Uncategorized

“Ayuh Johor, ayuh Johor” Tular Video Buat Kacau Ganggu Di Hospital KL, Ini Kenyataan Media Ketua P0lis

Satu video yang memaparkan seorang individu membuat kacau ganggu di hadapan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian kain pelikat, bersongkok dan berbaju jersi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melaungkan kata-kata sorakan di hadapan lokasi berkenaan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pihak polis, kejadian tersebut berlaku pada 2 Disember 2021 kira-kira jam 8.30 malam.

Pihak polis terus bertindak dengan menghantar sebuah kereta peronda (MPV) selepas menerima maklumat tersebut.

Hasil siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati bahawa individu itu hendak mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan kerana mengalami penyakit Bipolar Mood Disorder dan berjaya ditenangkan selepas itu.

“Hasil siasatan mendapati individu tersebut berada di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama ahli keluarga bagi mendapatkan rawatan susulan kerana mengalami penyakit Bipolar Mood Disorder.

“Individu tersebut berjaya ditenangkan dan seterusnya dibawa masuk ke wad untuk menerima rawatan lanjut,” tulis kenyataan itu.

Ekoran daripada kejadian itu, pihak polis menasihatkan kepada orang ramai agar tidak menularkan video tersebut agar tidak mendatangkan kegusaran awam.

Sumber: Polis KL

TMJ Tak Jadi Berehat, JDT Bakal Berbelanja Besar Untuk Perkuatkan Pasukan Musim Depan

Kem3nangan Kuala Lumpur City (KL City) menentang pasukan pilihan J0hor Darul Takzim (JDT) dalam Pi4la Malaysia Piala Malaysia 2021 baru-baru ini sememangnya menjadi satu pencapaian yang luar biasa.

Terbaru, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa penghargaan kepada penyokong kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim.

‘Bagus juga ada wake-up call’

Menerusi satu kenyataan yang dik0ngsikan di Facebook Johor Southern Tigers, TMJ mengucapkan tahniah dan sya bas kepada para pemain, bar isan jurulatih dan staf yang terlibat kerana telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya kelab bola sepak yang berjaya memenangi kejuaraan liga lapan tahun berturut-turut sehingga layak ke peringkat tertinggi dalam Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC.

TMJ juga men gambil kesempatan itu untuk berkongsi perkembangan dan persediaan yang akan dilakukan oleh pasukan JDT untuk tahun akan datang.

Maklumlah orang jarang kalah ini, sekali sekala bila kalah jadi rajin pula buat kerja. Ada hikmah disebaliknya, bagus juga ada ‘wake-up call’. Buat apa pun jikalau Allah SWT tidak mengizinkan rezeki tersebut bukan kita punya.

Saya rasa untuk tiga musim terakhir ini, kami menjadi terlalu selesa, terlalu yakin dan kami tidak mengeluarkan belanja untuk skuad. Tetapi kini selepas apa yang terjadi, kami akan mula berbelanja semula kerana kami sudah dicabar.

Akan jalani latihan di Dubai dan Abu Dhabi

TMJ meng4nggap kekalahan dalam Piala Malaysia 2021 baru-baru ini adalah satu perkara yang positif kerana mereka dapat memperbaiki kesilapan selain menguatkan lagi pasukan JDT. Difahamkan, sebagai persiapan, para pemain pasukan JDT akan menjalani latihan pra-musin bersama beberapa kelab tempatan di Dubai dan Abu Dhabi serta kelab-kelab Eropah.

Ada beberapa pemain akan dikekalkan, ada yang akan dipinjamkan keluar dan ada pemain yang akan dilepaskan. Pengarah Teknikal JDT akan membuat pengumuman kepada para penyokong dengan lebih mendalam lagi nanti.

Saya baru ingat hendak berehat dari bola sepak tahun hadapan tetapi apa yang berlaku membuatkan saya tidak jadi berehat. Seperti yang saya pernah katakan, ‘a wounded Tiger is always eager to bounce back’.

Sumber: Johor Southern Tigers Via Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.