Uncategorized

Ismail Sabri Umum PKPD di beberapa mukim Selangor, Kuala Lumpur. Ini tarikh bila ia bermula

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula Sabtu ini sehingga 16 Julai depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan tinggi, dengan Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900.

“Kuala Lumpur merekodkan purata kes harian antara 600 ke 1,000 kes.

“Semua daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan insiden kes COVID-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri itu masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.

“Situasi ini membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK),” katanya.

MKN Teliti Beri Kelonggaran Kepada Negeri-Negeri Catatkan Kes COVID-19 Yang Rendah

Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti kelonggaran kepada negeri-negeri yang mencatatkan kes C0VID-19 yang rendah, lapor Bernama memetik kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri.

Tambah perkongsian agensi berita itu, prosedur operasi standard (SOP) bagi fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi setiap negeri perlulah selari dengan SOP digariskan MKN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *