Amalan

Baru je lepas lel0ng kerete Volvo, sekali MB Kedah didakwa pandu uji kereta ketika PKP

Terdahulu Kereta jenis Volvo XC60 3.0cc AWD T6 (2010) milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dibida pada harga RM150,000 untuk disalurkan kepada Tabung Palestin.

Katanya, bidaan itu ditutup pada pukul 10 pagi ini selepas dibuka menerusi Facebook beliau sejak Sabtu lalu.

“Saingan sangat sengit termasuk daripada orang bukan Islam, terdapat kira-kira 20 orang yang membuat bidaan. Namun pada jam-jam terakhir ada dua ahli perniagaan membuat bidaan.

“Akhirnya pada 9.59 pagi, Pengarah Urusan Murtadha Dakwah, Mohammad Yaakub Yusra menghantar bidaan tertinggi sebanyak RM150,000 iaitu hampir tiga kali ganda harga asal yang saya tawarkan untuk dibida iaitu RM55,000,” katanya.

Semalam, komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan bahawa beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu.

“Tiada komen lanjut setakat ini, tunggu siasatan polis selesai,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama berhubung perkara itu hari ini.

Semalam, netizen kecoh susulan penularan beberapa gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kenderaan, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh dan pusat jualan serta pameran kenderaan antara sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad sebelum ini berkata polis akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan akan memanggil semua yang terlibat termasuk Muhammad Sanusi.

Katanya siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Penceg4han dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan J4ngkitan) 2021.

Berikut pula penjelasan dari Naib ketua pemuda at Dewan Pemuda PAS Malaysia – DPPM

Ada cerita FITN4H baru tentang MB.

Kononnya MB langgar SOP PKP.

Pi test drive kereta Ford Ranger di Juru Auto City Penang.

Ni kisah sebenar yang berlaku:-

1. MB otw ke KL petang tadi ada hal mustahak. Ada seorang pemandu dan seorang anggota polis pengiring bersama MB. 3 org semuanya.

2. Pergerakan MB keluar daerah atau rentas negeri adalah dibenarkan di dalam SOP PKP kerana termasuk di dalam perkhidmatan perlu (essential service) yang dibenarkan pergerakan.

3. Dari Alor Setar, singgah di Juru sebab nak beli makanan sebelum masuk highway. RnR tutup. Beli siap-siap bekal untuk makan dalam perjalanan.

4. Kebetulan kedai tempat beli makanan di Juru tu dekat dengan show room kereta Ford. Show room tu TUTUP.

5. Ada seorang salesman duk susun kereta Ford Ranger di luar show room. MB pi jengok kereta tu. Bukan pi nak beli. Saja nak pi tengok. Minat. Kalau pi hendap-hendap satgi orang tengok pelik pulak.

6. Walaupun show room tutup, salesman tu bersopan, layan orang yang mai sambil-sambil duk alih kereta-kereta tu. Dia tau waktu ni tak boleh berniaga. SOP PKP. Orang berniaga, macam tu la.

7. Lepas siap beli makanan, MB sambung perjalanan ke KL. Ford Ranger tu duk ada kat Juru tu. Tak ikut pi sekali.

8. Tiada ‘test drive’ berlaku.

9. Kereta Vellfire yg MB naik tu mmg SADA punya. MB Pengerusi SADA. Tiada masalah untuk guna kereta itu bagi urusan rasmi. Tulisan perkataan ‘Menteri Besar Kedah’ pada kereta tu untuk memudahkan pengecaman pihak polis ketika melalui SJR.

Itulah kisahnya.Tolong sampaikan pada akak yang ambik gambaq tu. Baguih akak ni. Rajin.

-Afnan Hamimi

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *