Amalan

Wakil rakyat enggan tunjuk surat rentas negeri, Tindakan p0lis ini buat ramai puas hati

Sungai Petani: Polis Kedah akan mengambil keterangan seorang Ahli Parlimen bergelar Datuk yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila minum petang bersama beberapa individu seperti yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman berkata, beberapa individu didapati bersama di dalam gambar yang tular turut akan dipanggil bagi dirakam keterangan dan melengkapkan kertas siasatan.

“Setakat ini polis sudah mengenal pasti beberapa individu dalam gambar berkenaan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Kita sudah maklumkan pada mereka untuk merakam percakapan mungkin malam ini atau esok bersama Ahli Parlimen terbabit,” katanya pada pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, kertas siasatan kes terbabit dibuka mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

Dalam kejadian dipercayai berlaku Sabtu lalu, gambar Ahli Parlimen berkenaan duduk di atas meja sambil bersila dan minum teh serta bersembang santai secara terbuka selepas satu program bantuan tersebar di media sosial.

Orang ramai kemudian mempertikai tindakan Ahli Parlimen terbabit sedangkan Kedah masih dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Satu yang tidak membenarkan sebarang bentuk majlis keramaian.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi, memaklumkan sedia disiasat

Ramai puas hati, p0lis j3rkah wakil rakyat enggan tunjuk surat rentas negeri

TULAR di media sosial video seorang anggota polis menjerkah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu kerana enggan menunjukkan surat rentas negeri.

Video berdurasi 2:20 minit itu memaparkan anggota polis berkenaan cuba menghalang kenderaan yang membawa Ronnie Liu daripada memasuki kawasan mahkamah.

Dalam nada yang tegas, anggota polis itu mengarahkan Adun DAP itu supaya memberhentikan kenderaannya dan menunjukkan surat rentas negeri namun beliau gagal berbuat demikian dengan memberikan pelbagai alasan.

VIDEO

 

Bagaimanapun, Ronnie Liu dibenarkan untuk meneruskan perjalanan selepas mendapat kebenaran di atas budi bicara daripada Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa puas hati melihat ketegasan pihak polis dalam memastikan SOP ketika PKP dan PKPD dapat berjalan dengan baik dan tiada sesiapa pun terkecuali andai melakukan kesalahan melanggar SOP.

Terdahulu, isu pekebun haram yang menam durian Musang King di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub memasuki episod baharu apabila Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bertindak tegas dengan memusnahkan kebun seluas 101 itu bermula semalam.

Tindakan itu menaikkan kemarahan beberapa pihak termasuk beberapa pemimpin DAP yang begitu lantang mempertahankan pekebun-pekebun haram.

Malah, seramai 18 individu termasuk seorang wanita telah ditahan dan direman selama dua hari kerana melakukan provokasi melampau terhadap pihak berkuasa.

Pihak polis juga telah membuka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu susulan kekecohan yang berlaku di pekarangan Mahkamah Raub, semalam.

Isu kebun durian: IGP kerah PGA ke Raub jaga ketenteraman awam

Polis Diraja Melaysia (PDRM) menggerakkan Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Raub, Pahang bagi menjaga ketenteraman awam di daerah berkenaan berikut kekecohan membabitkan pekebun durian dan anggota penguat kuasa, semalam.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan agar menggunakan saluran undang-undang yang betul jika terdapat sebarang bantahan terhadap tindakan pihak berkuasa.

Beliau berkata isu mengenai pencerobohan oleh pekebun durian itu adalah di bawah bidang kuasa dan urusan Pejabat Tanah Daerah Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang.

“Pihak PGA di sana (Raub) adalah bagi memastikan keselamatan mereka terjaga semasa menjalankan tugas dan PDRM tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mengganggu-gugat pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau Flat Sri Sabah, Cheras yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 3 Julai hingga 16 Julai depan di Kuala Lumpur.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.

– Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *