Amalan

‘Kisah Puteri Yang Tertuk4r’ – Ini Re4ksi Jabatan Kesih4tan

Bagaikan kisah ‘Puteri Yang Tertukar’, rupa-rupanya berlaku juga dalam kehidupan harian kita. Kisah tr4gis ini terpaksa dilalui oleh dua keluarga apabila tiga bayi mereka yang dilahirkan 20 tahun lalu rupa-rupanya tertukar gara-gara kecu4ian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Perkara ini disedari selepas Adryani Iwani Ibeni Yanin, ‘kembarnya’ Adryana Iwani serta kembar sebenarnya Noratirah Husin selepas menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lalu.

Terjumpa gadis seiras kembarnya ketika di Tingkatan 4

Menurut Adryani Iwani, Semasa di Tingkatan 4 dia mengikuti kem motivasi dan terdapat rakan daripada sekolah lain yang memberitahu bahawa wajahnya seiras dengan rakan mereka iaitu Noratirah. Gadis berkenaan kemudiannya meminta gambar gadis yang dikatakan seiras dengannya sebelum mereka berkongsi akaun Instagram Noratirah.

Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan ketara wajah kami, namun mama (panggila untuk ibu) berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa.

Walau bagaimanapun, secara tidak sengaja mereka bertemu di Karnival Jom Masuk U dan masing-masing terkejut dan memandang antara satu sama lain. Mereka tidak menyangka bahawa wajah mereka memang sama dan rupa-rupanya tarikh lahir mereka juga sama selepas rakan mereka hantar gambar sambutan hari lahir Noratirah.

Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama macam saya, sekali tengok, eh… betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian.

Setuju buat ujian DNA

Noratirah dikatakan telah menghubungi Adryani Iwani menerusi Instagram dan mereka bersetuju untuk membuat uji4n DNA. Ujian berkenaan dibuat menggunakan sampel darah daripada Adryani Iwani, ibunya (Siti Aminah Ismail), Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah (Husin Omar).

Lebih mengejutkan lagi apabila keputusan ujian berkenaan mendapati bahawa 99.99 peratus menunjukkan Adryani Iwani dan Noratirah sebenarnya kembar. Akibat mendengar keputusan itu, ibunya terduduk dan hanya mampu menangis.

Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meningg4l dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah.

Ibunya mengatakan bahawa dia tidak mengesyaki apa-apa ketika mereka baru dilahirkan kerana kedua-dua bayi berkenaan diletakkan tag namanya dan tidak sangka sebenarnya bayinya telah tertukar.

Tetap anggap Adryana Iwani sebagai ahli keluarga sendiri

Setelah mengetahui perkara sebenar, mereka tetap menganggap Adryana Iwani sebagai ahli keluarga mereka dan meminta untuk tinggal bersama keluarga.

Ibu kandungnya pula sudah tiada manakala ayahnya meningg4l dunia selepas dua bulan ujian DNA diketahui.

Noratirah yang sebelum ini dikatakan tinggal bersama ‘bapanya’ juga telah tinggal bersama mereka sejak Januari lalu dan mereka bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan diatas kecuai4n petugas hospital berkenaan. Mereka sedang dalam proses untuk melantik peguam bagi menguruskan isu tersebut.

JKNK siasat dakwaan 3 bayi tertukar selama 20 tahun

Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menyiasat kesahihan kes tiga bayi tertukar ketika dilahir 20 tahun lalu yang dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di sini.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sebagai permulaan, pihaknya menyiasat hospital yang menjadi tempat bayi dilahirkan sama ada, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atau Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Setakat ini kita dimaklumkan bayi berkenaan termasuk kembar dilahirkan di hospital di daerah ini.

“Kita akan membuat siasatan berhubung kesahihan kes ini dan akan mendapatkan maklumat daripada keluarga secara terperinci,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, pihaknya membuka kembali rekod kelahiran bayi di Kota Bharu bagi menyiasat kes berkenaan.

“Kebiasaannya rekod kelahiran akan disimpan pihak hospital selama 21 tahun. Kita akan mencari rekod mereka jika dilahirkan di hospital ini, yang dahulunya dibuat secara manual,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan dua keluarga melalui episod tragis apabila menyedari anak mereka tertukar selepas 20 tahun.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *