Amalan

Akhirnya terjawab! pihak p0lis dedah keputusan lori sebabkan 10 kmatian di lebuhraya selepas hasil siasatan dan ujian dilakukan

sʜᴀʜ ᴀʟᴀᴍ: sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴘᴇᴍᴀɴᴅᴜ ᴛʀᴇʟᴇʀ ᴅɪʀᴇᴍᴀɴ ᴇᴍᴘᴀᴛ ʜᴀʀɪ ʙᴀɢɪ ᴍᴇᴍʙᴀɴᴛᴜ sɪᴀsᴀᴛᴀɴ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ ᴍᴇɴɢᴏʀʙᴀɴᴋᴀɴ 10 ᴍᴀɴɢsᴀ ᴅɪ ᴋɪʟᴏᴍᴇᴛᴇʀ 8.3 ʟᴇʙᴜʜʀᴀʏᴀ ᴇʟɪᴛᴇ, ᴅᴇᴋᴀᴛ sɪɴɪ, ᴀᴡᴀʟ ᴘᴀɢɪ ᴛᴀᴅɪ.

ᴛɪᴍʙᴀʟᴀɴ ᴋᴇᴛᴜᴀ ᴘᴏʟɪs ᴅᴀᴇʀᴀʜ sᴜʙᴀɴɢ ᴊᴀʏᴀ, sᴜᴘᴇʀɪɴᴛᴇɴᴅᴀɴ ᴍᴏʜᴅ. ꜰᴀɪʀᴜs ᴊᴀᴀꜰᴀʀ ʙᴇʀᴋᴀᴛᴀ, ʟᴇʟᴀᴋɪ ʙᴇʀᴜsɪᴀ 37 ᴛᴀʜᴜɴ ɪᴛᴜ ᴋɪɴɪ ᴅɪᴛᴀʜᴀɴ ᴘɪʜᴀᴋɴʏᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴛɪɴᴅᴀᴋᴀɴ ʟᴀɴᴊᴜᴛ.

“ᴘᴇʀᴍᴏʜᴏɴᴀɴ ʀᴇᴍᴀɴ ᴋᴇ ᴀᴛᴀs ᴘᴇᴍᴀɴᴅᴜ ᴛʀᴇʟᴇʀ ɪᴛᴜ ᴅɪʙᴇɴᴀʀᴋᴀɴ ʙᴇʀᴍᴜʟᴀ ʜᴀʀɪ ɪɴɪ ʜɪɴɢɢᴀ 21 ᴅɪsᴇᴍʙᴇʀ ᴅᴇᴘᴀɴ.

“ᴋᴇs sᴇᴅᴀɴɢ ᴅɪsɪᴀsᴀᴛ ᴍᴇɴɢɪᴋᴜᴛ sᴇᴋsʏᴇɴ 41 (1) ᴀᴋᴛᴀ ᴘᴇɴɢᴀɴɢᴋᴜᴛᴀɴ ᴊᴀʟᴀɴ 1987,” ᴋᴀᴛᴀɴʏᴀ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴋᴇɴʏᴀᴛᴀᴀɴ ʜᴀʀɪ ɪɴɪ.

ᴍᴇɴᴜʀᴜᴛ ʙᴇʟɪᴀᴜ, ʜᴀsɪʟ ᴜᴊɪᴀɴ ᴀʟᴋᴏʜᴏʟ ᴅᴀɴ ᴀɪʀ ᴋᴇɴᴄɪɴɢ ᴋᴇ ᴀᴛᴀs ʟᴇʟᴀᴋɪ ʙᴇʀᴋᴇɴᴀᴀɴ ᴅɪᴅᴀᴘᴀᴛɪ ɴᴇɢᴀᴛɪꜰ.

ᴋᴀᴛᴀ ᴍᴏʜᴅ. ꜰᴀɪʀᴜs, sɪᴀsᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ ᴘɪʜᴀᴋɴʏᴀ ᴍᴇɴᴅᴀᴘᴀᴛɪ ᴋᴇᴊᴀᴅɪᴀɴ ᴍᴇʟɪʙᴀᴛᴋᴀɴ ᴛʀᴇʟᴇʀ ᴅᴀɴ ᴛɪɢᴀ ᴋᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ ɪᴛᴜ ʙᴇʀʟᴀᴋᴜ ᴘᴀᴅᴀ ᴘᴜᴋᴜʟ 12.09 ᴛᴇɴɢᴀʜ ᴍᴀʟᴀᴍ ᴛᴀᴅɪ.

“ᴛʀᴇʟᴇʀ ɪᴛᴜ ᴅɪᴘᴇʀᴄᴀʏᴀɪ ᴍᴇʀᴇᴍᴘᴜʜ ᴛɪɢᴀ ᴋᴇʀᴇᴛᴀ ʏᴀɴɢ ʙᴇʀʜᴇɴᴛɪ ᴅɪ ʟᴏʀᴏɴɢ ᴋᴇᴄᴇᴍᴀsᴀɴ ᴅɪsᴇʙᴀʙᴋᴀɴ sᴀʟᴀʜ sᴀᴛᴜ ᴅᴀʀɪᴘᴀᴅᴀɴʏᴀ ᴍᴇɴɢᴀʟᴀᴍɪ ᴋᴇʀᴏsᴀᴋᴀɴ.

“ᴅᴜᴀ ᴋᴇʀᴇᴛᴀ ʟᴀɪɴ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ ɪᴛᴜ ʙᴇʀʜᴇɴᴛɪ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪ ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ,” ᴋᴀᴛᴀɴʏᴀ.

ᴛᴀᴍʙᴀʜ ʙᴇʟɪᴀᴜ, ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ ɪᴛᴜ ᴍᴇɴɢᴀᴋɪʙᴀᴛᴋᴀɴ 10 ᴍᴀɴɢsᴀ ʙᴇʀᴜsɪᴀ 10 ʙᴜʟᴀɴ ʜɪɴɢɢᴀ 37 ᴛᴀʜᴜɴ ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ ᴅɪ ʟᴏᴋᴀsɪ ᴋᴇᴊᴀᴅɪᴀɴ.

“sᴇᴍᴜᴀ ᴍᴀɴɢsᴀ ᴅɪʜᴀɴᴛᴀʀ ᴋᴇ ʜᴏsᴘɪᴛᴀʟ sʜᴀʜ ᴀʟᴀᴍ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴘʀᴏsᴇs ʙᴇᴅᴀʜ sɪᴀsᴀᴛ,” ᴋᴀᴛᴀɴʏᴀ.

sᴇʜᴜʙᴜɴɢᴀɴ ɪᴛᴜ, ᴘᴏʟɪs ᴍᴇᴍɪɴᴛᴀ ᴏʀᴀɴɢ ʀᴀᴍᴀɪ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴘᴜɴʏᴀɪ ᴍᴀᴋʟᴜᴍᴀᴛ ᴍᴇɴɢᴇɴᴀɪ ᴋᴇᴊᴀᴅɪᴀɴ sᴜᴘᴀʏᴀ ᴍᴇɴɢʜᴜʙᴜɴɢɪ ᴘᴇɢᴀᴡᴀɪ ᴘᴇɴʏɪᴀsᴀᴛ ʙᴀʜᴀɢɪᴀɴ sɪᴀsᴀᴛᴀɴ ᴅᴀɴ ᴘᴇɴɢᴜᴀᴛᴋᴜᴀsᴀᴀɴ ᴛʀᴀꜰɪᴋ (ʙsᴘᴛ) sᴜʙᴀɴɢ ᴊᴀʏᴀ, ᴀsɪsᴛᴇɴ sᴜᴘᴇʀɪɴᴛᴇɴᴅᴀɴ ʟɪᴍ ᴄʜɪɴ ʜᴜᴀᴛ ᴅɪ ᴛᴀʟɪᴀɴ 012-2018080 ᴜɴᴛᴜᴋ ᴛɪɴᴅᴀᴋᴀɴ ʟᴀɴᴊᴜᴛ. -ᴜᴛᴜsᴀɴ ᴏɴʟɪɴᴇ

ʙᴀɴᴛᴜ ʀᴀᴋᴀɴ ʙᴀɪᴋɪ ᴋᴇʀᴇᴛᴀ sᴇʙᴇʟᴜᴍ ᴛᴇʀᴋᴏʀʙᴀɴ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ

sʜᴀʜ ᴀʟᴀᴍ – “sᴀʏᴀ sᴇᴍᴘᴀᴛ ʙᴇʀʙᴜᴀʟ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴀʙᴀɴɢ ᴋɪʀᴀ-ᴋɪʀᴀ ᴘᴜᴋᴜʟ 10 ᴍᴀʟᴀᴍ ᴛᴀᴅɪ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ ʙᴇʟɪᴀᴜ ᴘᴜʟᴀɴɢ ᴅᴀʀɪ ᴋᴇʀᴊᴀ ᴅᴀɴ ʙᴇʀsɪᴀᴘ-sɪᴀᴘ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴋᴇʟᴜᴀʀ sᴇᴍᴜʟᴀ ᴅɪꜰᴀʜᴀᴍᴋᴀɴ ʙᴀɢɪ ᴍᴇᴍʙᴀɴᴛᴜ ʀᴀᴋᴀɴɴʏᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴɢᴀʟᴀᴍɪ ᴋᴇʀᴏsᴀᴋᴀɴ ᴋᴇʀᴇᴛᴀ ᴅɪ ᴊᴀʟᴀɴ ʀᴀʏᴀ,” ᴋᴀᴛᴀ ᴍᴜʜᴀᴍᴀᴅ ꜰᴀʀʜᴀɴ ʀᴏʟᴇx.

ᴍᴜʜᴀᴍᴀᴅ ꜰᴀʀʜᴀɴ, 24, ᴀᴅɪᴋ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ᴍᴏʜᴀᴍᴀᴅ ʀᴀʜɪᴍɪ ʀᴏʟᴇx, 27, ʏᴀɴɢ ᴍᴇʀᴜᴘᴀᴋᴀɴ sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴅᴀʀɪᴘᴀᴅᴀ 10 ᴍᴀɴɢsᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴀᴜᴛ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ ɴɢᴇʀɪ ʙᴇʀʜᴀᴍᴘɪʀᴀɴ ᴋᴀᴡᴀsᴀɴ ʀᴇʜᴀᴛ & ʀᴀᴡᴀᴛ ᴜsᴊ ʟᴇʙᴜʜʀᴀʏᴀ ᴇʟɪᴛᴇ ᴍᴇɴɢʜᴀʟᴀ sʜᴀʜ ᴀʟᴀᴍ ᴅɪ sɪɴɪ ᴍᴀʟᴀᴍ ᴊᴜᴍᴀᴀᴛ.

ʙᴇʟɪᴀᴜ ʙᴇʀᴋᴀᴛᴀ ʙᴀᴘᴀɴʏᴀ, ʀᴏʟᴇx sʜᴀᴘɪᴀɪ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪᴛᴀʜᴜ ʙᴀʜᴀᴡᴀ ᴍᴏʜᴀᴍᴀᴅ ʀᴀʜɪᴍɪ ᴍᴀsɪʜ ʙᴇʟᴜᴍ ᴘᴜʟᴀɴɢ ᴍᴇsᴋɪᴘᴜɴ ᴡᴀᴋᴛᴜ ɪᴛᴜ sᴜᴅᴀʜ ᴘᴜᴋᴜʟ 12.30 ᴛᴇɴɢᴀʜ ᴍᴀʟᴀᴍ.

“ʙᴀᴘᴀ ᴄᴜʙᴀ ᴍᴇɴɢʜᴜʙᴜɴɢɪ ᴛᴇʟᴇꜰᴏɴ ᴀʙᴀɴɢ sᴀʏᴀ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴋᴀʟɪ sᴇʜɪɴɢɢᴀʟᴀʜ sᴇᴏʀᴀɴɢ ɪɴᴅɪᴠɪᴅᴜ ʏᴀɴɢ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴅɪᴋᴇɴᴀʟɪ ᴍᴇɴᴊᴀᴡᴀʙ ᴘᴀɴɢɢɪʟᴀɴ ɪᴛᴜ ᴅᴀɴ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪᴛᴀʜᴜ ᴋᴇᴀᴅᴀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴɪᴍᴘᴀ ʙᴇʟɪᴀᴜ,” ᴋᴀᴛᴀɴʏᴀ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ ᴅɪᴛᴇᴍᴜɪ ᴅɪ ʙɪʟɪᴋ ᴍᴀʏᴀᴛ ʜᴏsᴘɪᴛᴀʟ sʜᴀʜ ᴀʟᴀᴍ ᴘᴀᴅᴀ sᴀʙᴛᴜ.

9 sekeluarga selamat dkibumikan dlm satu liang lahad, Ini luahan pilu Abd. Razak ceritakan kembali detik2 yg berlaku

SHAH ALAM: Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, dekat sini diselubungi suasana pilu apabila lapan van jenazah memasuki perkarangannya membawa sembilan sekeluarga yang maut dalam kemalangan Jumaat lepas berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite, dekat sini.

Deretan lapan buah van jenazah yang dipandu petugas kesihatan lengkap mengenakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) diiringi anggota polis, dilihat tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan itu pada 12.40 tengah hari.

9 sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad atas permintaan keluarga

Jenazah selesai dikebumikan jam 1.30 petang dalam satu liang lahad, di atas permintaan keluarga setelah menjalani bedah siasat dan pemeriksaan saringan COVID-19, serta disolatkan di Unit Forensik Hospital Shah Alam di sini.

Ibu mereka Allahyarham Norul Naziah Buyong, 37, dikebumikan bersama lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad.Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.

Adik kepada Norul Naziah, Nurul Atika Buyong, 33, berkata lima anak arwah bebas COVID-19 bagaimanapun empat anak termasuk bayi berusia 10 bulan, didapati positif COVID-19.

Kesemua mereka yang menaiki Proton Wira itu, maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Shah Alam.Bapa kepada kanak-kanak dan remaja yang maut itu, Abd Razak Majit, 50, cedera ringan, manakala mereka yang menaiki sebuah lagi kereta iaitu Mimie Nafiesa Abdullah, 19; Ihyat Sufi Shokip serta Ummi

Nasuha Annuwar masing-masing berusia 20 tahun juga cedera ringan.

Turut terbunuh dalam kemalangan yang mengorbankan 10 nyawa itu adalah seorang mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27, dikebumikan di tanah perkuburan sama, kira-kira 1 pagi tadi.Keluarga malang itu dikatakan dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Padang Jawa, Klang.

 

Seorang petugas kesihatan memangku jenazah mangsa kanak-kanak yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam, Jumaat. – Gambar BERNAMA

10 maut: Saya hilang isteri, lapan anak sekelip mata – Abd. Razak
SHAH ALAM: “Terlalu cepat dan saya tidak berbuat apa-apa, kemalangan itu ragut nyawa isteri dan lapan anak saya, mereka ada dalam kereta di bawah lori treler itu”.Demikian luahan pilu Abd. Razak Majid, 50, yang terselamat dalam nahas mengorbankan 10 nyawa berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya ELITE, dekat sini, kelmarin.

Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ketika ditemui masih trauma untuk menceritakan kejadian bersama arwah isterinya, Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anak pulang ke rumah mereka di Padang Jawa, di sini.

“Namun, kereta Proton Wira dipandu saya tiba-tiba mengalami kerosakan bateri dan terpaksa berhenti di tepi jalan.

“Selepas memeriksa keadaan kereta, saya menyedari diri sudah terbaring atas jalan dan melihat kereta kami sudah berada di bawah lori treler,” katanya sebak ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, hari ini.

Tambahnya, dia hanya mampu tergamam dan terbayang isteri dan anak-anaknya di dalam kereta berkenaan selepas tercampak ketika lori terbabit merempuh kenderaan tersebut.

Rempuhan itu turut meranapkan sebuah Proton Wira yang dipandu mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27, dan sebuah Perodua Axia dinaiki dua anak saudaranya, Mimie Nafiesa Abdullah, 19, dan Ihyat Sufi Shokip, 20.Mohamad Rahimi dilaporkan terkorban sementara Mimie Nafiesa dan Ihyat Sufi mengalami kecederaan.

 

SAYU perasaan tidak tergambar bagi Abd. Razak Majid ketika menyiram air di pusara jenazah isteri dan anak-anaknya yang dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor hari ini.

Sementara itu, jenazah sembilan beranak berkenaan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan berkenaan, kira-kira pukul 1.30 petang selepas dimandikan dan disembahyangkan di Unit Forensik Shah Alam bermula pukul 9 pagi.

Jenazah termasuk empat yang disahkan positif Covid-19 dikebumikan mengikut turutan usia bermula daripada Allahyarham Norul Naziah yang juga ibu kepada keluarga itu.

Kemudian diikuti anak sulung, Allahyarham Razarul Amin Abd. Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; dan Muhamad Aizat Syazwan, 10.

Empat lagi anak suri rumah itu yang turut maut iaitu Allahyarham Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.

Bagaimanapun, Mohamad Rahimi, selamat dikebumikan lebih awal di tanah perkuburan sama, kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Jelas Abd. Razak, dia bersyukur semua urusan pengebumian itu berjalan lancar dan disemadikan dalam satu liang lahad.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak termasuk Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis yang membantu urusan kami sejak semalam.

“Biarpun perit, kami redha dengan ketentuan Ilahi dan mendoakan roh isteri serta lapan anak damai di alam sana,” katanya.

Tambah beliau, kemalangan itu mengakibatkan kecederaan pada kaki kanannya dan masih dalam proses rawatan.

Kelmarin, perjalanan pulang 10 beranak ke rumah mereka di Padang Jawa di sini, bertukar tragedi apabila sembilan daripada mereka maut selepas menghadiri majlis kenduri keluarga di Melaka.

Kemalangan kira-kira 12.09 tengah malam itu berlaku ketika kereta Proton Wira dinaiki mereka berhenti di tepi jalan lebuhraya kerana mengalami kerosakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.