Amalan

‘Bukan lagi Muhyiddin’ Berkuat kuasa serta merta dokumen rasmi wajib guna nama sebenar PM

KAKITANGAN di Pejabat Perdana Menteri telah diarahkan untuk menggunakan nama sebenar Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam semua dokumen formal atau rasmi.

Surat edaran bertarikh 3 Jun itu mengarahkan supaya surat dan dokumen rasmi yang memerlukan tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya, iaitu dengan ejaan “Mahiaddin Bin Md Yassin” atau “Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin”.

Surat pekeliling tersebut ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohammad dan arahan itu berkuat kuasa serta-merta.

Difahamkan, arahan ini dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara.

Mahiaddin adalah nama yang diberi kepada perdana menteri tersebut namun dia lebih dikenali sebagai Muhyiddin.

Pada bulan April, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan seorang lelaki setelah memutuskan bahawa perintah penahanan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri itu tidak sah, kerana itu bukanlah nama sebenarnya.

Lelaki itu sepatutnya ditahan selama dua tahun di pusat pemulihan Simpang Renggam, Johor.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan bahawa menteri-menteri yang menjalankan fungsi rasmi mestilah menggunakan nama seperti yang dinyatakan dalam MyKad dan Warta Kerajaan Persekutuan.

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Nama: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman

Anak: 4 orang

Tarikh Lahir: 15 Mei 1947

Tempat lahir: Muar, Johor

Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978

• 1970 – Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)

• 1971 – Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh

• 1974 – Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor

• 1978 – Ahli Parlimen Pagoh.

• 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh

• 1986 – Menteri Besar Johor ke-13

• 1985 – Ahli Majlis Tertinggi UMNO

• 1993 – Menang Naib Presiden UMNO

• 1996 – Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO

• 4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 – Menteri Belia dan Sukan

• 2000 – Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.

• 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

• 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

• 19 Mac 2008 – 9 April 2009 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Presiden UMNO

• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

• 10 April 2009 – 11 Ogos 2013 – Menteri Pelajaran

• 2009 – Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

• 10 April 2009 – Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri

• 2016 – Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

• Jun 2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.

• September 2016 – Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.

• 13 Julai 2017 – Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.

• 22 Ogos 2017 – Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor

• 2018 – Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri

• 29 Februari 2020 – Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *