Uncategorized

Posting terakhir di hospital Gaza, ramai mula bimbang keselamatan Ebit Lew

PETALING JAYA – Tindakan pendakwah terkenal, Ebit Lew tidak mengemas kini beberapa laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menimbulkan kegusaran buat rakyat negara ini khusus pengikutnya.

Berdasarkan semakan di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya hari ini mendapati kali terakhir beliau membuat hantaran adalah pada 27 Mei lalu.

Menerusi sebuah portal, rata-rata pengikut pendakwah popular itu menitipkan doa buat beliau agar selamat dalam misi menghantar keperluan asas serta ubat-ubatan ke Palestin.

“Semoga ustaz (Ebit) dan team sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan mereka,” tulis Azie Abdullah.

“Semoga Allah lindungi ustaz Ebit,” kata Nurfarha Shahira sambil meletakkan emoji tangan simbolik sebagai berdoa.


Tangkap layar hantaran terakhir di laman sosial Facebook Ebit Lew pada 27 Mei lalu.
Terdahulu, Ebit telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

Difahamkan, beliau yang bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent telah membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan sebanyak dua treler besar dan beberapa buah lori untuk dihantar terus ke hospital di Gaza.

Ustaz Ebit Lew Tak Hil4ng

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan beliau berjaya menghubungi pendakwah terkenal, Ebit Liew melalui aplikasi Whatsapp awal pagi tadi.

Menurut Caprice, Ebit Liew yang berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin berada dalam keadaan baik.

“Ustaz Ebit Liew dalam keadaan baik. Yang kongsi (hantaran media sosial) ustaz hilang tu adalah berita palsu. Sentiasa doa untuk Ebit Liew. Sila beritahu kepada semua berhenti berkongsikan berita (palsu) itu,” katanya menerusi akaun Intagram @capriceofficial.

Beliau turut memuat naik tangkap layar perbualan Whatsapp beliau dengan Ebit Liew dengan Ebit Liew memaklumkan dalam keadaan baik dan mengharapkan doa semua.


Tangkap layar perbualan di antara Caprice dan Ustaz Ebit Liew yang dimuat naik ke laman Instagram milik penyanyi rap tersebut.
Spekulasi Ebit Liew hilang selepas melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin timbul apabila akaun Facebook pendakwah itu didapati tidak lagi dikemas kini sejak 27 Mei lalu.

Rata-rata netizen Malaysia menitipkan doa buat beliau agar selamat dalam misi menghantar keperluan asas dan ubat-ubatan ke Palestin.

Ebit Liew berlepas ke Mesir pada 25 Mei 2021 menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

Difahamkan, beliau bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent dalam misi tersebut.

Ebit Liew antaranya membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan untuk dihantar terus ke hospital di Gaza.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *