Hiburan

Wawa Wahid Enterprise Ditahan Polis. Tak Sangka Ini Barang Yg Di Rampas

KOTA KINABALU: Wanita yang tular dalam rakaman ᴍᴇɴɢᴜɢᴜᴛ anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kepayan, di sini, pada 17 Jun lalu direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.

Wanita berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di sebuah kondominium di Jalan Lintas, di sini, jam 11.20 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan, polis ᴍᴇʀᴀᴍᴘᴀꜱ pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

Katanya, polis turut mengambil tiga telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.

“Pakaian yang dirampas itu bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai oleh wanita itu dalam kejadian yang dirakam dalam video.

“Ketika insiden itu, polis mengeluarkan ꜱᴀᴍᴀɴ terhadap wanita terbabit atas ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ tamat tempoh cukai jalan dan insurans kenderaan.

“Bagaimanapun berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ᴜɢᴜᴛᴀɴ,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 506 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ dan hasil siasatan lengkap akan diserahkan ke Timbalan ᴘᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan sudah meliputi 80 peratus dan wanita itu juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan,” katanya.

MOHD Zaidi menunjukkan antara barangan yang ᴅɪʀᴀᴍᴘᴀꜱ untuk membantu siasatan lanjut. FOTO Juwan Riduan.

“Ada ‘SEBAB’ ada AKIBAT… (org mara kerna bersebab)

“Jangan b.uli org perempuan. Tak semua perempuan tu penakut kena gert4k ya atau b.uli ya. Wanita selalu dis4lahkan…. jd Mangsa dera suami isteri ka, mngsa b.uli rakan sekerja ka, mangsa gangguan seksual ka, baik fizikal atau penderaan dgn ‘kata2’.. atau pun mngsa B/ULI JALANAN…

Ada perempuan berani kerana benar buss… dan WUJUD PEREMPUAN BETUL2 BERANI BERHADAPAN walau apa pangkat kamu ya.. kejadian tu 2.6.2021 (pasal rotex rm300) tp baru timbul skrg? ok lanjut.. #benarikeranabenar #janganb.uliwanita”

 

Minta maaf kepada semua petugas

Dalam pada itu, wanita tersebut juga mohon maaf kepada semua petugas yang terasa hati. Menurut beliau, petugas yang lain semuanya baik dalam melancarkan tugas cuma petugas ini sahaja  yang bermas4lah. Dakwaan pegawai tersebut tiada budi bahasa dan intragriti buat beliau naik angin. Akhir sekali, Wawa berharap sikap begini dapat di ubah ketika menjalankan tugas

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

sumber: mstar, hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *