Uncategorized

Akak ni call cakap tak cukup makan, sekali bila check dah macam kedai runcit

Pelakon Dayana Roza menegur sikap sesetengah masyarakat yang mementingkan diri dan bersikap t4mak.

Dayana berkongsi hantaran di Instagram (IG)nya selepas tular foto stok simpanan makanan seorang wanita selepas memohon bantuan orang ramai.

Menurut Dayana, memang wujud golongan yang suka mengambil kesemp4tan seperti itu sehingga tidak memikirkan orang lain.

“Tak dinafikan memang wujud orang macam ni…Kiri kanan depan belakang dia kaut. Kepada yang ambik kesempatan atas alasan “takde makanan” “takde susu anak” “anak tak makan” tapi dalam diam dah collect banyak stock makanan tolong STOP ye,” katanya.

Tambah Dayana lagi masih ramai yang memerlukan bantuan dan terpaksa ‘ikat perut’ kerana terkes4n dengan pandemik C0vid-19.

“Dalam keadaan macam ni tak boleh selfish dan t4mak, ramai lagi orang yang ikat perut. ingat sikit orang belakang ye kakak abang.

“Tak payah nak simpan stock sampai raya tahun depan. Ni dah kira macam makan hak orang, tak berkat nanti.

“Jangan nanti disebabkan orang-orang awak, orang yang nak bagi bantuan dah tak percaya dan mereka yang betul-betul memerlukan nanti lapar tak makan, anak tak ada susu, pampers semua.

“Fikir sikit ye,” tegur Dayana.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut kesal dengan sikap individu yang mengumpul bantuan keperluan harian yang boleh dikatakan lebih daripada cukup.

Mereka bersetuju dengan saranan Dayana agar pemohon bantuan tidak tamak dan mementingkan diri sendiri.

Ahli Parlimen dapat RM300,000 untuk Bantuan Bakul Makanan

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM300,000 diperuntukkan kepada setiap Ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat melalui bakul makanan ini, katanya, kerajaan mengambil sikap mengenepikan perbezaan politik.

“Baik Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, semuanya mestil memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.

“Gunakanlah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan Parlimen masing-masing,” katanya dalam Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *