Hiburan

“Ni Baru Betul Ori..”- Adik Perempuan Berlakon Jadi Sajat Buat Ramai Berdekah

Umum sedia maklum bahawa sehingga kini usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat masih belum ditemui pihak berkua$a namun dilihat aktif melayari laman Instagram.

Bagaimanapun, tumpuan warganet tiba-tiba berubah kepada adik perempuannya yang dikenali sebagai Mustika dimana sering memuat naik video di platform TikTok.

Lebih menarik perhatian orang ramai apabila wanita yang mesra dipanggil Ika itu menghasilkan video parodi menggunakan suara milik abangnya, apatah lagi dikatakan memiliki wajah seiras seperti Sajat.

Mustika ke Sajat tu?

Menerusi sebuah video, Mustika melakukan ‘miming’ dialog si abang serta ekspresi wajah yang bersesuaian dengan berceloteh mengenai dua orang anak angkat Sajat iaitu pasangan kembar Syaza dan Syahmi.

“Sajat ni biarlah anak-anak makan dulu. Abang (Syahmi), time to eat lepas tu makan ubat,” antara ‘lakonan’ dijayakan oleh Mustika.
Selain itu, sebuah lagi video turut meraih tontonan ramai apabila ‘Sajat’ membebel mengenai penguasaan bahasa Inggerisnya selepas dikritik netizen.

“Office aku pun kat Padang Jawa (Shah Alam), lagi la nak suruh aku cakap bahasa Inggeris. Lain la office kat Beverly Hills (California), class la nampak!,” tutur Mustika melakonan dialog tersebut.

Melihat ke ruangan komen, ramai terhibur menonton parodi itu serta mengakui agak keliru kerana dibayangi perwatakan Sajat berikutan wajah adik-beradik tersebut dilihat sangat mirip.

Keliru pulak! Macam kembar


Ingat betul2 Sajat.. ‘Menganjing’ abang sendiri Adiknya cantik, patut la abang nak ikut


Adik cantik semula jadi…Mesti kelakar macam Sajat! Betul2 ‘copy paste’ ni

Difahamkan, Mustika pernah menceburi bidang hiburan tidak lama dahulu selain turut tular tangkapan skrin tulisan dirinya di posting Instagram yang memanggil Sajat sebagai abang.

Doakan abang saya sembuh…

Nama usahawan sensasi, Nur Sajat sekali lagi menjadi perhatian apabila pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu ada berkongsi beberapa foto di sebuah lokasi berpantai di Instagram, baru-baru ini.

Sambil mengenakan baju mandi dan kasual, perkongsian usahawan yang pernah muncul menerusi lagu Makhluk Penggoda itu menarik perhatian warganet hingga ada yang mulai berteka-teki mengenai lokasi keberadaannya.

Semuanya diperhatikan warganet berdasarkan latar lokasi suasana di dalam foto berkenaan.

Menerusi sebuah ‘posting’ di Facebook (FB), pada Selasa misalnya, seorang pengguna FB seolah-olah memberi gambaran mendakwa berjaya membongkar lokasi Sajat, sebagaimana foto yang dikongsikan di Instagram.

Malah, pengguna Facebook itu turut berkongsi beberapa keping dengan membuat perbandingan dengan gambar-gambar milik Sajat.

Lalu menerusi ruang komen pada posting terbabit, warganet lain cuba meneka lokasi sebenar dan seterusnya memberikan jawapan yang pelbagai.

Dah lama Sajat ‘sembunyi’

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman bukan sahaja bersembunyi malah dia juga dikatakan kurang aktif di media sosialnya. Tetapi sejak kebelakangan ini, Sajat sudah kembali aktif di Instagram kerana dia dilihat sering berkongsi foto dan video seperti sedang ‘bercuti’ di salah sebuah pusat peranginan.

Walaupun begitu, Sajat langsung tidak mendedahkan lokasi percutiannya itu meskipun netizen sudah berkali-kali bertanya. Berdasarkan perkongsian tersebut, kebanyakan gambar-gambar yang dimuat naik menunjukkan dia dipercayai kini berada di sebuah villa, hotel atau resort di tepi pantai.

Dah ‘terb0ngkar’ tempat ‘rashia’ Sajat

Tidak mahu terus berteka-teki, salah seorang pengguna Facebook iaitu Kekcah Aali dan rakannya, Nur Fariha Athena mula ‘menyi4sat’ dan ‘membongkarkan’ rahsia lokasi penyembunyian usahawan terbabit. Bukan itu sahaja, mereka juga tampil menyediakan ‘bukti’ perbandingan gambar Nur Sajat di Instagram dengan lokasi sebenar villa berkenaan.

Sementara salah seorang daripada netizen, Dina Masturina di ruangan komen turut berkongsi beberapa foto sebenar villa yang diambil daripada carian Google. Hasil pencaraian akhirnya membongkarkan Nur Sajat didakwa berada di Villa Maroc Resort Pranburi yang terletak di negara Thailand. Meskipun begitu, ada dalam kalangan netizen mendakwa bahawa gambar yang dimuat naik Sajat di Instagram itu adalah gambar lama yang dikongsikan semula.

Eh nampak sama lah!


Oh villa dekat Thailand rupanya!


Sumber: Kekcha Aali

Terdahulu Sajat bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes beliau tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu

Sajat bersembu.nyi di Thailand

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat dipercayai sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Sumber memberitahu Harian Metro bahawa, Sajat kini sedang bersembunyi di Thailand.

Ditanya bagaimana dia lolos ke negara jiran itu, sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkannya.

Menjadi persoalan sama ada Sajat menggunakan laluan tikus untuk keluar dari Malaysia ke Thailand ataupun dia menggunakan pakej perlancongan yang membenarkan pelancong asing memasuki negara berkenaan selain kunjungan perniagaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan bahawa Sajat kini sedang berada di negara jiran namun beliau tidak menyatakan negara dimaksudkan.

“Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah berkongsi maklumat berkaitan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat yang didakwa berkemungkinan sudah berada di luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata, bagaimanapun pihaknya tidak akan mendedahkannya kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Muhammad Sajjad mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jen4yah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penj4ra tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Apa kata anda?Kongsikan bersama kami

Sumber: TikTok @must1ka_88 Via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *