Uncategorized

Ungkit hubungan retak dgn Janna Nick, Sheila Rusly bagi am4ran keras

TIDAK semena-mena kisah lama hubungan retak antara pelakon Janna Nick dan penerbit Sheila Rusly kembali menjadi bualan netizen.

Rata-rata mempersoalkan status terkini hubungan dua selebriti berkenaan selepas retak sekitar awal 2019 berpunca daripada satu masalah yang tidak dapat dipastikan.

Tampil menjawab persoalan berkenaan, Sheila berkata dia sebenarnya sudah pun memaafkan Janna.

“Sudah dimaafkan. Tapi tak semudah itu untuk melupakan,” demikian pengakuan Sheila menerusi mesej kepada mStar.

Komen netizen di Instagram Melodi yang mengaitkan nama Sheila dan Janna.

Ditanya sama ada Janna yang baru-baru ini mendedahkan menghidap penyakit bipolar menghubunginya bagi menjernihkan semula krisis antara mereka, Sheila bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Call? Mana dia berani. Cukup sampai sini,” kata Sheila secara ringkas.

Malah Sheila, 50, juga mengelak untuk menjawab persoalan mengenai punca sebenar hubungannya dengan Janna musnah.

Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara.

Sebelum itu nama Sheila ‘dipetik’ netizen selepas program hiburan Melodi Raya menyiarkan sesi curahan hati antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh.

Rata-rata netizen mahu program berkenaan turut mempertemukan dan menghubungkan silaturrahim antara pengacaranya iaitu Janna Nick dengan Sheila.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sehubungan itu Sheila meluahkan perasaan marah dengan sikap warganet yang mengaitkan namanya tanpa sebab.

Perkongsian Sheila di Instagram.

“Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ni.

“Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sbb itu fitnah,” katanya yang membahasakan dirinya dengan panggilan ‘sis’.

Selain itu Sheila turut berkongsi paparan skrin daripada seorang pengguna Twitter yang menulis berkaitan hubungannya dengan Janna di ruangan Instastory.

“Tak silap aku Janna gaduh dengan Sheila sebab Sheila nak kenen anak sulung dia dengan Janna. Tapi Janna tak nak, tu gaduh tu.

Sheila berkongsi gambar kenangan bersama keluarga pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

“Pekerja JS Pictures yang cakap. Janna tolak secara baik dah tapi maybe sis Sheila sentap kot. Lepas tu ungkit-ungkit la jasa dia pada Janna,” demikian tulis pengguna berkenaan di Twitter.

Bagaimanapun Sheila menyifatkan tuduhan itu adalah satu fitnah.

“Siapa tweet ni? Kelakar rabak! PKP banyak masa nak memfitnah. Nak buka kes ke? Jom la kalau berani.

“Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!” katanya sebagai jawapan kepada individu tersebut.

“Saya terima maaf Janna Nick tapi beri masa untuk hadam apa dia dah buat” – Sheila Rusly

PENERBIT dan pengarah drama Sheila Rusly menerima permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh aktres Janna Nick terhadapnya dan keluarga berhubung perselisihan faham di antara mereka.

Sheila berkata, dia bersyukur Janna menyedari kesilapan yang telah dilakukan namun dia meminta diberi ruang untuk menerima apa yang telah berlaku sebelum ini.

“Alhamdulillah dia dah sedar atas kesilapan dia.

Janna menitiskan air mata ketika ditemu bual oleh media pada Selasa.

“Saya dah maafkan tapi bagi saya masa untuk hadam apa yang dia dah buat pada saya dan keluarga,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Selasa, Janna atau Nurul Jannah Muner, 25, memohon maaf secara terbuka kepada Sheila serta keluarganya jika dia pernah membuat sebarang kesalahan sehingga menggores perasaan penerbit dan pengarah itu.

Jujur… Apa yang terjadi ini tidak ada kena mengena dengan Leftenan Zana. Hal keluarga yang terlalu peribadi untuk dikongsi

Janna juga memberitahu sebelum ini dia juga pernah memohon maaf secara peribadi kepada Sheila menerusi mesej namun tidak mendapat respons daripadanya.

Kemelut hubungan kedua-dua selebriti itu bermula apabila Sheila didakwa memuat naik status seolah-olah menyindirnya di Instagram namun dinafikan oleh produser tersebut.

Hubungan Janna dan keluarga Sheila sangat rapat.

Isu melibatkan mereka terus hebat diperkatakan apabila Sheila berhenti mengikuti Instagram Janna malah ada mengatakan hubungan dingin itu untuk menaikkan rating drama terbaharu terbitan syarikatnya, JS Pictures Sdn Bhd, Leftenan Zana.

Dalam pada itu, Sheila menjelaskan apa yang berlaku antara dia dan Janna tiada langsung kaitan dengan drama terbaharu itu yang menampilkan Janna sebagai watak utama.

Sebaliknya kata Sheila, perselisihan faham berkenaan terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka kerana ia adalah melibatkan hal keluarga.

“Jujur… Apa yang terjadi ini tidak ada kena mengena dengan Leftenan Zana. Hal keluarga yang terlalu peribadi untuk dikongsi,” katanya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *