Uncategorized

“Alasan sama sejak 10 tahun lalu” – Seorang mngsa banjir luah rasa kecewa

HULU LANGAT – Seorang mngsa banjir meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa isu benc4na itu di sini ibarat tiada penyelesaian sejak sedekad lalu.

Norima Abdul Hamid, 63, berkata, sepatutnya kerajaan Selangor mempunyai perancangan jangka pendek dan panjang menangani masalah itu kerana Hulu Langat memang dikenali sebagai kawasan banjir.

Namun menurut beliau, alasan sama diberikan apabila terpaksa melepaskan air jika tidak mahu empangan pecah membuktikan pemimpin negeri itu gagal mencari mekanisme terbaik sebagai jalan penyelesaian.

“Kami tidak diberikan amaran bencana banjir ini terjadi. Kawasan ini kawasan banjir dan setiap kali air naik akan kata terpaksa lepaskan air. Kalau tidak lepas, air empangan akan pecah.

“Sudah lebih 10 tahun macam ini dan kita tidak adakah mekanisme seperti pakar atau saintis untuk atasi isu macam ini.

“Jadi syarikat air negeri gagal untuk untuk tangani isu air dan pembentungan kata ada tapi tiap kali hujan, air naik. Jadi ia tidak efektif dan kita ‘dinyanyikan’ takdir ini ujian, ini kifarah, dosa dan kami sahaja ke yang kena kifarah,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini semalam.

Mangsa, Norima Abdul Hamid berehat di ruang depan rumahnya yang hancur dilanda banjir ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pasca banjir berikutan hujan lebat yang berterusan di Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24
Norima yang mengalami kerugian kira-kira RM100,000 turut mempersoalkan peranan Jabatan Meteorologi mengenai taburan hujan pada musim tengkujuh dengan membuat mekanisme melepaskan air empangan secara berperingkat lebih awal.

Tegas beliau, alasan penduduk akan menjadi panik tidak boleh diterima berbanding berdepan bencana musib4h yang merosakkan banyak harta benda.

“Sebab takut kita panik, jadi awak (kerajaan negeri) rela kami kena macam ini (banjir) daripada panik dan masa kejadian, awak yang panik.

“Kerajaan perlu bertanggungjawab kerana kita pilih awak serta kita pembayar cukai untuk kerajaan jalan urus tadbir kami dengan baik,” katanya.

Norima turut mengharapkan kerajaan negeri memberi bantuan awal RM5,000 untuk semua mangsa banjir memulakan hidup baharu.

“Kita lantik untuk urus tadbir dan laksana pentadbiran baik serta kuranglah berpolitik. Sekurang-kuranhnya beri kami bantuan tunai RM5,000 kerana jumlah RM1,000 tidak memadai,” katanya.

Banjir: Hulu Langat sesak, orang ramai, NGO bawa bantuan untuk mngsa

HULU LANGAT: Laluan ke Hulu Langat sesak dengan kenderaan berpusu-pusu menghala ke lokasi bencana banjir sejak awal pagi ini.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kesesakan bermula dari Batu 9,Hulu Langat iaitu laluan utama menuju ke lokasi bencana.

Kesesakan hampir 11 kilometer itu menyebababkan ramai pengguna merungut kerana terperangkap dan menjejaskan urusan mereka.

Kebanyakan kenderaan menggunakan laluan tersebut termasuk pacuan empat roda dan lori yang membawa barangan keperluan untuk disalurkan kepada mangsa banjir selain kenderaan pengguna biasa.

Kesesakan berlaku dipercayai disebabkan orang ramai dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggunakan kesempatan hari cuti umum Krismas dan hujung minggu untuk ke sana bagi menghulurkan bantuan.

Tinjauan juga mendapati terdapat beberapa anggota polis ditempatkan di beberapa lokasi di sepanjang laluan berkenaan bagi mengawal keadaan lalu lintas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.