Uncategorized

Suami Kurung Anak, Isteri Dlm Rumah. Isteri Tampil Cerita Satu Persatu Tanda2 Yg Jadi

“Dia seorang suami dan bapa yang penyayang serta mengambil berat terhadap keluarga. Saya tak sangka dia bertindak sehingga ke tahap itu,” kata Nur Asma Husna Mohamed Fuad.

Nur Asma Husna, 31, dari Taman Nusa Intan Senawang, di sini, adalah isteri kepada seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat hilang pendapatan apabila bertindak mengurung isteri dan dua anaknya di rumah mereka, malam kelmarin.

Menurutnya, dia menyedari keadaan suaminya berubah sikap dan seperti tertekan yang amat sangat sejak dua hari sebelum kejadian itu.

PKP: Tertekan tiada kerja, suami kurung isteri, anak-anak dalam rumah

“Sejak dua tiga hari sebelum kejadian itu, dia nampak lain, banyak termenung dan adakalanya bercakap sesuatu yang tidak logik.

“Bila saya tanya dia enggan jawab dan kalau jawab pun hanya sepatah. Dia kelihatan tidak stabil ketika itu, tapi saya hanya fikir positif dan tidak sama sekali menyangka sesuatu yang tidak baik.

“Bagaimanapun pada malam hari kejadian itu secara tiba-tiba dia bersikap lain termasuk merosakkan telefon saya.

“Melihat kepada keadaan diri dan tindakannya itu, saya menjadi takut lalu keluar dari rumah menjerit dan meminta pertolongan jiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ibu kepada dua anak berusia empat bulan dan setahun itu berkata, suaminya seorang yang tidak suka meminta bantuan orang lain apabila menghadapi sesuatu masalah.

Suri rumah itu berkata, sejak mendirikan rumah tangga bersamanya selama enam tahun, dia tidak pernah bersikap agresif seperti itu.

“Malahan dia seorang bapa yang penyayang dan mengambil berat terhadap keluarga.

“Bagaimanapun sejak kehilangan pendapatan angkara wabak Covid-19, dia nampak berubah dan kelihatan tertekan.

“Saya cuba berkongsi masalah tetapi kebelakangan ini dia tidak banyak bercakap,” katanya.

Nur Asma Husna juga berkata, suaminya seorang yang sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit.

Menurutnya, ketika dia bujang, suaminya seorang aktif bersukan dan gemar bermain bola sepak selain menunggang basikal bersama rakan-rakan.

“Bagaimanapun sejak bekerja sebagai jurujual kereta, aktiviti kecergasan itu agak terbatas kerana komitmen kepada kerjaya,” katanya.

Dia akui ketika ini buntu memikirkan kejadian yang berlaku terhadap keluarganya dan mahu bertenang terlebih dulu sebelum mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kepentingan keluarganya.

“Saya berharap ada pihak yang sudi membantu, mungkin dari segi sokongan moral dan motivasi agar suami kembali tenang,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang terpaksa bertindak menyelamatkan keluarga itu dengan mengumpil pintu pagar dan gril rumah selepas lelaki berkenaan dipercayai mengurung isteri dan dua anaknya di rumah.

NAJIB RAZAK LUAH RASA SEDIH DENGAN APA YANG TERJADI.. INI NAJIB MINTA

Menerusi Facebook Najib Razak, beliau meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi kepada keluarga tersebut.

Menurut Najib Razak perkara begini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan yang ada sekarang menguruskan hal ehwal kebajikan rakyat dengan betul.

Di dalam kenyataan beliau, memberitahu sesiapa yang ada masalah boleh terus komen di page beliau dan jangan lah simpan di dalam hati.

Sejak posting tersebut dimuatnaik satu jam yang lalu, hampir 7000 tanda suka dan beribu komen telah Najib Razak terima.

“Sedih baca berita macam ini. Ramai tertekan. Hilang kerja. Pendapatan kurang. Tekanan mental juga perlu diuruskan memandangkan kita lama di rumah, tak dapat ke mana-mana.

Semua ni boleh dielakkan jika kerajaan uruskan dengan baik. Ada apa-apa jangan simpan guys. Boleh datang cerita kat FB saya. Kawan-kawan pun ramai sini” – Najib Razak

BOMBA CERITAKAN APA TERJADI SEBELUM PINTU TERPAKSA MEREKA BUKA

Tertekan tiada kerja semasa PKP, lelaki kurung isteri dan anak dalam rumah – Utusan Digital

“Kami pada mulanya cuba memujuk lelaki itu tetapi selepas lebih kurang 15 minit dan melihat dia tidak mahu beralah, kami mula mengumpil pintu pagar dan grill rumah berkenaan.

Kami terpaksa memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya hari ini.

Tambahnya, pihak bomba juga dimaklumkan, wanita itu ada mengadu kepada jirannya tentang kejadian tersebut sebelum suaminya itu mengalami tekanan lebih teruk dan abang kandung lelaki itu terpaksa datang dari Mambau dekat sini untuk memujuk.

“Kami menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya yang berusia kira-kira empat bulan dan lebih setahun dan menghantar mereka ke rumah jiran terdekat. Kami dimaklumkan kesemuanya tidak makan daripada pagi.

“Tiada sebarang kecederaan yang berlaku ketika kejadian dan lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Jurujual Kereta

Katanya, lelaki berusia 31 tahun yang kehilangan pekerjaan sebagai jurujual kereta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu, dipercayai mengurung isteri dan dua anaknya sejak pagi.

“Kami mendapat l.aporan seorang lelaki yang mengalami t.ekanan perasaan, bert.indak mengunci pagar, jeriji dan pintu belakang rumahnya dari dalam.

“Pada mulanya, kami cuba memujuk lelaki berkenaan, dia tidak mahu beralah malah pujukan abang kandungnya dari Mambau juga tidak berjaya.

“Selepas 15 minit, kami terp.aksa mengumpil pintu pagar dan jeriji serta mem.otong kunci mangga rumah berkenaan serta menyelamatkan isteri dan dua anaknya. Mereka dihantar ke rumah jiran terdekat sebagai langkah kes.elamatan,” katanya di sini, hari ini.

Kredit Gambar
Berdasarkan m.aklumat m.angsa, suaminya dilihat mula berubah selepas hilang pekerjaan dan t.ekanan dialami memuncak sejak beberapa hari lalu, sehingga bertindak merosakkan telefon bimbit wanita itu.

“T.indakan itu dipercayai bertujuan tidak membenarkan isteri berhubung dengan dunia luar. Malah, makanan yang dihantar oleh penghantar makanan ditempah isteri, diletakkan di pagar rumah juga tidak berusik,” katanya.

Zainurin berkata, tiada sebarang keja.dian tidak diingini atau kece.deraan berlaku ketika o.perasi meny.elamat itu.

 

Lelaki terb.abit diserahkan kepada polis untuk t.indakan lanjut sebelum dibawa ke rumah abang kandungnya di Mambau

Sumber : Astro Awani / FB Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *