Uncategorized

Ini Kronologi Sebenar Kes Pender4an Kanak-Kanak OKU Bella Yg Ramai Tak Tahu

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video melibatkan seorang anak istimewa down syndrome yang dikenali sebagai Bella.

Khabarnya dide.ra oleh pengasuhnya, video itu mula ditularkan seorang pengguna laman sosial, Mona Din yang menuntut hak pembelaan terhadap anak istimewa berusia 13 tahun ini.

Sedikit kronologi yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fadli Salleh berkenaan mangsa. Ketika berusia 7 tahun, Bella dijaga dengan baik di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah. Pada tahun lalu semasa dia berusia 12 tahun, Bella dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak untuk menyambung perintah penjagaan di rumah berkenaan.

Ketika itulah, Bella telah bertemu Siti Bainun yang merupakan pengasas Rumah Bonda. Bila melihat Bella, Siti Bainun telah meminta hakim untuk peluang kepada beliau menjaga Bella; lalu permohonannya itu diluluskan. Kata beliau, dia sukakan kehadiran kanak-kanak down syndrome ini.

Sejak hari itu, Bella dibawa untuk menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 hingga hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun juga tinggal di situ. Penghuni Rumah Bonda sempat berkenalan dan bermesra dengan Bella yang menetap di sana untuk tempoh lebih kurang empat bulan.

Tamat saja tempoh itu, Bella kemudiannya dibawa menetap bersama Siti Bainun di kondo miliknya. Sejak itu, sukarelawan di Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang berita tentang Bella.

Sekitar bulan Februari atau Mac tahun ini, sukarelawan Rumah Bonda ada berjumpa dengan Bella di kondo tersebut. Pada waktu itu, Bella belum mempunyai sebarang kesan ceder.a fizikal seperti yang tular sekarang,

Namun Bella memaklumkan dia tidak lagi mahu menetap bersama Bonda (Siti Bainun). Adik Bella banyak berkurung di dalam bilik dan tidak gembira seperti waktu dia masih di Rumah Bonda.

Sukarelawan Rumah Bonda bertemu Siti Bainun dan meminta agar beliau mengizinkan Bella pulang ke JKM memandangkan Bella tidak gembira menetap di sana Siti Bainun bagaimanapun menolak permintaan tersebut dan meminta para sukarelawan yang hadir untuk tidak masuk campur terhadap urusan Bella.

Terdiam sajalah sukarelawan itu memandangkan dia hanya merupakan sukarelawan dan Siti Bainun ialah pengasas.

23 Jun yang lalu, semua penghuni Rumah Bonda termasuk anak-anak yang menetap di kondo tersebut dikuarantin kerana penularan wabak COVID-19. Pada waktu inilah semua kepincangan terdedah.

Luka fizikal adik Bella tidak lagi dapat disorok daripada pengetahuan doktor dan sukarelawan Rumah Bonda. Di sinilah bermulanya kes Bella yang disyaki dide.ra. Namun pada masa itu, ia hanya diketahui beberapa pihak saja dan tidak secara meluas seperti sekarang setelah Puan Mona Din menularkan isu ini.

Hari ini, kisah tadik Bella bukan hanya mendapat perhatian warganet malah golongan selebriti turut mahukan Bella mendapat pembelaan sewajarnya.

Di antara selebriti yang menegakkan isu ini ialah seperti Abby Abadi, Fizo Omar, Sharnaaz Ahmad dan Erra Fazira. Masing-masing mahu si pelaku dikenakan hukuman setimpal setelah melihat keadaan Bella yang amat menyayat hati.

Bagaimanapun, kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungin menyebabkannya mengalami kecede.raan.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sama-samalah kita doakan agar anak syurga ini mendapat pembelaan dan pesalah dikenakan hukuman setimpal.

Video Temubual Siti Bainun Dikec4m, Netizen Kata Dia Layak Menang OSCAR?

Rata-rata netizen begitu gembira apabila tanda pagar #JusticeForBella kini sohor di Twitter. Ini sebagai usaha untuk mendapatkan keadilan untuk nasib Bella, seorang anak penghidap sindrom down yang disyaki dide.ra.

Remaja perempuan berusia 13 tahun itu mendapat pende.raan yang teruk sehingga badan melecu.r ketika menghuni di Rumah Bonda. Difahamkan Pengasas Rumah Bonda itu ialah Siti Bainun, dan wanita ini mendapat kecaman yang teruk di media sosial.

Sementara itu, di laman twitter, seorang netizen berkongsi sebuah video temubual Siti Bainun di rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran di TV3. Dalam video itu menyaksikan Siti Bainun mengalirkan air mata memikirkan nasib penghuni Rumah Bonda.

https://twitter.com/reeynazam/status/1414755696386600986?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1414755696386600986%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fmurai.my%2F2021%2F117631%2Fsiti-bainun-bella-dera-rumah-bonda%2F

Dalam video tersebut, salah seorang pengacara bertanya;

“Selalunya orang memilih kebahagian dalam keluarga, tapi Bainun memilih bahagia sendiri dari orang memerlukan”- tanya pengacara.

Bainun menjawab dengan nada sebak.

” Sebab Masa Depan Diorang, Kebahagian Saya”- jawabnya.

Walaubagaimanapun, setelah menonton video ini, segelintir netizen menganggap wanita ini penuh dengan sifat kepura-puraan.

” Dia layak memengani Anugerah Oscar”- tulis salah seorang netizen.

Menurut laporan dari Malaysia Gazette, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyita rumah penjagaan dan perlindungan, Rumah Bonda, di Wangsa Maju, di sini selepas notis mengosongkan kediaman berkenaan dikeluarkan pada 9 Julai lalu.

Pihaknya telah menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Namun,hasil temubual JKM bersama Bainun, wanita itu ada menyatakan kanak-kanak itu agak degil. Bainun tidak mengatakan dia mende.ra, tetapi hanya pukul-pukul manja.

Sumber: https://www.remaja.my/, murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *