Uncategorized

Mula Tugas TPM, Ini kata2 Teg4s Ismail Sabri Mengenai Kilang Dan Premis Yg Berd3gil

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan akan melakukan ‘per4ng’ habis-habisan dan mengambil tindakan tegas kepada kilang serta premis perniagaan yang masih berde.gil untuk mematuhi SOP ditetapkan.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan bertol.ak ansur lagi terhadap kilang dan premis perniagaan berkenaan yang gag.al mematuhi peraturan.

“Kita akan melakukan ‘pera.ng’ habis-habisan dalam meIawan (penuIaran pan.demik) C0VID-19 dan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang berde.gil,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Terdahulu, Dato Seri Ismail dalam catatan di Facebook semalam memaklumkan terdapat 108 kilang dan premis perniagaan yang gagal mengikut SOP telah diarah tutup serta-merta dalam tempoh dua hari.

Ia melibatkan 56 kilang dan premis perniagaan yang diarah tu.tup pada Khamis manakala baki 52 pada Jumaat. FMT

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melap0rkan 9,105 kes baharu C0VID-19, menjadikan keseluruhan jngkitan meningkat kepada 836,296 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan kes harian tertin.ggi di seluruh negara, dengan 4,682 kes.

Ini adalah hari. Ketiga berturut-turut kes melepasi angka 9000.

Terdahulu, Ismail Sabri mula tugas TPM

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.

Bersut serba biru, ketibaan Ismail Sabri di pekarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon.

Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Rabu lalu selain dikekalkan memegang portfolio Menteri Kanan Pertahanan.

Ismail Sabri mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4 dan kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM Muhd Redza Ahmad.

Beliau kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentadbiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

Menerusi laman Facebook beliau, Ismail Sabri melahirkan rasa syukur atas pelantikan tersebut dan menyifatkan jawatan yang disandang itu sebagai amanah yang lebih besar.

“Pada hari Jumaat yang penuh barakah, saya memulakan tugas dengan menggalas amanah yang lebih besar demi rakyat Malaysia dan negara yang saya cintai. Insya-ALLAH, saya akan melakukan yang terbaik,” kata Ahli Parlimen Bera dan Naib Presiden UMNO itu.

COVID-19: Kes turun seminggu, dua minggu lagi – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Penurunan jangkitan kes harian COVID-19 di negara ini dijangka dapat dilihat dalam tempoh terdekat sama ada seminggu atau dua minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes sejak kebelakangan ini sudah dijangka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Klang dan tindakan saringan secara besar-besaran.

“Dengan pengawalan yang baik, kita akan lihat hasilnya seminggu atau dua minggu lagi, baru kes akan nampak penurunan.

“Pada masa sama, program vaksinasi perlu dipertingkatkan. Sebanyak empat juta dos vaksin sudah diberikan kepada Selangor dan Kuala Lumpur juga sudah mencapai tahap vaksinasi amat memuaskan.

“Ini boleh bendung penularan di Lembah Klang,” katanya ketika diundang sebagai panel program ‘The Nation’ bertajuk ‘COVID-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita’ yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV malam ini.

Dr Noor Hisham berkata, situasi sama berlaku ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini yang turut mencatatkan lonjakan kes.

“Kalau lihat kepada PKP 2.0 dan PKP 3.0, PKP 2.0 yang dilaksanakan pada 13 Januari, kes melonjak sehingga 5,725 pada 30 Januari iaitu lebih kurang dua minggu.

“Barulah (kemudian) kita lihat ada penurunan kes. Begitu juga pada 12 Mei, kita buat PKP 3.0, kes melonjak pada 29 Mei iaitu 9,020 kes.

“Selepas itu kes mula menurun, jadi sekarang ini kita jangka kes akan meningkat kembali kerana usaha pengesanan komuniti giat dijalankan iaitu saringan secara besar-besaran ,” katanya.

Beliau berkata, berikutan situasi COVID-19 yang berlanjutan negara terpaksa mengimbangkan di antara faktor ekonomi dan kesihatan.

“Kalau kita lihat pelaksanaan PKP pada 18 Mac ia dibuat dengan amat ketat hingga negeri yang tiada kes pun tertakluk kepada PKP, contohnya Perlis dan Sarawak.

“Sekarang kita lakukan secara lebih bersasar kepada negeri yang mempunyai risiko tinggi, tetapi negeri yang tiada risiko tetap dikawal sempadan supaya kes jangkitan tidak masuk.

“Apabila (kes) berpanjangan, kita cuba mengimbangkan ekonomi dan kesihatan, tetapi ia memakan masa yang lama,” katanya.

Katanya, situasi itu menyebabkan tekanan khususnya pihak petugas kesihatan kerana tidak dapat mencapai imbangan yang terbaik.

“Itu yang mungkin perlu kita lihat bagaimana boleh dijalankan tindakan bersasar,” katanya.

Sumber: MYKMU, Facebook Ismail Sabri Yaakob, Noor Hisham Abdullah & sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *