Uncategorized

‘Berbulu’ sikap pelakon baharu kuat merajuk, sekali Ogy Ahmad Daud bagi ayat ini

TAK habis-habis isu sikap pelakon baharu khususnya yang lahir daripada media sosial menjadi buah mulut ramai dalam kalangan artis veteran.

Terbaharu, pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud, 59, meluahkan apa yang terbuku di hati tentang pengalamannya ketika berhadapan golongan berkenaan.

“Saya faham itu semua adalah rezeki masing-masing, tapi tolong hormati bidang seni ini.

“Apabila saya tanya apa itu seni lakon, mereka jawab sekadar untuk menghafal dialog… terus rasa nak sepak!” katanya pada sidang media drama Ayahanda yang disiarkan di slot Lestary di TV3.

Tambah Fauziah, dia memahami setiap pelakon perlu melalui fasa tertentu dalam mengembangkan karier seni masing-masing.

“Kenapa tak jadikan bidang ini sebagai sesuatu yang serius… saya faham anda tak boleh jadi pelakon profesional dalam masa satu hari.

“Tapi anda perlu melalui proses, kena sertai workshop atau kelas lakonan. Sama juga macam kami pelakon senior sekarang ni, ” katanya.

“Pelakon Baru Mudah Dibentuk, Artis Senior Berlagak” – Shuhaimi Lua

KUALA LUMPUR: Pengarah drama Shuhaimi Lua Abdullah lebih selesa untuk bekerjasama dengan pelakon-pelakon baharu dalam drama arahannya biarpun mereka tidak mempunyai nama yang kuat dalam bidang lakonan.

Shuhaimi, 40, berkata, sebagai pengarah dia perlu terbuka dalam meletakkan kepercayaan selain perlu memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk menimba pengalaman sebagai pelakon.

“Saya sebenarnya lebih senang bekerjasama dengan pelakon baharu kerana mereka ini lebih mendengar kata dan senang dibentuk karektor masing-masing. Paling utama mereka harus diberikan peluang dan kita perlu percaya dengan bakat mereka,” katanya kepada mStar Online.

Puteri Gunung Ledang arahannya menampilkan barisan pelakon baru dan lama antaranya Atikah Suhaimi, Ammar Alfian, Sabhi Saddi, Aida Khalida, Amyza Adnan, Mimi Ernida, Idris Khan dan Keena Mentor.

Dalam pada itu, Shuhaimi berkata, dia tidak terbeban apabila perlu memberi tunjuk ajar kepada pelakon baharu kerana ia adalah salah satu tugas seorang pengarah untuk memberikan ilmu.

Malah kata Shuhaimi, dia bertuah kerana sentiasa bertemu dengan pelakon baharu yang tidak melawan ketika ditegur di lokasi penggambaran.

“Saya ini memang sifatnya suka mendidik dan apabila perlu mengajar mereka tentang lakonan dan karektor sesuatu watak ia tidak menjadi bebanan kepada saya berbanding sikap berlagak pelakon-pelakon senior.

Sementara itu, Shuhaimi memberitahu A. Aida yang bertindak sebagai penerbit Puteri Gunung Ledang turut memberi kepercayaan penuh kepadanya dalam memilih barisan pelakon drama berkenaan.

Katanya, wanita itu turut percaya pendatang baharu dalam bidang lakonan yang berpotensi harus diberikan peluang menggilap bakat masing-masing.

“Saya bertuah kerana A. Aida memberi kelonggaran kepada saya untuk memilih barisan pelakon dan tidak mempunyai masalah apabila saya senaraikan beberapa nama baharu,” katanya.

Malah Shuhaimi turut memuji lakonan Idris Khan yang dilihat mempunyai potensi besar untuk pergi jauh kerana kredibiliti pemuda itu diluar jangkaannya.

Bercakap lanjut mengenai drama bersiri 30 episod itu, Shuhaimi berkata, mereka menjalani penggambaran selama 57 hari dan proses berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Malah dia tertarik untuk mengarahkan drama berkenaan kerana jalan ceritanya yang berlainan selain sarat dengan pengajaran khususnya buat golongan muda.

“Satu mesej jelas dalam drama ini adalah jangan cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara dan itu yang Puteri Gunung Ledang cuba tonjolkan disebalik jalan cerita menarik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *