Amalan

Sultan Selangor keluar titah mengenai d0s v4ksin, sekali netizan perasan benda lain atas meja Tuanku

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa terkejut dan kecewa baginda apabila mendapat tahu hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri itu dan bukan 2.9 juta seperti didakwa sebelumnya.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani berkata baginda bertitah peruntukan itu adalah tidak adil kerana ia sama sekali tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk Selangor.

“Baginda terkejut apabila disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi C0vid-19 (CITF), sehingga 1 Jun lalu Selangor hanya menerima sejumlah 615,210 dos vaksin Covid-19 dan bukan 2.9 juta dos seperti didakwa sebelum ini.

“Tegas baginda lagi, adalah tidak adil apabila nisbah jumlah pemberian d0s v4ksin ketika ini tidak seimbang dengan jumlah populasi keseluruhan penduduk di negeri Selangor yang berjumlah 6.5 juta,” katanya.

Mohamad Munir juga menegaskan Sultan Sharafuddin mengingatkan bahawa Selangor adalah penyumbang terbesar keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia, justeru keutamaan wajar diberikan untuk negeri terbabit.

Kata Mohamad Munir dalam situasi sekarang Sultan Sharafuddin berpendapat nyawa rakyat haruslah diberi keutamaan berbanding agenda-agenda lain.

Katanya baginda turut mahu agar jumlah pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor ditambah, khususnya di kawasan luar bandar.

“Baginda berpandangan pemberian vaksin secara pandu lalu atau klinik bergerak mampu mempercepatkan proses dan meluaskan liputan vaksinasi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad Munir berkata Sultan Selangor turut memuji langkah kerajaan negeri yang kini agresif melakukan ujian saringan Covid-19 secara percuma untuk rakyat.

Netizan persan model telefon bimbit Tuanku jenama Nokia

Gambar ni jadi VIRAL sebab Handphone Sultan Selangor…Nokia 3310..Daulat Tuanku…

Berikut pula reaksi dari warga maya 

“org2 kaya besauuuu ada maklumat sulit. xleh guna smartphone biasa . sbb apa2 blh dipintas. kena guna cara lama. by talk. kalau sblm ni ada blackberry . now blackberry pn dh melingkup. lg 1 apa nak heran . dari semurah2 harga smapai semahal2 bnda tuanku boleh beli.”

“kalau tak pakai phone pun dia tetap kaya ape nak heran, yg baru kaya je beria tunjuk sini sana, yg dah lama kaya ni dia tak batak benda.”

KUNCI UNTUK CARA HIDUP BESEDERHANA

Ukur Baju di Badan Sendiri, Jangan Berpura-pura

Kunci pertama adalah dengan menjadi diri sendiri.

Memang menjadi diri sendiri itu tidak mudah. Apatah lagi jika kita dikelilingi dengan mereka yang sukakan barang-barang mewah, pencinta fesyen sedangkan kita suka ke arah simple life.

Sedikit sebanyak kita akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu dan mulalah berpura-pura kita mengikut cara hidup mereka, membeli pakaian berjenama, makan di tempat mewah dan melancong ke sana sini.

Dengan berpura-pura, kita sebenarnya tidak bahagia.

Kerana apa?

Kerana kita telah menipu diri sendiri.

Sebab itu, ada keharusan dalam Islam memilih teman hidup yang sekufu supaya sesuai dengan pembawakan diri. Dengan demikian, kita akan bebas menjadi diri sendiri dan dapat menjalani kehidupan yang bahagia.

Lagipun, menipu diri sendiri itu akan lebih menyakitkan dan akan membawa kepada masalah tekanan yang lain.
Ada peribahasa melayu berbunyi “ukur baju di badan sendiri”. Berpada-padalah hidup mengikut kemampuan diri sendiri dan bukan hidup dalam kepura-puraan.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *