Amalan

Azalina Bagitahu Berhenti Alih Tiang Gol, Sekali Takiyuddin Balas ‘Tiada siapa alih tiang gol, hanya bantu referee buat pengadilan betul’

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said mengkritik menteri undang-undang Takiyuddin Hassan berhubung kenyataannya bahawa kabinet akan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai sama ada darurat akan dilanjutkan atau tidak.

Azalina, yang pernah menyandang jawatan dipegang Takiyuddin, berkata bahawa kerajaan tidak seharusnya “mengalihkan tiang gol” ketika darurat hampir berakhir.

“Sekiranya demikian (kabinet akan menasihati Agong), apa gunanya membentuk Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di Pertuan Agong di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat 2021?

“Berhenti mengalihkan tiang gol!” katanya dalam ciapan di Twitter dengan menandakan (tag) akaun Takiyuddin.

Di bawah Seksyen 2 (1) undang-undang itu, jawatankuasa bebas yang terdiri daripada 19 orang mempunyai satu tugas – untuk memberi nasihat kepada Agong mengenai tarikh darurat harus ditamatkan.

Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu dilihat mengunci mulut, dengan pengerusinya Arifin Zakaria mengatakan bahawa laporan mereka hanya untuk Agong.

Peguam Haniff Khatri, berpendapat bahawa oleh kerana peranan jawatankuasa tersebut termaktub dalam Ordinan Darurat – kerajaan telah mengalihkan tanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Agong tentang tempoh darurat dari kabinet kepada jawatankuasa berkenaan.

“Justeru, Takiyuddin adalah disarankan untuk patuhi peruntukan Seksyen 2(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Sebagai menteri parlimen dan perundangan beliau juga wajib menentukan kerajaan Muhyiddin Yassin tidak mencampuri urusan tempoh darurat yang terletak pada jawatankuasa khas bebas itu, serta juga menjamin dan menentukan bahawa kerahsiaan dan keperibadian laporan jawatankuasa khas bebas itu pun dipelihara untuk tatapan dan nasihat Agong sahaja,” katanya.

Darurat sebelum ini dijadual berakhir pada 1 Ogos.

Takiyuddin sebelum ini menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kabinet untuk menasihati Agong mengenai tempoh darurat.

Takiyuddin berkata demikian sebagai respons kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham dipetik oleh Malay Mail sebagai berkata bahawa hanya Agong yang mempunyai budi bicara berhubung tempoh darurat.

‘Tiada siapa alih tiang gol, hanya bantu referee buat pengadilan betul’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan menafikan bahawa kabinet “mengubah tiang gol” berhubung tempoh darurat.

Sebaliknya, dia berkata kabinet hanya “memperbetulkan” peraturan untuk membantu “pengadil” membuat keputusan yang tepat.

“Tiada siapa yang alih tiang gol, yang dibuat adalah betulkan peraturan permainan supaya membantu referee buat pengadilan yang betul.

“‘Untuk mencapai matlamat tidak bermaksud mengubah tiang gol,” katanya menerusi Twitter malam tadi.

Tidak jelas apa yang dimaksudkannya dengan “membetulkan” peraturan permainan.

Takiyuddin memberi respon terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said yang mengkritik kenyataannya bahawa kabinet akan memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai sama ada darurat akan dilanjutkan atau tidak.

Azalina dan yang lain berpendapat bahawa langkah menasihati Agong mengenai tempoh darurat adalah tugas jawatankuasa khas bebas yang ditubuhkan untuk tujuan itu.

Ditubuhkan di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat 2021, jawatankuasa bebas yang dianggotai oleh 19 orang mempunyai tugas untuk memberi nasihat kepada Agong mengenai waktu darurat harus berakhir.

Peguam Haniff Khatri, berpendapat bahawa oleh kerana peranan jawatankuasa tersebut termaktub dalam Ordinan Darurat – kerajaan telah mengalihkan tanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Agong tentang tempoh darurat dari kabinet kepada jawatankuasa berkenaan.

Darurat yang sebelum ini dinyatakan untuk menangani peningkatan kes Covid-19 akan berakhir pada 1 Ogos.

Takiyuddin sebelum ini menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kabinet untuk menasihati Agong mengenai tempoh darurat sebagai respons kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham dipetik oleh Malay Mail sebagai berkata bahawa hanya Agong yang mempunyai budi bicara berhubung tempoh darurat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *