Hiburan

Kenduri durian: Polis akan panggil artis berpangkat Datuk. Rupanya ini aktiviti mereka buat di sana

TAPAH: Polis akan memanggil seorang artis terkenal tanah air dan beberapa individu lain bagi memb.antu s.iasatan d.akwaan melang.gar p.rosedur o.perasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam satu majlis sosial di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu s.iasatan.

Katanya, si.asatan kes itu dijalankan mengikut P.eraturan 17(1) P.eraturan-p.eraturan Penc.egahan dan Pengawalan Peny.akit Berj.angkit 2021, S.eksyen 269 K.anun Kes.eksaan dan S.eksyen 233 A.kta Komunikasi Multimedia 1998.

“K.es melibatkan sel.ebriti dan beberapa individu ini dikesan kira-kira pukul 2 petang tadi menerusi gambar tular di laman sosial Facebook.

“Keja.dian dipercayai berlaku di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor yang mana kita mendapati terdapat pelang.garan SOP PKP 3.0 yang mana tiada pen.jarakan sosial di antara individu-individu yang terlibat selain tidak memakai pelitup muka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Wan Azharuddin, majlis itu dipercayai berlaku pada 24 Jun lalu yang mana s.iasatan mendapati gambar tersebut diambil oleh individu yang turut serta dalam majlis berkenaan.

Beliau berkata, perjumpaan itu dihadiri ahli peniagaan tempatan dan beberapa penduduk kampung yang mana aktiviti seperti jamuan dan karaoke turut diadakan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang majlis atau perhimpunan dalam tempoh PKP 3.0 selain mematuhi SOP Majlis Kesel.amatan Negara (MKN).

“Orang ramai juga diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung i.su ini dan sentiasa patuh kepada peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial, tangkap layar gambar beberapa individu termasuk artis terkenal tanah air bergelar Datuk yang dida.kwa menyertai kenduri durian di Kampung Poh, Bidor.

JamalAbdillah KenaTahan Dekat SJR Sampai P0lis Disvruh Kelvar DariKereta

” Saya tak bimbang kena kompaun sebab ada surat kebenaran rentas negeri…”

Itu kata-kata penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 62, yang ‘ditahan’ polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bidor, Lebuhraya Utara Selatan, semalam.

Menurut Jamal, beliau ketika itu dalam perjalanan ke Bukit Merah, Taiping untuk meninjau kolam ikan kelisa yang diusahakan di sana sebelum singgah di Kampung Poh, Bidor untuk membeli makanan ikan.

” Apabila melalui SJR, petugas di situ ada yang perasan saya tapi tak sempat nak minta saya berhenti. Lagipun mereka tahu saya kena keluar jalan yang sama.

” Sebaik saya keluar, mereka tak lepaskan peluang dan terus tahan saya. Mereka bercakap dengan nada hormat minta saya tolong keluar dari kereta,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Jamal diminta keluar dari kereta bukan kerana telah melakukan kesalahan, sebaliknya kerana anggota polis yang bertugas di situ mahu bergambar dengan penyanyi popular itu.

Sudah boleh agak polis mahu bergambar

Tambah Jamal, ketika itu dia sudah boleh mengagak tujuan mereka mahu bergambar.

Jamal juga berkata beliau tidak bimbang dikompaun kerana ada surat kebenaran merentas negeri daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

” Saya ikut kehendak mereka kerana nak bagi mereka seronok. Bukan saja di luar bandar, di Kuala Lumpur pun pernah berlaku perkara sama.

” Mereka peminat saya dan saya tak kisah nak melayan. Lagipun memang satu kebiasaan buat saya apabila tempuh SJR, akan bagi salam, beri senyuman yang manis dan tanya sama ada sudah makan.

” Buat apa menyombong. Kita kena hormat pengorbanan mereka demi negara. Saya pun ada kebenaran keluar bekerja dan tiada sebarang kesalahan,” katanya.

Menurutnya, kadang-kadang petugas SJR tidak meminta surat kerana tahu dia mahuke Bukit Merah untuk melihat kolam ikan miliknya.

” Biasanya dalam sebulan, saya berulang alik ke sana sebanyak dua kali. Ada kalanya saya beli barang di Kuala Lumpur dan kena hantar ke sana,” katanya.

Info menarik mengenai Jamal Abdillah, pernah bersekolah di Brunei

Untuk info, Jamal Abdillah bersekolah menengah tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan, Perak.

Namun menarik untuk dikongsikan, anak sulung dari tujuh adik-beradik itu sebenarnya mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di negara Brunei Darussalam.

Beliau kemudiannya mengikuti bapanya pulang ke Malaysia dan menyambung persekolahan di Perak.

Kemudian bapa beliau telah ditugaskan kembali ke Brunei Darussalam dan beliau meneruskan persekolahan beliau dari tingkatan empat ke tingkatan lima di sana.

Bakat yang terdapat dalam diri beliau adalah bakat semulajadi dan beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik.

Pada tahun 1973, beliau telah menjadi juara di dalam Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam termasuk sembilan pertandingan nyanyian yang lain termasuk 9 pertandingan nyanyian yang kesemuanya beroleh gelaran juara.

Bakatnya akhirnya dipersembahkan keseluruh rakyat Malaysia menerusi penyertaannya dalam pertandingan nyanyian nombor satu negara ketika itu, Bintang RTM sekaligus bergelar juara dan dilamar syarikat rakaman WEA (kini Warner Music) ketika berusia 20 tahun.

Persembahan beliau dengan lagu hits Kumpulan Alleycats berjudul “Senandung Semalam” begitu memukau hingga kembali mempopularkan lagu tersebut.

Berkahwin sebanyak 4 kali

Jamal telah berkahwin buat kali pertama pada 1988 dengan pasangannya Basariah Abdul Latif tetapi mereka tidak dikurniakan anak.

Selepas bercrai dengan Basariah pada tahun 1996, Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani tetapi perkahwinan itu juga tidak bertahan lama.

Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra Samad pada Disember 2005 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani. Jodoh mereka juga tidak panjang apabila berpisah pada 15 Mei 2007.

Pada 1 April 2017, beliau telah bernikah dengan seorang gadis berasal dari Kulim, Zai Izzati Khiruddin, iaitu perkahwinan beliau kali keempat. Mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dan kekal bahagia hingga ke hari ini.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *