Hiburan

KKMM diarah sias4t program hiburan, sekali netizan perasan anak seorang menteri pun terlibat

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengarahkan supaya siasatan dilakukan ke atas sebuah rancangan hiburan terbitan syarikat penyiaran swasta susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Kita sudah maklumkan perkara ini kepada KKKM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program.

“KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti berlaku pelanggaran apa-apa SOP sepanjang rakaman program terbabit,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan rakaman musim pertama rancangan hiburan, menampilkan 50 juri yang dilihat tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman dibuat.

Difahamkan, rakaman program itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan sebelum ini, iaitu antara 3 Mac hingga 11 April lalu.

Mohd Rabin berkata, tindakan penguatkuasaan masih boleh diambil jika berlaku sebarang ketidakpatuhan SOP ditetapkan, walaupun rakaman program terbabit sudah selesai.

“Rakaman rancangan ini dipercayai dibuat ketika arahan PKPP dikuatkuasakan sebelum ini, tetapi tetap ada syarat perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya.

“Kalau ada pelanggaran dia boleh diambil tindakan. Walaupun benda itu (rakaman program berkenaan) sudah berlaku, ia timbul di media atau sebagainya, polis tetap akan siasat,” katanya.

Akhirnya, senarai 50 juri bagi program All Together Now Malaysia 2021 didedahkan. Ianya merupakan sebuah program hiburan terbaru Astro yang bakal menemui penonton pada 4 Jun 2021 iaitu setiap hari Jumaat.

Program All Together Now Malaysia (ATNM) merupakan sebuah program hiburan adaptasi daripada program antarabangsa yang telah popular di British, All Together Now. Selain Malaysia, program ini juga telah diterbitkan semula di serata dunia termasuk Australia, Rusia, Turki, Brazil dan banyak lagi termasuk Malaysia.

Salah satu elemen penting di dalam program All Together Now Malaysia (ATNMY) adalah barisan juri yang akan mengadili barisan peserta yang berjaya sertai program ini. Terdapat sehingga 50 juri termasuk ketua juri yang akan bertindak sebagai juri setiap minggu.

Program ini akan dihoskan oleh Sherry Alhadad dan ketua juri telah pun dipilih iaitu Datuk AC Mizal. Barisan juri terdiri daripada pelbagai bidang seperti penyanyi, pelakon, influencer dan penyampai radio.

Nama anak Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Tersenarai

Berikut Senarai 50 Juri Bagi Program All Together Now Malaysia 2021.

Datuk AC Mizal (Ketua Juri), Ernie Zakri,Syamel, Mark Adam, Erra Fazira, Noryn Aziz, Tuju K-Clique,Siti Nordiana, Zizan Razak. Khai Bahar. Jaclyn Victor. Zizi Kirana, Tabby Dolla, Shiha Zikir,

Sissy Iman, Bob Yusof, Nana Mahazan, Linda Nanuwil, Andi Bernadee, Chubb-e, Catriana Ross, Sarah Suhairi, Ifa Raziah, Ainaa Abdul, Mimi Fly, Azzam Sham

Dafi Ismail, Ara Johari, Azira Syafinaz, Liza Hanim, AzfarHeri, Acong, Joey Daud, Angel Dolla, Yusuf Bahrin, Yaya Zahir, Kelly Azman, Jad Lobo, Harith Zazman
Kaka Azraff, Haniff Hamzah ERA, Falyq Hikyle SINAR, Ean HITZ, Suresh RAAGA, Neeta Manisha, Kidd Santhe, Thanuja, Vanessa Reynauld, Daniel Cheong, Alvin Chong

Didakwa Tidak Ikut SOP, Netizen Kurang Senang Dengan Program Hiburan Libatkan 50 Juri

Sebuah rancangan hiburan All Together Now Malaysia yang baru sahaja ditayangkan secara rasmi pada Ahad lalu telah menjadi buah mulut netizen. Dalam rancangan tersebut, terdapat 50 orang juri yang menilai persembahan para peserta.

Lantaran penampilan 50 orang juri dalam rancangan tersebut, rata-rata netizen menimbulkan rasa kurang senang disebabkan kini negara kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wab4k C0VID-19.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mendakwa para juri tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan SOP yang sepatutnya. Akan tetapi, ada juga yang mengatakan rancangan ini sudah dirakamkan sebelum pelaksanaan PKP di Malaysia.

Menjawab persoalan netizen, menurut pihak Astro, rakaman program All Together Now Malaysia telah dilakukan pada 3 Mac hingga 11 April 2021 semasa pelaksanaan PKPP.

Malah, semasa rakaman dijalankan, pihak rakaman telah memastikan mematuhi kesemua garis panduan SOP semasa PKPP yang dikeluarkan oleh pihak MKN dan KKM.

Difahamkan, format asal program ini sepatutnya menampilkan 100 orang juri namun berikutan situasi semasa, jumlah tersebut dikurangkan kepada 50 orang juri. Malah, program ini juga sebenarnya telah ditunda sebanyak dua kali daripada tarikh asal siarannya.

Kesal4han tertinggi tidak pakai pelitup muka – Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara merekodkan 200 individu diberkas semalam berbanding 230 individu ditahan kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 198 dikompaun manakala dua direman dengan kesalahan tertinggi ialah tidak memakai pelitup muka sebanyak 53 kes.

Ujarnya, ini diikuti pelbagai kesalahan lazim lain iaitu gagal merekod butiran atau daftar masuk di premis (46), tiada penjarakan fizikal (44) aktiviti pusat hiburan (28) dan lain-lain lagi (29).

“Seramai enam orang pendatang asing tanpa izin turut ditahan melalui Operasi Benteng dengan sebanyak 157 buah bot atau kapal yang dicurigai dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan pasukan keselamatan,” kata beliau melalui kenyataan hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, katanya, seramai 678 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya dikuarantin dengan sejumlah 7,469 individu terbabit masih lagi menjalani proses tersebut.

Seramai 1,577 individu terbabit dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 172,747 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin.

Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melakukan 2,148 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan dua premis diberikan nasihat manakala dua dikenakan k0mpaun

Salah Seorang Peserta Ini Tampil Beritahu Perkara Sebenar

“Assalammulaikum semua. Ramai yang bertanyakan pada saya tentang program ATNM minggu lepas dan di sini saya nak bagi pencerahan sikit kepada semua berkenaan p.rogram tersebut.

“P.rogram tersebut merupakan p.rogram rakaman ya, yang ianya dilangsungkan pada tempoh PKPP (Per.intah Kawalan Pergerakan Pemulihan) pada bulan februari yang lepas bukan PKPB atau PKPD ya..ketika itu kita semua bebas nak pergi mana mana ya, kecuali rentas negeri dan ke kawasan yang PKPB dan PKPD.

“Ketika Itu masjid dan surau semua dibenarkan bero.perasi dengan S0P, yang mana ketika itu solat jumaat pun dibenarkan..jadi tiada istilah p.rogram boleh berlangsung tapi masjid tutup.

Kami peserta dan juri telah melakukan swab test 1 minggu sebelum tarikh rakaman p.rogram tersebut bukan sekali ya tapi dua kali.

“Semua b.ising sebab tak pakai mask baik juri ataupun peserta..dan ada yang cakap mungkin C0VID cuti kot waktu PKPP and ada yang cakap mungkin C0VID tak datang kot waktu buat persembahan..Haihhh.

“Takpa di sini saya nak mintak anda semua buka fikiran anda..ianya sama seperti anda makan di luar semasa (PKPP) tak perlu pakai mask anda bersukan futsal,bola padang and so on semasa (PKPP) tak perlu pakai mask, even anda berjogging di luar sambil jogging pun tak perlu pakai mask, kenapa nak dibandingkan bila datang time menyanyi kene pakai mask?.

Tak ke sama dengan yang lain di atas? . C0VID cuti ke time makan kat luar tak pkai mask? C0VID cuti ke time korang main futsal,bola padang &dan berjogging? C0VID tak datang ke time2 korang kat luar lakukan ak.tiviti semua?.

“Ada yang cakap lagi berkenaan artis2 tu tido dekat situ ke, tak balik rumah ke? Tak pergi mana2 ke? Tak jumpa orang ke?.

“Sahabat2 yang dikasihi sekalian, bukak minda bila nak mengajukan soalan. Semua soalan ini berbalik kepada yang diatas..waktu anda main futsal,bolasepak dan makan di luar ketika waktu PKPP tempoh hari..anda tau ke kawan2 anda yang main bola sekali dgn anda tu dari mana? Pergi mana? Jumpa siapa? Yang makan disebelah meja anda? Siapa dia? Dari mana? Kita pun xtahu dia dari mana dan siapa dia? Tetapi kita duk makan je tak fikir pun psal perkara ni.

“Tiba2 when it comes to this pr.ogram semua tak boleh..sampai ada yang menglabelkan kami, tak apalah..kami tahu anda semua bagus dan baik di sisi allah swt..tapi tak perlu sampai nak menghlna kami seperti itu..kami juga tahu nak seimbangkan dunia dan akhirat..kami juga tidak lupa untuk menunaikan apa yang dituntut oleh-Nya.

“Bukak mata dan hati ya kawan kawan..Saya bukan backup Astro atau apa apa, saya bercakap kerana saya salah seorang peserta rancangan tersebut, saya yang mengalami apa yang dialami oleh semua peserta di dalam tu, dijaga dan dikawal rapi oleh pihak produksi. Setiap setengah jam pihak polis datang buat pantauan terasa macam dalam p.enjara pulak.

“Akhir kata, kita semua mengalami n.asib yang sama, kita semua terkena effect dari pandemlk ini anda pun sama,saya pun sama masing2 terkesan semua terkesan just jagalah diri anda semua dan keluarga anda itu lebih penting..Sekian.

Kredit : FB Ezwan

All Together Now Malaysia merupakan sebuah p.rogram realiti yang diadaptasikan dari British (All Together Now) di mana p.rogram ini mengumpulkan 50 orang juri dalam kalangan penyanyi, pelawak, penyampai radio, influencer dan wartawan hiburan untuk mencari penyanyi baharu yang berbakat besar.

Peserta perlu menampilkan persembahan yang terbaik untuk menc.uri hati barisan 50 juri ini dalam melayakkan mereka ke peringkat seterusnya pula. Hanya seorang peserta sahaja yang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM 50,000.

sumber: bharian, twitter, astro, mkn

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *