Amalan

Pandu uji kereta: Sanusi sedia disi4sat. Rupanya ini jenis kereta yg dia turun tengok

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan sedia disiasat dan berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) total lockdown dalam satu kejadian di Juru, Pulau Pinang.

Menurutnya, beliau akan memberi keterangan berhubung dakwaan memandu uji kenderaan, kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang petang ini.

“Saya akan serahkan kes ini kepada polis, mungkin (saya boleh sahkan) petang ini polis akan datang untuk ambil statement saya, (berhubung) apa yang berlaku, saya akan bagi statement (kepada pihak) polis.

“Saya serah kepada polis… kalau polis dapati apa yang telah terjadi itu satu kesalahan dan saya didakwa… saya yakin kesalahan itu tidak membawa hukuman g4ntung sampai m4ti… mungkin komp4un saja.

“Saya akan bayar, kalau pekerja (di showroom) pun didapati bers4lah, komp4un dia pun saya akan bayar… siapa lagi yang bersalah dalam peristiwa itu pun saya akan bantulah untuk bayar kalau mereka kena komp4un.

“Saya tak ada niat nak beli kereta baharu hanya kerana banyak kereta di situ, saya tertariklah juga… macam kita pun orang (kalau) benda benda cantik ini tentulah kita ada tertarik.

Menurut MB Kedah lagi, di hanya turun tengok kereta jenis Ford Raptor bukannya turun tengok perempuan atau jand4.

“Saya tak tertarik dekat janda, tak tertarik dekat ‘minah rewang’ saya tertarik pada kereta saja… jadi saya turun tengoklah, bukan saya tengok perempuan saya tengok kereta Raptor (sahaja),” katanya berseloroh.

Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan tinjauan di Pusat Kuar4ntin dan R4watan C0VID-19 (PKRC) Dewan Al Farabi, Jalan Stadium, Alor Setar pada Isnin.

Dalam pada itu, mengenai penggunaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA), katanya MPV itu digunakan berdasarkan kapasitinya sebagai Pengerusi SADA dan kerap menggunakannya bagi perjalanan jauh.

Pada Sabtu, tular gambar dan video memaparkan seorang individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang melarang aktiviti jualan serta pameran kenderaan.

Berikut pula penjelasan dari Naib ketua pemuda at Dewan Pemuda PAS Malaysia – DPPM

Ada cerita FITN4H baru tentang MB.

Kononnya MB langgar SOP PKP.

Pi test drive kereta Ford Ranger di Juru Auto City Penang.

Ni kisah sebenar yang berlaku:-

1. MB otw ke KL petang tadi ada hal mustahak. Ada seorang pemandu dan seorang anggota polis pengiring bersama MB. 3 org semuanya.

2. Pergerakan MB keluar daerah atau rentas negeri adalah dibenarkan di dalam SOP PKP kerana termasuk di dalam perkhidmatan perlu (essential service) yang dibenarkan pergerakan.

3. Dari Alor Setar, singgah di Juru sebab nak beli makanan sebelum masuk highway. RnR tutup. Beli siap-siap bekal untuk makan dalam perjalanan.

4. Kebetulan kedai tempat beli makanan di Juru tu dekat dengan show room kereta Ford. Show room tu TUTUP.

5. Ada seorang salesman duk susun kereta Ford Ranger di luar show room. MB pi jengok kereta tu. Bukan pi nak beli. Saja nak pi tengok. Minat. Kalau pi hendap-hendap satgi orang tengok pelik pulak.

6. Walaupun show room tutup, salesman tu bersopan, layan orang yang mai sambil-sambil duk alih kereta-kereta tu. Dia tau waktu ni tak boleh berniaga. SOP PKP. Orang berniaga, macam tu la.

7. Lepas siap beli makanan, MB sambung perjalanan ke KL. Ford Ranger tu duk ada kat Juru tu. Tak ikut pi sekali.

8. Tiada ‘test drive’ berlaku.

9. Kereta Vellfire yg MB naik tu mmg SADA punya. MB Pengerusi SADA. Tiada masalah untuk guna kereta itu bagi urusan rasmi. Tulisan perkataan ‘Menteri Besar Kedah’ pada kereta tu untuk memudahkan pengecaman pihak polis ketika melalui SJR.

Itulah kisahnya.Tolong sampaikan pada akak yang ambik gambaq tu. Baguih akak ni. Rajin.

-Afnan Hamimi

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *