Hiburan

‘Setiap Setengah Jam Polis Datang’ – Peserta Program Jawab Dakwaan Tak Ikut S0P, Sekali Netizan Ckp Jgn Nak Memb0ngak

Umum mengetahui, program hiburan ‘All Together Now Malaysia’ yang menghimpunkan seramai 50 selebriti tempatan sebagai juri di program tersebut terpaksa diberhentikan buat sementara waktu atas sebab dakwaan berlakunya perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Di Facebook, seorang peserta ‘All Together Now Malaysia’ episod pertama iaitu Ezwan Hafizi Mazlan tampil memberi pencerahan berhubung dakwaan netizen mengenai program tersebut.

Program rakaman

Assalammulaikum semua. Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang program ATNM minggu lepas dan di sini saya nak bagi pencerahan sikit kepada semua berkenaan program tersebut. Kami peserta dan juri telah melakukan swab test seminggu sebelum tarikh rakaman program tersebut. Bukan sekali ya tapi dua kali. Semua bising sebab tak pakai mask baik juri ataupun peserta.

Menurut Ezwan, program tersebut merupakan program rakaman dan ianya dilangsungkan pada tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) pada bulan Februari yang lepas dan bukannya PKPB atau PKPD. Tambahnya lagi, ketika itu semua rakyat Malaysia bebas pergi ke mana sahaja kecuali rentas negeri dan ke kawasan yang PKPB dan PKPD. Ujar Ezwan lagi, masjid dan surau juga dibenarkan beroperasi dengan SOP. Oleh itu, tiada istilah program boleh berlangsung tapi masjid tutup ujarnya.

Ada juga yang cakap mungkin COVID cuti kot waktu PKPP dan ada yang cakap mungkin COVID tak datang waktu buat persembahan. Haihhh. Tak apa di sini saya nak minta anda semua buka fikiran anda. Ianya sama seperti anda makan di luar semasa (PKPP) tak perlu pakai “MASK” anda bersukan futsal, bola padang and so on semasa (PKPP) tak perlu pakai “MASK”, Even anda berjogging di luar dan bawa anjing jalan-jalan sambil jogging pun tak perlu pakai “MASK”, kenapa nak dibandingkan bila datang time menyanyi kene pakai MASK?

Kami tahu anda semua bagus

Ada yang cakap lagi berkenaan artis tu tidur dekat situ ke, tak balik rumah ke? Tak pergi mana-mana ke? Tak jumpa orang ke? Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, buka minda bila nak mengajukan soalan. Semua soalan ini berbalik kepada yang di atas. Kenapa tiba-tiba when it comes to this program semua tak boleh. Sampai ada yang menglabelkan kami “dah macam yahudi” “orang yang tak ingat mati” “terkinja-kinja”. Tak apalah kami tahu anda semua bagus dan baik di sisi Allah swt.

Di samping itu, Ezwan meluahkan rasa kesal apabila segelintir masyarakat terlalu menghina kesemua peserta mahupun juri yang terlibat dalam program tersebut. Jelasnya, sebagai manusia mereka tahu untuk seimbangkan dunia dan akhirat. Bahkan, mereka tidak lupa untuk menunaikan apa yang dituntut oleh-Nya. Ezwan meminta netizen untuk siasat terlebih dahulu sebelum muat naik sesuatu kenyataan mahupun komen di media sosial.

Pihak Astro pun tak lah Jahil sangat nak buat rakaman LIVE ketika lockdown. Bukak mata dan hati ya kawan-kawan. Saya bukan backup Astro atau apa-apa, saya bercakap kerana saya salah seorang peserta rancangan tersebut. Saya yang mengalami apa yang dialami oleh semua peserta di dalam tu. Dijaga dan dikawal rapi oleh pihak produksi. Setiap setengah jam pihak polis datang buat pantauan. Terasa macam dalam penjara pula. Akhir kata, kita semua mengalami nasib yang sama, kita semua terkena “effect” dari pandemik ini. Just jagalah diri anda semua dan keluarga anda kerana itu lebih penting.

Sumber: Ezwan Hafizi Mazlan

Berikut pula reaksi dari netizan

Rajinnya polis buat mcm tu..apa kata effort tu kita amalkn pada masjid2 dan surau supaya org boleh beribadah..pada masa y sama polis pn dapat pahala dgn usaha mmbantu org beribadah
Sekadar cadangan dr rakyat marhaen

Jgn nak auta laaa kami boleh tgk kat video geng retis tuh semua duk up video behind d scene dgn duduk rapat bertepuk bertampaq… takdak nampak pun pulis kat celah mana…

Kalau program dua tahun lepas..lepas tu play back orang tak kisah sangat..tapi program di buat masa orang tengah sibuk mematuhi SOP.. sedangkan mereka tidak mematuhi SOP dengan tidak memakai face mask..jarak 1.5 meter mmg dah ok..cuma ketinggalan face mask saja..

Kenapa solat fardhu/jumaat di masjid dihadkan sedangkan program ni yg tak beri faedah kepada negara serta hidang hiburan yg melalaikan dibenarkan ketika negara kita di timpa dgn musibah? Adakah saat ketika ini telah menginsafkan kita semua?

Ramai juga masyarakat yang kurang suka pada penganjur dan selebriti untuk terus menyajikan rancangan hiburan disaat negara diuji.

Hal ini disokong oleh pendakwah selebriti iaitu PU Syed. Kenyataan penuh oleh PU syed seperti dibawah:

“Program Tidak Membawa berkat..” – Selebriti, penganjur rancangan ditegur netizen

“Tak kira masa wabak, masa bencana, program hiburan terus menerus disajikan kpd masyarakat dan khalayak!

Kes covid mencanak meningkat, perlunya kita sebagai manusia duduk dan muhasabah diri, apa dosa yg telah kita lakukan sehingga Allah hantarkan bala dan ujian sebegini kepada kita umat manusia!?

Bagi umat Islam kita percaya qada dan qadar Allah, dan kita juga percaya bahawa Allah Maha Berkuasa utk menghukum manusia asbab kelalaian mereka kepada aturan, perintah dan larangannya

Perlu pihak penyiaran mendekatkan manusia kpd Allah, dengan membuat lebih banyak program² kesedaran. Rating memang menjadi ukuran..namun rating dari Allah lebih perlu kita cakna dan beri perhatian.

Hakikat yg juga perlu ditelan, Program² agama tak banyak sponsernya..di station² tv berbayar hatta yg percuma..tp program lagha sangat ramai yg ingin menajanya..sampai bila….??

Ambe bukan anti hiburan..tapi biar hiburan yg kena dgn nilai² agama dan tidak membawa manusia lupa kepada Allah”

Tiada Kertas Siasatan

PETALING JAYA – Tiada kertas siasatan dibuka oleh pihak polis susulan dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh selebriti yang terlibat dalam rakaman program realiti All Together Now Malaysia yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati rakaman program tersebut telah dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.

“Tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak polis kerana program berkenaan dirakam sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan dan bukannya sewaktu PKP 3.0 seperti yang didakwa oleh orang ramai.

“Rakaman sewaktu tempoh PKPP itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan bahawa program pencarian bakat terbaharu itu terpaksa dihentikan siaran buat sementara waktu sehinggalah siasatan berhubung dakwaan berlakunya pelanggaran SOP selesai.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program tersebut telah dilakukan pada bulan Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0.

MKN turut dilaporkan telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan tersebut selepas dakwaan pelanggaran SOP tular dalam media sosial yang akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Terdahulu, program tersebut tular di laman media sosial selepas ramai netizen tidak berpuas hati dengan cara rancangan tersebut yang didakwa dilaksanakan ketika negara sedang dilanda pandemik.

Rata-rata netizen berpendapat, program tersebut tidak mematuhi SOP kerana barisan selebriti yang bertindak sebagai juri tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman berlangsung.

Program All Together Now Malaysia yang disiarkan pada setiap hari Ahad pukul 9 malam itu diadaptasi daripada format rancangan popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *