Hiburan

Sofea Jane Dedah Apa Yg Dia Tak Puas Hati Dgn Rider Penghantar Makanan

Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, meluahkan rasa berang terhadap sikap pengguna jalan raya yang suka melanggar lampu merah.

Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin (ASK2007) menerusi drama Sebuah Ijtihad itu menasihati penunggang motosikal supaya mengikut undang-undang jalan raya dan hormatilah pejalan kaki yang mahu melintas.

“Saya mohon penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah. Lampu merah jangan main langgar.

Orang nak lintas jalan seperti berhadapan dengan maut setiap kali di lintasan. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput ma.ut.

“Siap hon mereka di lintasan pejalan kaki. Kalau memandu di kawasan perumahan, perlahanlah. Kanak-kanak, orang tua nak berjalan pun payah, takut dilanggar.

Apa nak jadi ni? Dah tak ada undang-undang jalan raya ke? Ini baru motosikal, belum lagi saya meroyan fasal pemandu kereta,” ujarnya.

Dalam perkongsian berlainan di Twitter, Sofia pernah menyaksikan kejadian hampir meragut nyawa kanak-kanak oleh sikap pemanduan pemandu kereta di parkir.

“Bawak kereta macam s4mseng di tempat letak kereta. Belum lagi jalan raya. Saya pernah lihat kanak-kanak berlari di parkir dan hampir-hampir dilanggar kereta yang bawa laju!” ciapnya.

Alasan l4nggar lampu isyarat

SHAH ALAM – Sebilangan penunggang motosikal yang menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan terpaksa melanggar lampu isyarat berkemungkinan kerana faktor cuaca.

Menurut seorang penghantar makanan sambilan, Wan Loqman Wan Kamarudin, 25, tindakan itu juga mungkin dipengaruhi cubaan penghantar makanan terbabit mengejar tempahan pelanggan.

“Cuaca pada setiap hari tidak semestinya baik dan ada kalanya hujan. Jadi mungkin rider itu terpaksa langgar (lampu isyarat) setelah mendapati keadaan selamat.

“Dalam satu keadaan lagi, mungkin mereka terlalu mengejar tempahan yang ingin dihantar kepada pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Loqman turut mengingatkan agar semua penghantar makanan menitik beratkan aspek keselamatan sewaktu menjalankan tugas.

Katanya, menunggang motosikal secara melulu bukan sahaja mengundang risiko bahaya, malah menyebabkan tempahan pelanggan rosak.

Sumber : Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *