Hiburan

6 Bulan Tak Stream Game Online, Sekali Jue Aziz Tampil Menangis Tersedu-Sedan

Pelakon Jue Aziz terharu hingga menitiskan air mata ketika muncul semula secara langsung dalam sesi streaming permainan atas talian di Facebook baru-baru ini.

Menerusi kemaskini akaun media sosialnya, Jue tersentuh dengan ingatan dan sokongan pengikutnya selama bergelar streamer.

“Korang jangan risau tau, saya masih ada saya masih Jue Aziz, masih orang yang sama. Terima kasih semua followers, tak sangka ramai yang support.

“Terima kasih, minta maaf sangat lama tak muncul,” katanya sambil menangis tersedu sedan.

Dalam sesi siaran langsung selama lima jam itu juga Jue sempat mengimbas semula kenangan sepanjang menstrim permainan atas talian itu.

Malah, lebih mengharukan apabila Jue membuat keputusan untuk membubarkan clan daripada permainan atas talian itu.

“Memang sedih apabila saya nak bubarkan clan saya sebab sudah enam bulan tak on stream. Layak ker saya jadi clan master? Patutkah saya bubarkan sebab saya dah tak boleh memberikan komitmen?

“Nasib baik mereka pandai berdikari dan berlatih sendiri. Bagus sangat. Keluarga kami kecil saja tapi sangat rapat.

“Saya minta maaf sangat kerana kekurangan, komitmen gagal walaupun ramai sokong. Sebelum ni full time streamer tapi perlu uruskan beberapa hal,” katanya yang sudah memikirkan untuk membubarkan clan JZ sejak enam bulan lalu.

Meninjau ruangan komen di Instagramnya, ramai yang merisaukan keadaan Jue apabila berkongsi hantaran video terbabit.

Jika kini hobi memasak menjadi salah satu aktiviti kegemaran para lelaki mengapa tidak bagi perempuan untuk meminati permainan video secara peribadi.

Bukan sesuatu perkara yang pelik dan an3h apabila mendengar golongan wanita bermain game secara profesional mahupun suka-suka menerusi platform e-sukan atau konsol permainan.

Biarpun bermain permainan video ada kalanya menjadi stigma neg4tif dalam kalangan wanita terutamanya bagi mereka yang memiliki pasangan yang ‘kaki game‘ dan dikatakan buang masa, tetapi ternyata dalam dunia digital dasawarsa ini, e-sukan telah membuktikan bahawa ia mempunyai masa depan yang cerah dan boleh memberi keuntungan kepada pemain jika kena dengan cara dan gayanya.

Awalnya, ramai menyangka st1gma gamers ini hanya kena pada seseorang yang bersifat “n3rdy’” sahaja, namun sebenarnya terdapat beberapa artis tanah air yang juga menjadi penghibur dalam talian (streamer) di FB dan Youtube untuk berinteraksi bersama peminat sambil mempertontonkan skills permainan video game.

Rata-rata menyangka kerjaya sebagai artis hanya dikaitkan dengan dunia hiburan semata-mata, namun kini terdapat banyak artis wanita yang sebenarnya memiliki bakat yang vers4til dan mempunyai hobi bermain game.

Tidak dinafikan, sukan e-gaming ini sememangnya semakin mendapat sambutan oleh orang ramai tanpa mengira jantina, namun jika ingin memperoleh manfaat daripada permainan video, seseorang itu perlu menetapkan satu had masa agar tidak terlalu keterlaluan.

Bermain biar berpada-pada, nikmati keseronokan bermain video game dengan kadar masa yang bersesuaian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *