercakap di IG Live tersebut. Meskipun mengetahui pelakon itu sememangnya cantik, namun rata-rata mereka tidak berhenti memuji kecantikan semula jadi Fazura.

Kata netizen lagi, Fazura tetap kelihatan muda meskipun usianya sudah mencecah 37 tahun. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tidak perlu darah campuran, Fazura merupakan wanita Melayu paling cantik di Malaysia.

Dalam pada itu netizen berkata suaminya, Fattah Amin sangat bertuah kerana memiliki isteri secantik Fazura. Kata netizen lagi, wajah Fazura sejuk mata memandang dan tetap cantik walaupun tiada solekan.

Dalam perkembangan terkini, Fazura tampil memuat naik satu status penjang mengenai situasi c0vid semasa yang berlaku di negara kita di laman IG beliau

“Minggu depan, PKP akan mula di seluruh negara. Jadi, masa yang ada ni, Khadeja nak pergi kedai Uncle Lim, nak beli roti Gardenia. Nanti habis pula.

“Naik basikal sendirian ni, beriadah sambil hirup udara segar, penting untuk kita jaga kesihatan, fizikal dan ment4l.

“Sampai rumah Devi nanti, baru pakai topeng pelitup muka. Devi nak tumpang ke kedai Uncle Lim, jadi kami akan pakai topeng lah, untuk keselamatan kami, keluarga dan kampung. Fizikal dijarakkan tapi hubungan sosial dieratkan. Dulu masa sekolah, bila lulus ujian, mesti Uncle Lim berikan ais-krim percuma. Hubungan orang kampung memang erat.

“Dari kedai Uncle Lim dengan sedozen roti Gardenia, kami ke rumah Pak Samad. Pak Samad suruh datang sebab anaknya baru mula bekerja di Sarawak. Dalam perjalanan, dari jauh boleh dengar suara Mak Kiah di tepi jalan. Kelab Bawang ke? Walaupun Mak Kiah pakai topeng, dengar jelas bebelan Mak Kiah dan matanya bulat. “Kamu berdua ada nampak Mak Teh? Kalau kamu nampak, kamu roger Mak Kiah cepat. Mak Kiah nak sental mulut Mak Teh kamu dengan berus sabut ni”.

“Rupanya, Mak Kiah punya blood dah go upstairs. Mak Teh buat fa.ke news tentang va.ksin. Anak Mak Kiah, Kak Lin seorang jururawat, frontliner yang tak kenal penat lelah, dah 2 tahun tak balik beraya di kampung. Tahun depan Kak Lin bakal kahwin dengan Abang Fazli Neno. Neno tu sebab dia polis, bunyi siren polis. Kami tak sabar nak raikan pasangan adiwira frontliners kampung kami nanti.

“Rupanya Mak Teh kat tangga rumah Pak Samad. Nampak kami, laju dia balik. Pak Samad gelakkan Mak Teh dan berikan kami cenderamata dari Sarawak. Semuanya cantik belaka. Nak balik ke rumah, hantar Devi. Mak suruh bagi roti kepada Aunty Lela, Aunty Lela pula kirimkan vadey. Kami sekampung ramai peniaga kecil, semua saling membantu.

“Jadi, masa PKP ni, patuhilah SOP, bantu frontliners. Ambil va.ksin jika sudah daftar, dan daftar jika belum. Jaga kesihatan diri dan keluarga serta bantu para peniaga kecil. Bersama kita lindungi diri, keluarga dan masyarakat dari COVID. Oh, dan tolong doakan Mak Teh sedar diri dan selamat dari Mak Kiah. Terima kasih semua.

“Lots of Love” tulis Fazura di IG beliau 

Rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan Fazura

“Oooo panjang storyline dia. Stay safe my loves”

Nama tiba-tiba ‘trending’, Fazura terk.ejut!

Terdahulu Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura mengakui terkejut apabila namanya menjadi trending nombor satu di platform media sosial Twitter semalam.

Kata Fazura, dia sendiri tidak mengetahui puncanya sehingga dimaklumkan oleh teman-teman mengenainya dan kemudian memeriksanya sendiri.

“Sejujurnya, semalam seharian saya cuti dan memang sibuk menjaga Fatima di rumah dan tidak tengok sangat telefon.

“Saya terkejut bila diberitahu nama saya trending di Twitter,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis meraikan anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih di Suria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.

Majlis yang mendapat kerjasama baik daripada penaja utama, syarikat Bata Malaysia itu adalah sempena meraikan anak-anak yatim tersebut menerusi persiapan sambutan hari raya tidak lama lagi.

Semalam, isu yang melanda selebriti terkenal, Neelofa secara tidak langsung menyebabkan nama Fazura sohor di laman Twitter hari ini.

Ciapan Fazura di Twitter mengenai lemang menjadi trending apabila menerima ulang ciap lebih 25,700 kali oleh pengguna media sosial tersebut.

“Saya ingat ciapan mengenai lemang yang dimuat naik semalam yang menjadi puncanya. Saya fikir adakah saya salah bual mengenai lemang itu atau salah taip ayatnya.

“Tapi semalam, memang saya teringin nak makan lemang lemak-lemak masin. Itu makanan kegemaran saya,” katanya.

“Saya memang tak baca pasal perkara lain. Awalnya memang saya fikir orang jadikan saya bahan jenaka sebab ciapan lemang, itu saja,” katanya.

Nama Fazura trending bukan disebabkan sebarang kontroversi tetapi berkaitan tindakan netizen yang berang dengan kadar hukuman diterima Neelofa akibat melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Selain itu, mereka juga tidak berpuas hati dengan hantaran Neelofa yang menyatakan bahawa dia mahu menjamah burger sebagai hidangan moreh walaupun posting itu telah pun dipadamkan.

Layari gempak.com untuk lebih banyak perkembangan dunia hiburan tempatan dan antarabangsa.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *