Uncategorized

Tak Sabar Nak Naik Pelamin, Sekali Tunang Kant0i Tidur Dengan Perempuan Lain

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan hubungan mereka berakhir dengan satu ikatan yang sah iaitu pernikahan. Meskipun begitu, terdapat pelbagai dugaan dan rintangan yang dilalui oleh setiap pasangan terutamanya bagi mereka yang sudah masuk ke fasa pertunangan.

Itulah yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila dia mendakwa bekas tunangnya itu tergamak berlaku cur4ng dibelakangnya.

Dakwa bakal suami tidur perempuan lain

Menurut wanita ini, jika mengikut pada perancangan awal, dia dan tunangnya itu akan melangsungkan pernikahan pada 26 Jun 2021 yang lalu. Namun, siapa sangka, hasrat untuk bergelar isteri akhirnya terkubur selepas tunangnya atau merangkap bakal suaminya itu didakwa ‘kantoi’ berlaku cur4ng. Lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit dipercayai tergamak meniduri wanita lain.

Perkenalan yang singkat. Saya terima untuk awak melamar saya untuk jadi tunang awak. Walaupun hati saya takut sangat-sangat. Apa yang jadi before kita tunang. Saya terima apa adanya awak. Akhirnya awak sia-siakan. Plan 26/6/21 nak naik pelamin tapi tak kesampaian.

‘Ibu dah putuskan ikatan saya dengan awak’

Dakwanya lagi, sebelum mereka mengikat tali pertunangan, lelaki ini sudah menunjukkan perangai ‘sebenarnya’ tetapi dia masih berlembut hati memberi peluang dengan harapan lelaki itu akan berubah. Tetapi ternyata semua itu hanyalah sia-sia.

Masa ni saya lari ke JB disebabkan tak boleh terima kesalahan awak tu. Awak tunjuk yang awak nak pujuk saya, awak cari saya dekat JB sebab kesalahan besar awak tapi saya lembut hati terima.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga memaklumkan dia sanggup berhabis duit membeli sebiji motosikal buat lelaki tersebut untuk memudahkan urusannya untuk pergi kerja. Namun, hari demi hari, lelaki ini mula berubah. Malah, wanita ini mendakwa sentiasa dilayan dengan sangat kasar, sering dicaci dan dimaki. Sehinggalah pada suatu hari, wanita ini nekad untuk mengakhiri ikatan pertunangan mereka.

Dengan lafaz bismillah, saya dengan awak tak ada apa-apa ikatan dah. Terima kasih bagaian yang sementara. Saya halalkan semuanya. Saya harap awak pandai jaga diri awak. Stop buat apa sebelum ni awak lakukan. Semoga Allah buka pintu taubat untuk awak.

‘I feel you sis’

Sumber: TikTok

Apa Sebab Pasangan Cur4ng?

Korang pernah terfikir tak kenapa pasangan korang cur4ng? Tak kisah lah lelaki ke perempuan sebab kalau nak salahkan lelaki je tak boleh juga, perempuan pun ada je yang cur4ng juga kan?

Haa jom kita tengok antara punca kenapa boleh berlakunya hal cur4ng tu. Jangan ada yang terasa pula tau!

Terlalu handsome / cantik

Biar dah mula rasa diri tu sentiasa handsome atau cantik, tu yang sampai sanggup boleh cari spare part belakang pasangan masing-masing tu. Ke korang sendiri yang rasa diri korang handsome / cantik padahal………! Tepuk dada tanya selera ye, hehehe.

Cepat bosanDah kalau selalu sangat bergaduh mesti salah seorang akan rasa bosan kan? Yela kadang-kadang tu benda simple pun nak gaduh dah kenapa? Hal kecik diperbesarkan. Tak penat ke asyik bergaduh? Disebabkan hal tu lah, pasangan korang cur4ng sebab stress asyik bergaduh je dengan korang.

Balas dend4m

Haa jangan ingat semua orang tak ada rasa dendam dalam diri tau! Mungkin sebelum ni korang pernah cur4ang so kali ni pasangan korang pula nak balas dendam. Yela biarlah rasa sakit tu sama-sama rasa kan? Hehe. Okay, gurau je! Tapi kalau korang taknak pasangan korang cur4ng, better korang jangan start dulu!

Terlampau control

Selagi belum ada ikatan yang sah, jangan nak ngada-ngada control hidup pasangan korang tu. Control sikit-sikit udah lerr. Jangan melebih pula! Dia pun ada hidup dia juga. Tapi kalau yang dah kahwin tu, si isteri wajib ikut apa suami cakap tau selagi benda tu tak melampau.

Cinta lama muncul balik

Paling menyakitkan hati bila ex datang balik! Haa time tu lah nak teringat kisah-kisah lama lepas tu timbul rasa sayang tu balik. Ish ish! Tak baik tau mainkan perasaan pasangan korang tu! Ingat, KARMA tu akan datang!!

Tak jaga penampilan
Haa ni boleh dijadikan salah satu faktor juga tau! Penampilan kena sentiasa jaga kalau taknak pasangan cur4ng. Biasalah, zaman sekarang kan memang penampilan tu kena tip top!

Terlalu gedik / poyo

Lelaki rimas tau dengan perempuan yang terlampau gedik ni! Perempuan pun menyampah dengan lelaki yang terlampau poyo ya amat! Kalau sentiasa nak gedik atau poyo pun tak boleh juga sebenarnya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *