Uncategorized

Najib agak kesilapan kerajaan disengajakan. Dia mula dedah perkara ini

Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) seolah-olah “sengaja mencipta kesilapan” dalam mengendalikan pandemik Covid-19 bagi mengelakkan PRU15 dijalankan.

Najib membuat dakwaan itu dalam satu hantaran di Facebook hari ini, yang menjelaskan mengapa Majlis Tertinggi (MT) Umno menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Mengimbau penubuhan kerajaan PN, Najib berkata Umno ketika itu setuju bahawa PRU perlu dilakukan dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

“Sebab itu, Muhyiddin berulang kali janji akan adakan PRU sejak tahun lalu, termasuk janji terakhir pada bulan Januari bahawa dia jamin PRU akan diadakan sebaik sahaja selepas darurat berakhir.

“Tapi tak sangka kita bahawa pengendalian Covid-19 oleh kerajaan PN semakin teruk dengan pelbagai kesilapan yang diulang-ulang walaupun jelas ianya adalah kesilapan besar yang menghalang PRU – walaupun sudah diberi kuasa penuh darurat selama tujuh bulan.

“Seolah-olah kesilapan-kesilapan ini disengajakan,” katanya.

Oleh sebab itu, katanya lagi, Umno menerik balik sokongan kepada Muhyiddin dan mencadangkan kerajaan sementara ditubuhkan, sebelum PRU diadakan setelah situasi Covid-19 berjaya ditangani.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan mesyuarat MT parti yang menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Menggariskan apa yang disifatkannya sebagai tujuh kegagalan Muhyiddin dalam memimpin kerajaan, Ahmad Zahid berkata seorang perdana menteri baru perlu dilantik sebelum PRU dapat dilakukan setelah negara mencapai tahap imuniti kelompok.

Pada masa sama, Umno menyerahkan kepada budi bicara ahli Parlimennya sama ada untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin ketika sidang Dewan Rakyat, ataupun sebaliknya.

Semalam, kenyataan bersama yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN” mendakwa mereka semua bersetuju untuk menyokong Muhyiddin untuk berkhidmat sebagai perdana menteri dan memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun, kenyataan bersama itu tidak mengandungi kepala surat rasmi BN, dan juga tidak mempunyai senarai penandatangan.

Dalam pada itu Najib berkata keputusan MT Umno itu selaras dengan pendirian parti itu sejak awal penubuhan kerajaan PN.

“Bulan Februari (tahun lalu), tuntutan kita tidak mendapat perkenaan Yang di-Petuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Sebab itu kita terpaksa menubuh kerajaan sementara dengan Bersatu dengan syarat PRU perlu diadakan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

“Syarat ini juga dipersetujui dalam mesyuarat Muafakat Nasional dan dipersetujui Bersatu,” dakwa Najib.

Kes positif Covid-19 boleh mencecah hingga 30,000 orang – Pakar Virologi

Kuala Lumpur: Peningkatan kes harian Covid-19 dan jumlah kematian ketika ini menggambarkan situasi sebenar pandemik itu di negara ini.

Pakar Virologi Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, jumlah individu positif Covid-19 mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan dan mungkin boleh mencecah sehingga 30,000 orang.

“Sebenarnya, jumlah jangkitan dalam komuniti adalah lebih tinggi iaitu purata antara tiga hingga empat kali ganda daripada kadar kes semasa ketika ini.

“Maknanya, kes positif masih banyak di luar sana yang tidak dilaporkan, sama ada daripada mereka yang tiada gejala atau tidak pergi buat ujian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan juga tidak berkesan mengawal penularan dan menurunkan kes kerana masih berlakunya pergerakan.

“PKP yang dilakukan agak longgar kerana membenarkan pergerakan contohnya ke tempat kerja. Virus ini akan menular selagi manusia bergerak.

“Penularan jangkitan adalah mengikut jaringan sosial iaitu seorang individu dijangkiti ke tempat kerja dan pulang ke rumah bersama ahli keluarga. Ahli keluarga pula ke tempat kerja masing-masing dan menjangkiti rakan sekerja,” katanya.

Justeru, katanya, majikan perlu bertanggungjawab menyediakan prasarana selamat di tempat kerja antaranya sistem pengudaraan yang baik, penjarakan fizikal dan mewajibkan saringan kepada kakitangan.

Selain itu, Dr Sazaly berkata, adalah lebih baik jika ujian saringan menggunakan RTK Antigen (RTK-Ag) dilakukan secara menyeluruh melalui pembabitan klinik swasta dan farmasi seluruh negara.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini hanya melaksanakan saringan bersasar iaitu menumpukan kepada kawasan berlaku jangkitan dan kontak rapat kes positif.

Beliau berkata, langkah mendemokrasikan pengesanan itu akan membantu mengesan lebih ramai individu yang dijangkiti Covid-19 dan mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.

Menurutnya, pemberian vaksin juga perlu dipercepatkan kepada semua rakyat di negara ini terutama golongan berusia 50 tahun ke atas.

Semalam, kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 kembali menunjukkan trend peningkatan apabila merekodkan 1.09 berbanding 1.07 pada hari sebelumny

Sumber:MK

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *