Hiburan

Ada yg perasan Shuib nampak segan bila bergambar bersama, Ibu Tiri Arwah Siti Sarah tampil beri penjelasan

Kuala Lumpur: Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, mengakui tiada istilah segan wujud di antara dia dengan Shuib.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, mereka selaku keluarga saling menghormati antara satu sama lain dan tidak pernah memandang status.

“Terkejut saya baca mesej ini. Sebenarnya tiada istilah segan sebab kami adalah keluarga. Tak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu tipu ke sebab Shuib adalah keluarga saya. Anak-anak mereka semua cucu saya dan saya jaga sejak lahir,” tulisnya.

Makde memberikan reaksi terhadap satu mesej peribadi yang diterima daripada netizen yang mendakwa Shuib kelihatan segan dengan dirinya yang juga ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah.

Menurut Makde yang kini menguruskan perniagaan Loveta milik Siti Sarah, hubungan dia dengan Shuib sudah mula rapat sejak awal perkenalan Shuib dengan Siti Sarah kira-kira 12 tahun lalu.

“Mungkin apa yang orang nampak ingat Shuib segan dengan saya, tapi sebenarnya kami saling menghormati.

“Lagipun masa arwah Sarah bercinta dengan Shuib dulu pun, saya yang selalu temankan. Ingat lagi masa pertemuan pertama Sarah dengan Shuib, saya ada masa itu temankan arwah.

“Bukan malu bukan segan tapi saya hormat. Saya minta doa baik-baik semua pihak untuk keluarga kami. Amin Insya Allah. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada kalian semua,” katanya.

Di Instagram :

Ibu tiri teruskan perniagaan tudung Siti Sarah

Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, kini menggalas tanggungjawab menguruskan perniagaan tudung milik penyanyi itu.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, dia perlu kuat untuk membangunkan perniagaan yang diusahakan bersama Allahyarham sebelum ini.

“Walaupun arwah sudah tiada, tapi dia buat saya jadi kuat dan tak boleh duduk diam. Saya perlu jaga perniagaan yang arwah bangunkan selama ini.

“Saya tak boleh biarkan kakitangan kesayangannya terabai. Insya-Allah saya mampu dan boleh hadapi semua ini. Saya nak perniagaan itu terbang tinggi sebab itu impian arwah semasa dia hidup. Setiap hari ada saja benda dia nak buat untuk perbaiki kalau tak berpuas hati dengan kualiti produk. Buat semua doakan saya dapat mengalas tanggungjawab menjaga perniagaan ini dengan baik,” katanya.

Menurut Siti Fatimah, kerinduan terhadap Siti Sarah tidak pernah luntur, sebaliknya sentiasa tersemat dalam hatinya.

“Cepat betul masa berjalan. Kalau kira-kira sudah dua bulan Sarah pergi tinggalkan kita semua. Rindu usah cakaplah. Rasanya setiap hari masuk pejabat mesti tenung gambar Sarah,” katanya.

Pada 9 Ogos lalu Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Allahyarham meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.