Amalan

Siti Jamumall dan Bayi Terpaksa Masuk Semula Ke Hospital, Polis Bagitahu Perkembangan Terkini Kes

KUALA LUMPUR – Suami kepada seorang wanita yang tular di media sosial telah membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpa diri dan isterinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima laporan pukul 9 pagi tadi daripada suami wanita berkenaan.

Katanya, kes akan rujuk kepada majistret mahkamah.

“IPD Shah Alam ada menerima laporan polis hari ini (13 Jun) mengenai insid.en bayi tertukar. Bapa bayi berkenaan membuat laporan polis jam 9 pagi tadi.

“Dia nak gunting tag nama yang ada pada budak (bayi) itu kerana dia perasan nama pada tag itu bukan nama isterinya,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Beliau ketika ditanya sama ada pihak hospital akan dipanggil berhubung insiden yang sama, Baharudin menegaskan buat masa ini polis belum lagi berbuat demikian.

“Saya sedang menyemak kes ini dari sudut perundangan sama ada terdapat kesalahan lain dalam kes ini sebelum mengambil tindakan sewajarnya,” ujar beliau.

JAWAPAN PIHAK HOSPITAL

Harian Metro kemudian menghubungi hospital swasta yang dimaklumkan ibu bayi terbabit, namun jurucakap hospital terbabit menafikan kejadian itu berlaku di hospitalnya.

Sementara itu, usahawan Diana Hanani Abdullah, 23, turut kecewa dengan insiden itu yang menyebabkan emosinya terganggu.

Menurutnya, dia melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di hospital sama pada 3.02 petang 10 Jun (Khamis) dan dibenarkan pulang ke rumah di Puncak Alam, Selangor, pada 12 tengah hari kelmarin.

Bayi Masuk Hospital Semula

Siti muat naik satu status dimana beliau dan bayi terpaksa masuk semula ke Hospital.

Siti memberitahu bahawa kuning bayi terlalu tinggi dan terpaksa dimasukkan semula ke dalam wad untuk pemantauan.

Rata rata semua mendoakan kesihatan Siti dan anaknya dan dipermudahkan segala urusan.

Dr Pakar Puan Wasap

Siti percaya allah aturkan dan pilih siti untuk perjuangan ini . Allah luluh baca ni dari dr pakar puan yg wasap siti . bayangkan kejadian yg berlaku tapi tak tau tertukar anak sendiri

TERUS JADI FAMILY

“Allah terima kasih satukan kami , automatik kami dah jadi family . siti tak sangka allah mcm aturkan nama baby pon Aisar & Aiman . kami baru lepas di interview Buletin TV3 yg akan bersiaran malam ni”

“Siti percaya allah aturkan dan pilih siti untuk perjuangan ini . Allah luluh baca ni dari dr pakar puan yg wasap siti . bayangkan kejadian yg berlaku tapi tak tau tertukar anak sendiri”

Dalam pada itu, Siti Jamumall tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila telah menyusukan kedua-dua bayi termasuk anak orang lain yang tertukar itu.

“Bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan anak saya. Ada hikmah di sebaliknya. Tak jangka, mak saya pun ingatkan situasi macam ni berlaku dalam drama je.

“Hari ni saya ke hospital semula untuk melakukan pemeriksaan kesihatan penuh terhadap anak memandangkan dia dibawa keluar dari hospital lebih awal dari sepatutnya.

“Saya juga akan mendapatkan khidmat nasihat guaman dalam mempertimbangkan tindakan selanjutnya sebagai pengajaran,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : JAMUMALL.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *