Hiburan

Rumah Rebecca Nur Islam ‘lumpvh’ diser4ng C0vid. Ini Sebenarnya Yang Berlaku

PERKARA yang paling ditakuti akhirnya terjadi!

Begitulah nasib yang menimpa pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam apabila tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19 pada Khamis.

Selain suaminya iaitu Datuk Nor Azam Sulaiman, enam orang anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan, Nor Aurora Riana antara yang turut dijangkiti virus berkenaan.

Rebecca berkongsi perkara itu di Instagram.

Bagaimanapun, aktres berusia 35 tahun ini berkata, dia dan dua orang lagi anaknya iaitu Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan neg4tif.

“Keluarga kami diser4ng peny4kit Covid-19.. dalam keluarga kami yang positif, suami saya, enam orang anak kami dan tiga orang pembantu rumah.

“Saya sangat sedih sekarang ini dan terlalu berdukacita. Tapi apa-apa pun, saya bersyukur, Alhamdulillah diri saya sendiri negatif.

“Selain saya, dua orang lagi anak saya negatif termasuklah pakcik Nasir, tukang kebun dan tiga orang lagi pembantu rumah yang lain, ” kata Rebbeca.

Saya tahu suami saya kuat… Insya-Allah.

Pemilik nama Rebecca Nur Al-Islam Ahmad itu berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mendoakan Rebecca kuat serta ahli keluarganya yang dijangkiti vir.us tersebut cepat sembuh.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut gagal apabila aktres tersebut tidak menjawab mesej.

Sementara itu Rebecca menambah, keadaan kesihatan suaminya terjejas teruk akibat virus berkenaan berbanding anak-anak dan pembantu rumahnya.

Rebecca turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang menjadi kontak rapat keluarganya dan berharap mereka melakukan ujian calitan dengan segera.

“Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ini, tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang teruk sedikit daripada yang lain.

“Saya tahu suami saya kuat… Insya-Allah. Minta maaf jika ada kontak rapat yang terdekat dalam masa tujuh hari ke belakang. Saya harap anda cepat-cepat buat ujian calitan.

“Doa anda semua, saya perlukan. Terima kasih dan minta maaf daripada kami sekeluarga, ” katanya.

Untuk rekod, Rebbeca mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2011 dan mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.

Sedih tak dapat ziarah raya, Rebecca Nur Al Islam bagi mesej khas kepada PM

Terdahulu PENGUMUMAN kerajaan tidak membenarkan aktiviti ziarah raya dilakukan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara menyebabkan rakyat berdukacita termasuklah pelakon Rebecca Nur Al Islam.

Rebecca menerusi video yang dimuat naik di Instagram merayu agar kerajaan meneliti semula perlaksanaan SOP bagi membenarkan sekurang-kurangnya ziarah dilakukan antara keluarga pada 1 Syawal.

Pelakon berusia 35 tahun ini turut meluahkan rasa terkilan apabila tidak dibenarkan untuk menziarah kubur saudara terutama arwah bapanya yang sudah meninggal dunia sejak empat tahun lalu.

“Sekurang-kurangnya hari raya pertama bolehlah menziarah saudara mara terdekat tetapi dimaklumkan baru-baru ni kita PKP balik. Kami amat sedih walau kami tahu memang penyakit satu dunia alami ini tengah merebak luas.

Rebecca turut memohon maaf kepada Muhyiddin Yassin jika kata-katanya mengores hati.

“Justeru, ada beberapa benda kami rasa tak puas hati dan tak logik kerana mungkin ada keluarga yang sudah membeli barang-barang basah untuk berkumpul dengan keluarga. Kenapa bagi tahu last minit?

“Kita faham rentas daerah dan negeri tidak boleh, sama juga perhimpunan sosial. Okey lagi. Tapi ziarah kubur pun tak boleh? Ziarah kubur ni tak sekali ramai-ramai adik-beradik sampai 100 orang pun, kita jagalah SOP.

“Saya yang sudah hilang ayah sejak 2017 dan ibu saya mungkin rindu arwah ayah pasti ingin menjenguk kubur arwah. Itu satu benda tak logik, kita boleh ziarah dengan pakai mask dan saya yakin jarak kubur pun jauh-jauh,” katanya.

Menerusi video itu, Rebecca mengesyorkan beberapa perkara kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penetapan SOP pada sambutan hari raya Aidilfitri pada Khamis.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan perlaksanaan PKP menyeluruh seluruh Malaysia bermula 12 Mei hingga 7 Jun dan sehubungan itu, aktiviti ziarah rumah ke rumah dan kubur sempena sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan.

Jadi, saranan saya buatlah total lockdown selama 21 hari untuk semua sektor.

Dalam pada itu, Rebecca juga menyatakan kekeliruan tentang kebenaran operasi beberapa sektor seperti pusat beli-belah dan perkilangan namun melarang untuk menziarahi rumah ibunya yang berdekatan.

“Naik kereta 3 orang boleh pula ke shoping mall? Kalau fikir balik hari raya ziarah rumah mak berdekatan tak boleh, pergi shoping mall boleh, ia satu benda tak logik ya.

“Contohnya, jika saya rindu ibu saya dan nak meminta maaf, adakah saya terpaksa call, jumpa kat KLCC sebab saya nak sangat cium tangan ibu. Adakah perlu menipu pihak atasan? Nak jumpa ibu tapi tipu ke shopping mall.

“Jadi, saranan saya buatlah total lockdown selama 21 hari untuk semua sektor. Ini kilang boleh buka, construction site boleh buka. Konsepnya sama macam kita lawat kubur kawasan terbuka.

“Bagilah kami beraya satu hari saja untuk menziarahi keluarga. Saya memohon pihak kerajaan tolonglah kami, kami sedar tak boleh rentas negeri dan daerah, tapi tolong fahami kami jiwa rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Rebecca berharap kerajaan akan melonggarkan SOP dengan membenarkan aktiviti ziarah raya pada raya pertama atau melaksanakan sahaja Perintah Berkurang secara keseluruhan.

“Sekurang-kurangnya pada hari raya pertama kami dapat menziarahi saudara berdekatan. Jika tetap dengan keputusan tak boleh menziarahi, tolonglah buat total lockdown semua.

“Percayalah situasi ini akan sama tiada perbezaan sampai bila-bila akan jadi macam ni,” tambahnya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *