Uncategorized

Ahmad Zahid Umum Umno traik balik sokongan, ini yg bakal berlaku kpd PM Muhyiddin

Umno malam ini memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin serta merta.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi Umno berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Justeru kata Ahmad Zahid, Umno mendesak agar Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baru dilantik untuk satu tempoh yang terhad.

“Tempoh perdana menteri yang baru akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.

“Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, perdana menteri baru mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

“Ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam Titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya selepas mesyuarat MT Umno di ibu negara malam ini.

Antara kegagalan kerajaan PN menurut Zahid termasuk gagal menangani pandemik Covid-19, menyalahgunakan darurat, gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen, gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi serta memperkotak-katikkan titah Agong.

Keputusan itu dibuat kurang 12 jam setelah Muhyiddin mengumumkan pelantikan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalannya, manakala Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri kanan.

Anwar bukan calon PM

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat MT malam ini juga mempertegaskan pendirian untuk tidak menyokong sebarang usaha mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH)

Pendirian itu katanya, diambil sebagaimana yang telah diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu.

Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu memberikan mandat kepada Ahmad Zahid dan Majlis Tertinggi untuk memutuskan bilakah parti itu akan menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Ahmad Zahid ketika itu berkata dia yakin menteri-menteri Umno akan meletakkan jawatan apabila keputusan dibuat.

Namun, tiada pengumuman dibuat oleh Ahmad Zahid malam ini mengenai sama ada Ismail dan menteri-menteri lain perlu mengundurkan diri atau sebaliknya.

Pelantikan Ismail sebagai timbalan perdana menteri dipercayai merupakan usaha Muhyiddin untuk menenangkan Umno dan melengah-lengahkan masa bagi mengekalkan pentadbirannya.

Tidak jelas apakah 38 anggota parlimen Umno akan akur terhadap keputusan Majlis Tertinggi Umno malam ini. Ini kerana majoriti daripada mereka dipercayai berpihak kepada Ismail dan Hishammuddin.

Berikutan sokongan yang diberikan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz kepada Muhyiddin, Umno memerlukan dua ahli parlimen untuk menarik sokongan dari kerajaan bagi menjadikan parlimen tergantung.

Dan sekiranya tiga anggota parlimennya menarik sokongan, keadaan ini akan menyebabkan perdana menteri memperoleh sokongan minoriti.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bersidang pada pukul 8.30 malam tadi secara maya dan berlanjutan sehingga jam 12.30 tengah malam.

Ahli UMNO buat laporan polis terhadap Ahmad Zahid

SEREMBAN – Seorang ahli UMNO membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai terhadap presiden parti tersebut, yang didakwa terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan pada Rabu.

Menurut ahli UMNO yang enggan dinamakan itu, dia membuat laporan tersebut selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pengakuan terhadap rakaman bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular, baru-baru ini.

“Laporan polis dibuat pada jam 11 pagi tadi (Rabu), mengenai pengakuan Presiden UMNO tentang suaranya yang tular serta pendedahan percakapan beliau bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *