Amalan

UAE VS Malaysia, PM Muhyddin Lahirkan Sokongan, Sekali Ada Komen Dakwa PM Tak Sensitif

Malaysia akan turun bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di pusingan kedua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tengah malam ini, 12:45 am waktu Malaysia.

Selain daripada memburu kejutan menentang salah sebuah pasukan yang dianggap gergasi di Asia, kemenangan juga akan memberikan pasukan negara kelebihan ketara sebelum berhadapan Thailand dan juga Vietnam.

Dalam pada itu, rata-rata rakyat Malaysia melahrikana keterujaan menanti perlawanan pada malam ini. Perdana Menteri juga menggesa seluruh Rakyat Malaysia untuk menyokong pasukan Harimau Melaya,

Namun begitu ada satu komen yang mengkritik PM kerana didakwa tidak sensitif dengan keadaan d4rurat yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Namun begitu komen yang di tinggalkan oleh wanita ini ternyata menerima k3caman dari netizan

“PM yang di hormati.. Mohon sensitif dengan isu darurat dan pandemik sekarang.. Walaupun tuan PM gembira dan teruja dengan perlawanan ini.. Tapi *TIDAK* pada rakyat Malaysia.. Kami sebagai rakyat.. Sangat TERKESAN dan risau dengan keadaan kes-kes covid yang tak terbendung.. Mohon PM melihat kembali keputusan menteri-meteri demi menjaga kepentingan rakyat dan negara secara amnya..”

Berikut adalah beberapa fakta menarik menjelang perlawanan pada malam ini.

Pertemuan kedua vs Van Marwijk

Sejak mengambil alih jawatan Ketua Jurulatih dari Alberto Zaccheroni pada Mac 2019, perlawanan menentang Malaysia di pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 10 September 2019 adalah perlawanan kompetitif pertama Bert Van Marwijk selaku pengendali UAE.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil itu, Malaysia terlebih dahulu mengejutkan UAE melalui jaringan Syafiq Ahmad sebelum Ali Mabkhout menjaringkan dua gol pada setiap babak perlawanan untuk menang 2-1.

Keadaan jauh berbeza selepas itu apabila beberapa keputusan buruk menyebabkan Van Marwijk dipecat oleh UAE pada Disember 2019. Beliau bagaimanapun kembali menyertai pasukan negara teluk itu pada Disember 2020.

Tan Cheng Hoe dan Bert Van Marwijk bersalaman selepas sidang media pra-perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang tadi.
Ini menjadikan pertemuan kedua di antara kedua-dua pasukan di pusingan kelayakan ini sebagai perlawanan kompetitif pertama dikendalikan pengendali dari Belanda itu sejak kembali menyertai UAE.

Dari segi persiapan, UAE juga memperolehi beberapa keputusan sukar. Walaupun membelasah India 6-0 pada Mac dan kemudian Jordan dengan jaringan 5-1 ke atas Jordan, UAE turut tewas 3-1 kepada Bahrain pada November tahun lalu.

Selain kemenangan ke atas India dan Jordan, UAE hanya merekodkan tiga kemenangan iaitu kemenangan 5-o ke atas Indonesia (pusingan kelayakan), 3-0 ke atas Yemen (Piala Teluk), bergelut untuk kemenangan 3-2 ke atas Tajikistan. UAE tewas semua enam perlawanan lain sejak pertemuan dengan Malaysia tersebut.

Misi Van Marwijk ialah untuk melayakkan UAE ke Piala Dunia di Qatar pada 2022. Jelas sekali tekanan berada bersama UAE kerana perlu menang semua perlawanan untuk memastikan mara ke pusingan berikutnya.

Falsafah bola sepak Van Marwijk

Bola sepak Belanda dikenali sebagai bola sepak yang berasaskan hantaran pendek, membina serangan dari bahagian belakang dan posisi pemain dalam struktur yang tidak rigid. Untuk itu, falsafah bola sepak yang diterapkan oleh Van Marwijk juga tidak banyak perbezaan.

Ketika bersama Belanda, Arab Saudi atau pun Australia, Van Marwijk selesa dengan formasi 4-3-3 atau pun 4-2-3-1. Namun demikian Van Marwijk juga terkenal sebagai seorang jurulatih yang fleksibel dari segi pendekatan – seperti mana yang dibuktikan ketika bersama Belanda di Piala Dunia 2010.

Skuad Belanda yang muncul naib juara Piala Dunia 2010, misalnya dikenali sebagai sebuah pasukan yang fizikal. Ini bermakna corak permainan oleh Van Marwijk turut dipengaruhi oleh barisan pemain yang beliau miliki.

Merancang serangan melalui Khalfan Mubarak

Karakter utama UAE dan cora permainan yang digermari oleh Van Marwijk ialah gemar menyerang. Ini bermakna apa sahaja sistem yang digunakan seperti 4-2-3-1/4-3-3 atau kemungkinan 4-4-2 dalam perlawanan ini, UAE hampir pasti akan mengasak kubu pasukan negara secara habis-habisan selepas wisel permulaan ditiup pengadil.

Ada sebabnya mengapa mereka gemar menyerang. Pertama, UAE lemah dalam bahagian pertahanan. Pemain sayap mereka tidak rajin membantu bek kanan dan kiri. Aksi mereka menentang Malaysia sebelum ini menyaksikan 20 minit pertama perlawanan benteng UAE asyik dibocori. Namun pasukan negara kecewa pada ketika itu kerana tidak klinikal.

Sebab kedua ialah kerana UAE mahu mengoptimukan kreativiti pemain tengah mereka. Tanpa Omar Abdulrahman, UAE tidak ketandusan pemain kreatif. Menjadi tumpuan kali ini adalah Khalfan Mubarak yang telah menghasilkan 10 assist di peringkat saingan domestik. Hakikat Khalfan adalah rakan sekelab Ali Mabkhout – turut merekod 10 assist musim yang sama – bermakna Van Marwijk memiliki gandingan pemain yang cukup memahami antara satu sama lain.

Khalfan Mubarak boleh beraksi di mana-mana posisi di belakang penyerang utama di bahagian serangan menyebabkan larian dan pergerakan pemain ini sering kali mengelirukan lawan. Ancaman paling bahaya dari pemain ini ialah keupayaan beliau mengeksploitasi ruangan di kawasan half-space.

Sekat Ali Mabkhout

Meledak hatrik ketika berdepan India dalam aksi persahabatan, Ali Mabkhout nyata masih perlu diberikan tumpuan oleh Malaysia sebagaimana aksi pertama dahulu.

Pada September 2019, dalam pertembungan pertama kedua-dua pasukan untuk aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, beliau merupakan watak penting kebangkitan mereka untuk akhirnya menundukkan Malaysia 2-1.

Syafiq Ahmad terlebih dahulu menghasilkan jaringan pertama perlawanan pada minit pertama untuk Malaysia mendahului perlawanan, sebelum Ali Mabkhout akhirnya berhasil memecah kubu skuad Harimau Malaya pada minit ke-43 dan ke-75.

Semua yang menyaksikan perlawanan itu pasti bersetuju, Malaysia sebenarnya patut menang. Namun kegagalan kita untuk menyempurnakan beberapa peluang di babak kedua telah menyebabkan Harimau Malaya gagal meraih sebarang mata.

Dua perkara yang boleh kita belajar daripada kesilapan lalu dan mengehadkan peluang Ali Mabkhout daripada bermaharajalela adalah pertama, kekang ancaman daripada belakang (terutama dari Khalfan Mubarak) dan yang kedua, elak daripada kehilangan bola di garisan akhir.

Pemain naturalisasi

Sekiranya cabaran pasukan negara diperkuatkan oleh peman naturalisasi seperti Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi, UAE kali ini turut berbuat demikian dengan mendaftarkan dua pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan.

Skuad UAE dan Bert van Marwijk kali ini diperkuat dengan kehadiran penyerang naturalisasi yang baharu iaitu Fabio Lima dan Sebastian Tagliabue yang masing-masing telah membuat lima dan tiga penampilan bersama skuad ‘The Whites’ itu.

Fabio Lima adalah ancaman utama kepada bahagian pertahanan pasukan negara. Menjaringkan 22 gol untuk Al Wasl pada musim lalu, pemain kelahiran Brazil itu adalah penjaring kedua terbanyak Liga UAE di belakang Ali Mabkhout yang mencetak 25 gol pada musim yang sama. Kedua-dua adalah penjaring terbanyak Liga UAE.

Sebastian Tagliabue pula menjaringkan 11 gol bersama Al Nasr dan berpengalaman beraksi di peringkat tertinggi bersama Everton di Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Rekod lampau

Kekalahan 10-0 pada 3 September 2015 kepada UAE, adalah rekod terburuk yang pernah dilalui oleh pasukan negara di pentas antarabangsa. Kita semua pasti masih ingat bagaimana Dollah Salleh meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Daripada 13 pertemuan yang direkodkan antara kedua-dua negara, Malaysia hanya pernah menang dua daripadanya. Kemenangan pertama adalah pada 1980 di Kejohanan Piala Asia apabila Malaysia menewaskan UAE 2-0, hasil jaringan Abdah Alif dan Tukamin Bahari.

Dua tahun berikutnya di Pestabola Merdeka, Malaysia merekodkan kemenangan 1-0. Namun kedua-dua pasukan tersingkir seawal pusingan pertama lagi di kejohanan tersebut.

Mimpi ngeri Matt Davies dan Junior Edstal
Dari kalangan skuad yang dibelasah 10-0 oleh UAE pada 2015, hanya Matthew Davies dan Junir Edstal masih kekal sehingga ke hari ini.

Untuk perlawanan pada malam ini, Matthew Davies hampir pasti akan diturunkan di posisi bek kanan. Manakala Junior mungkin digunakan sebagai bek tengah.

Di kem UAE, sekurang-kurangnya lapan pemain dari skuad 2015 masin dikekalkan, termasuk penyerang sensasi, Ali Mabkhout. Beraksi atau tidak, perlawanan pada malam ini pasti mahu dijadikan oleh Matthew Davies dan Junior Edstal untuk melupakan keputusan memalukan tersebut.

Penutup

Mampukah skuad kendalian Tan Cheng Hoe melakar kejutan pada malam ini? Bagi kami, perkara terutama ialah mentaliti pemain ketika perlawanan.

Usah gentar, usah goyah. Ayuh Harimau Malaya mengaumlah garang selagi nyawa dikandung badan!

sumber: https://www.semuanyabola.com/, FB Muhyiddin Yassin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *