Uncategorized

Suami isteri sel0ngkar tong sampah demi sesuap nasi. Ramai sayu bila baca kisah mereka

MELAKA: Selongkar tong sam­pah untuk mencari apa sahaja barang terpakai yang boleh dijual menjadi rutin sepasang suami isteri serta anak mereka yang berusia lima tahun untuk meneruskan hidup.

Demi sesuap nasi, Ridzuan Abd. Rahim, 27, dan isterinya, Nor­hidayah Mad Rabi, 26, yang kini sarat mengandung anak ke­dua nekad ketepikan rasa malu.

Setiap hari, Ridzuan akan me­naiki motosikalnya dan singgah di mana-mana sahaja lokasi longgokan sampah untuk mencari barangan yang boleh dijual.

Katanya, dia akan meronda bermula dari Limbungan hingga ke Sungai Udang, manakala isteri dan anaknya, Nurul Siti Aisah, 5, ditinggalkan di sebuah gudang yang tidak digunakan di Klebang yang menjadi tempat barangan terpakai dihimpun sebelum dijual.

“Berbekal sebuah khemah uzur, di situlah isteri dan anak saya, kadang-kadang mereka duduk dan tidur menantikan saya balik membawa barangan terpakai.

“Sebelum ini saya bekerja di Batu Berendam, namun, terpaksa berhenti kerja selepas pergelangan tangan kirinya patah akibat terjatuh dari pokok kelapa, Februari lalu.

“Saya terpaksa berhenti kerja kerana hilang upaya apabila ta­ngan kiri tidak lagi boleh memegang atau menggenggam,” katanya dengan penuh sayu ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Ridzuan, kehidupan terus malap akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadi salah satu punca sukar untuk mencari pekerjaan baharu.

RIDZUAN Abd. Rahim, Nurul Siti Aisah dan Norhidayah Mad Rabi di sebuah gudang di Klebang mengumpul barangan terpakai yang boleh dijual untuk menyara hidup mereka. – FOTO/AMRAN MULUP

Ujarnya, tidak ada syarikat mahu menerimanya bekerja ke­rana kecacatan di pergela­ngan tangan kiri yang dialami.

“Demi mencari sesuap nasi untuk isteri dan anak, saya tidak ada pilihan lain, menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan barang terpakai yang boleh dijual,” jelasnya.

Ridzuan yang menyewa rumah di Sungai Udang berkata, dia pernah dimasukkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan tangan kirinya.

“Apabila pihak hospital memberitahu perlu membayar kos rawatan tangan kiri sebanyak RM2,700, saya mengambil keputusan keluar dari situ kerana tidak mampu untuk membayarnya,” katanya

Berikut reaksi netizan

Cari rezeki..
Sesiapa yg pernah kumpul @ cari brg recycle spt kotak, kertas, brg besi, minyak masak terpakai, tin minuman, bateri lama dll shj yg tahu itu punca rezeki ni!
Kalau rajin jual semula di pusat kitar semula, kalau tak percaya boleh dapat byk RM tu!

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *