Hiburan

“Awek Starbucks’ menangis lagi, kali ni kekasih bawa makan di kedai mamak

Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang gadis menangis selepas ditanya oleh kekasihnya mengapa harga air minuman Starbucks dibeli agak mahal apatah lagi menggunakan kad lelaki tersebut

Terbaharu, gadis berkenaan yang dikenali sebagai Farah Shazleen sekali lagi menangis ketika keluar makan bersama kekasihnya Izaq Yuzaini di sebuah restoran mamak sehingga tular di aplikasi TikTok.

Menerusi rakaman dikongsi Izaq, dia dilihat seolah-olah sukar untuk memahami kehendak teman wanitanya yang mempersoalkan ‘level’ tempat makan mereka.

Nak tanya, Teh Tarik Place tu level mamak ke? Bagi saya level bangsawan,” soal lelaki berusia 25 tahun itu kepada orang ramai.
Video berdurasi 17 saat itu memaparkan gadis tersebut kelihatan tidak berselera ketika menjamah roti canai di restoran mamak, malah hanya mampu mengeluarkan air mata di khalayak ramai.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang gadis menangis selepas ditanya oleh kekasihnya mengapa harga air minuman Starbucks dibeli agak mahal apatah lagi menggunakan kad lelaki tersebut.

Terbaharu, gadis berkenaan yang dikenali sebagai Farah Shazleen sekali lagi menangis ketika keluar makan bersama kekasihnya Izaq Yuzaini di sebuah restoran mamak sehingga tular di aplikasi TikTok.

Menerusi rakaman dikongsi Izaq, dia dilihat seolah-olah sukar untuk memahami kehendak teman wanitanya yang mempersoalkan ‘level’ tempat makan mereka.

“Nak tanya, Teh Tarik Place tu level mamak ke? Bagi saya level bangsawan,” soal lelaki berusia 25 tahun itu kepada orang ramai.
Video berdurasi 17 saat itu memaparkan gadis tersebut kelihatan tidak berselera ketika menjamah roti canai di restoran mamak, malah hanya mampu mengeluarkan air mata di khalayak ramai.

Babak kedua pula menyaksikan pasangan terbabit berada di restoran Teh Tarik Place, namun masih berlinang air mata kerana tidak berpuas hati atas sebab-sebab tertentu.

“Dia cakap Teh Tarik Place tu level mamak je. Aku bawak je la pergi mamak betul supaya lagi jimat. Tu pun nak menangis.

“Dah bawak pergi Teh Tarik Place pun masih tak puas hati.. Tolong,” luah Izaq yang juga bekerja di belakang tabir sebagai anak seni.

Posting video tersebut meraih 1.1 juta tontonan dan lebih 4,000 komen netizen dimana rata-rata meluahkan rasa ‘serabut’ melihat aksi teman wanitanya yang disifatkan cerewet sekali gus menyusahkan hidup si lelaki.

Selain itu, ada juga segelintir meminta Izaq menghentikan saja ‘content’ menggunakan teman wanitanya yang boleh menimbulkan rasa meluat dan menyampah dalam kalangan netizen.

Tak rasa beban ke? Serabut

Baru bercinta, belum kahwin lagi

Lebih2 siapa nak layan…

“Dia memang suka nangis” – Teman lelaki

Terkesan dengan video tersebut, teman lelaki kepada wanita tersebut tampil membuka mulut dengan memuatnaik satu video untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku disebalik kejadian tersebut.

Ternyata, teman lelakinya terkejut dengan harga air berkenaan kerana tidak tahu bahawa teman wanita beli dua air yang viral di TikTok sehingga menyebabkan air tersebut berjumlah RM40.

Ini kerana dia tahu harga kebiasaan bagi air tersebut dan dia bertanyakan soalan itu kerana terkejut apabila menerima mesej mengenai penggunaan kadnya. Bukan itu sahaja, dia turut menceritakan hal sebenar tentang isu teman wanitanya menangis selepas ditanya tentang harga air.

“Dia memang suka nangis… Dalam video saya ni banyak je video dia nangis. Tengok movie sedih, nangis. Tengok konsert pun nangis. Jadi saya tak sangka pula video yang saya upload ni boleh blow up sampai macam ni…” – Teman lelaki dalam video

Video penjelasan itu juga telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-rata turut memahami dan juga meminta maaf kerana bertindak melulu dengan menghentam lelaki tersebut di bahagian komen tanpa mengetahui hal sebenar.

Oleh itu, tak salah untuk belanja menggunakan duit pasangan, tetapi haruslah beragak-agak untuk menggunakannya supaya tidak terlebih belanja walaupun telah mendapat kebenaran dari teman lelaki atau teman wanita.

Biasalah tu, lumrah pasangan bercinta kan? Ada pasang surut dalam hubungan… Min doakan korang berdua terus bahagia sehingga ke jenjang pelamin…

sumber: omm

Leave a Reply

Your email address will not be published.