Amalan

Tvlar Foto Azmin Lawatan Ketika di Turki, Tapi Apa Yg Local Guides Tulis Ini Tarik Perhatian Najib

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali melawat bangunan ikonik Hagia Sophia ketika berada di Turki.

Menteri kanan itu berada di Eropah untuk lawatan rasmi dan minggu lalu mengunjungi Austria serta bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Margarete Schramböck.

Ketika di Austria juga Azmin berkesempatan mengunjungi sebuah syarikat semikonduktor di Loeben.

Turkey Local Guides, yang menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong, hari ini menyiarkan di Instagramnya foto Azmin di Hagia Sophia, sebuah tempat bersejarah dan pelancongan yang terkenal di Istanbul, Turki.

“Dengan senang hati memandu lawatan Mr Muhammed (sic) Azmin Ali (Menteri Kanan Malaysia). Dia bersedia dan sabar untuk mendengar (mengenai) kisah sejarah Hagia Sophia,” katanya.

Akaun instagram itu pada awalnya berkata ia menjadi pemandu pelancong untuk Azmin dan “keluarganya”. Pun begitu, perkataan “keluarga” itu kemudian dikeluarkan.


Untuk rekod, Bangunan Hagia Sophia – atau Ayasofia – itu asalnya dibina empayar Rom Timur sebagai gereja besar pada abad keenam Masihi sebelum diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada 1453.

Statusnya sekali lagi bertukar apabila kerajaan sekular Turki menjadikannya muzium pada 1934 dan lebih 50 tahun kemudian Hagia Sophia itu diiktiraf Unesco sebagai sebahagian daripada Kawasan Bersejarah Tapak Warisan Dunia Istanbul.

Pada 11 Julai tahun lalu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Hagia Sofia akan kembali menjadi masjid selepas mahkamah tertinggi negara itu memutuskan status terdahulunya sebagai muzium tidak sah.

Dalam pada itu Njaib Razak menyindir menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut kerana penggunaan panggilan “Mrs” yang biasanya di gunakan untuk wanita

“Sayang sekali.

“Kali terakhir saya di Istanbul tahun 2017.

“Tiba lewat malam.

“Keesokannya saya dan pemimpin negara-negara Islam adakan sidang kemuncak OIC.

“Saya bawakan suara Malaysia berhubung dengan isu Baitulmuqaddis.

“Sehari penuh saya meeting sampai lewat malam.

“Kemudian ke Bahrain atas jemputan PM Bahrain YM Putera Khalifa dan mengadap Raja Bahrain.

“Sayang sekali.

“Tak sempat ke Hagia Sophia.

“Min, cantik ke tempat ni?

“Ambil gambar share lah dengan kita ye.

“Tak ada peluang sampai nak buat macam mana kan?

“Dapat tengok gambar pun happy dah.

“Bahagian “Mrs Muhd Azmin and his famly” dah buang. Kenapa buang?” soal Najib

Sementara itu, timbul persoalan mengenai tempoh kuarantin yang akan dilalui Azmin setelah pulang dari program lawatan kerjanya itu.

Pada bulan Februari, Menteri Kesihatan Adham Baba memendekkan masa kuarantin bagi menteri yang pulang dari luar negara dari 10 hari menjadi tiga hari.

Bagaimanapun, Adham berkata SOP kuarantin untuk menteri dilonggarkan tetapi mesti disertakan dengan peraturan perjalanan yang ketat.

Tempoh kuarantin bagi warganegara yang kembali dari beberapa negara dinaikkan dari 10 hari menjadi 14 hari pada bulan April kerana kebimbangan varian baru Covid-19.

Sejak itu, varian Beta (Afrika Selatan) dan varian Delta (India) telah mula menyebar di negara ini.

Varian yang lebih ganas telah dituding punca peningkatan kes Covid-19 di negara ini walaupun dalam keadaan PKP.

Azmin dan anggota kabinet yang lain telah diberi vaksin sepenuhnya.

Vaksin Covid-19 secara dramatik mengurangkan kemungkinan jangkitan yang teruk atau kematian.

Pun begitu, vaksin tidak menjadikan seseorang kebal sepenuhnya terhadap Covid-19.

Beberapa vaksin Covid-19 juga didakwa kurang berkesan terhadap varian Covid-19 yang baru.

Pada masa ini, rakyat biasa dilarang pergi ke luar negara kerana wabak Covid-19.

Namun, pengecualian dapat dibuat untuk keadaan khusus, seperti keadaan darurat dan pengajian di luar negara.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mkini, fb najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *