Amalan

Lelaki “penghantar Makanan” Ketuk Pintu Kond0 Mewah. Sekali Ini Yang Dijumpai

Kuala Lumpur: Ingin mencari wang mudah akibat terkesan dengan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) menyebabkan seorang lelaki menjadikan unit residensi di Jalan Pudu, di sini, sebagai mini kasin0.

Bagaimanapun, kegiatan suspek terb0ngkar selepas Bahagian Kongsi Gelap, Perju.dian dan M4ksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu unit itu hari ini dan menahan 13 kaki ju.di.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenay4h (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, dalam serbuan pada 2.05 perang itu, pihaknya menahan 12 individu termasuk dua wanita warga tempatan dan seorang lelaki warga Perancis berusia 23 hingga 46 tahun.

“Kami merampas dua meja kasino, 104 keping daun terup, 913 keping cip bernilai RM5, RM25, RM100, dan RM500 serta sejumlah wang tunai.

“Hasil siasatan mendapati mini kasino itu beroperasi setiap hari bermula pada 2 petang hingga 7 pagi,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, hari ini.

Nasri berkata, penganjur kegiatan ini didalangi lelaki tempatan yang menjadikan tempat kediaman sebagai mini kasino.

“Dia memberi alasan sukar mencari pekerjaan ketika ini menyebabkan melakukan kegiatan itu bagi mencari wang.

“Siasatan mendapati suspek membeli meja kasino itu sekitar RM5,000 sebuah melalui pembelian dalam talian sebelum dihantar ke unit kediaman terbabit,” katanya.

Beliau berkata, pemain yang datang kebanyakan kenalan dikenali dan kenalannya pula akan mencari pemain lain untuk berjudi.


“Pemain terlebih dahulu akan memindahkan wang pertaruhan melalui dalam talian sebelum diberi cip untuk berjudi.

“Penganjur dianggarkan boleh mendapat keuntungan sekitar RM1,000 sehari hasil perjudian terbabit,” katanya.

Katanya, kesemua individu itu akan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 (1), Akta Rumah Judi Terbuka 1953

Pihak polis menggunakan taktik peny4maran sebagai penghantar makanan bagi menyerbu satu unit kediaman di sebuah residensi mewah yang menjalankan aktiviti mini kasino, siang tadi.

Berikut reaksi dari netizan

“Pandai sungguh abang polis…syabas pdrm”

“kn best ad video mcm ni. semangat kita tengok. ni x, da pakai baju lokap bru ad gambar.. terbaik #pdrm”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *