Amalan

Ebit Lew diiringi tentera Mesir, kereta berperisai. Ini Status Terkini Keadaan Beliau

“SYUKUR pada Allah.”

Begitulah ungkapan yang disebut pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bagi memberi perkhabaran terbaharu mengenai misinya ke Palestin.

Menerusi Instagram, Ebit pada Isnin pagi memaklumkan pasukannya sudah berada di Gaza yang mana perjalanan mereka ke sana diiringi oleh tentera Mesir.

“Kami masuk dengan diiringi tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir, kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini,” ujarnya kepada 5.2 juta pengikut Instagram.

Dalam pada itu, Ebit turut berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak Wisma Putra yang berterusan membantu pasukannya dalam misi itu.

“Terima kasih teramat sangat pada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej.

“Datuk Seri call Kementerian Luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus,” ujarnya.

Selain itu, Ebit turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut sama menyumbang dan membantu misi itu.

Ebit dalam posting sama turut meluahkan rasa sebak apabila tiba ke sana yang mana ia disifatkan seperti kepulangan ke kampung halaman sendiri.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini.

“Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut termasuklah Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin.

“Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Ebit pada 27 Mei lalu memaklumkan dia dan pasukannya selamat tiba di Mesir dan membeli barangan keperluan asas serta ubat-ubatan yang seterusnya akan dibawa ke Gaza.

Dalam pada itu, rata rakyat Malaysia melahirkan rasa lega

“Selamat pagi ustaz, semoga ustaz & team sentiasa sihat selalu ya ustaz ,semoga misi bantuan di sana akan sentiasa dipermudahkan, terima kasih ustaz & team atas pengorbanan yang banyak selama ini demi untuk membuatkan orang lain tersenyum, sanggup tinggalkan keluarga untuk pergi membantu mereka yang memerlukan. Semoga yang baik baik buat ustaz & team”

“Alhamdulillah.. semoga Ustaz ebit lew sentiasa dilindungi.. ustaz kesygan ramai.. anak² sy pun sygkn ustaz.. kata ustaz yg baik dn hebat”

Terdahulu, Ebit telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

Difahamkan, beliau yang bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent telah membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan sebanyak dua treler besar dan beberapa buah lori untuk dihantar terus ke hospital di Gaza.

Terdahulu Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan beliau berjaya menghubungi pendakwah terkenal, Ebit Liew melalui aplikasi Whatsapp awal pagi tadi.

Menurut Caprice, Ebit Liew yang berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin berada dalam keadaan baik.

“Ustaz Ebit Liew dalam keadaan baik. Yang kongsi (hantaran media sosial) ustaz hilang tu adalah berita palsu. Sentiasa doa untuk Ebit Liew. Sila beritahu kepada semua berhenti berkongsikan berita (palsu) itu,” katanya menerusi akaun Intagram @capriceofficial.

Beliau turut memuat naik tangkap layar perbualan Whatsapp beliau dengan Ebit Liew dengan Ebit Liew memaklumkan dalam keadaan baik dan mengharapkan doa semua.

Spekulasi Ebit Liew hilang selepas melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin timbul apabila akaun Facebook pendakwah itu didapati tidak lagi dikemas kini sejak 27 Mei lalu.

Rata-rata netizen Malaysia menitipkan doa buat beliau agar selamat dalam misi menghantar keperluan asas dan ubat-ubatan ke Palestin.

Ebit Liew berlepas ke Mesir pada 25 Mei 2021 menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

Difahamkan, beliau bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent dalam misi tersebut.

Ebit Liew antaranya membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan untuk dihantar terus ke hospital di Gaza.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *