Uncategorized

Bekas Anggota Tentera Udara, Tiba2 Kena Mohon Maaf Kepada Caprice. Rupanya Ada Benda Dia Salah Cakap

Seorang bekas anggota Tentera Udara Malaysia (RMAF) dikenali sebagai Raeiz Hamid, tampil bersemuka dengan penyanyi Rap Caprice dan memohon maaf kerana dakwaan menyindir pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Raeiz membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Caprice dan mengakui ada kesilapan dilakukan daripada pihaknya.

“Setelah perbincangan dibuat, saya akui ada benda yang saya tersilap jadi saya memohon maaf secara jujur dan ikhlas kepada saudara Ariz Ramli.

“Jadi, sama-sama kita pandang ke depan supaya kita boleh permudahkan usaha semua pihak. Mohon semua blog atau mana-mana pihak yang menyebarkan dan menyiarkan video saya itu supaya tarik balik dan tolong jangan mengeruhkan keadaan.

“In the end kita sama-sama nak berjihad, tolong orang lain. Alhamdulillah, tidak ada isu di antara saya dengan Caprice,” katanya.

Video pertemuan dengan Raeiz telah dimuat naik Caprice di laman sosial Instagram (IG)nya.

Menerusi ruangan kapsyen, Caprice yang juga aktivis kemanusiaan menerima permohonan maaf Raeiz.

“Salam, Alhamdulillah saudara Raeiz bekas RMAF terima jemputan untuk berdepan hari ni tentang issue Askar, Bomba, Polis, APM, dan YDP Agong.

Pihak saya terima permohon maaf dan kita pun minta maaf kalau sape2 terase dgn posting tentang Merdeka dan asset negara.

Posting tersebut dan soalan tentang asset adelah soalan dan content yang sangat serious dgn situasi sekarang. Xde unsur kutuk atau nak jatuhkan PASUKAN, cuma kita nak sangat tahu.. mana semua asset yang hebat tu. InsyaAllah.

Kami sentiasa bekerjesama dgn pihak Polis, Bomba, Askar, dan APM untuk bantu mangsa2 banjir.

Permudahkanlah jalanan untuk sahabat2 kita, rakyat biasa ke, NGO ke, polis, askar, apm, dan bomba untuk bantu dan selamatkan masyarakat supaya kita bangkit balik.

Malaysia has got a long way to go to recovery, jom kita #rapatkansaf2040 dan bangkit semula insyaAllah

Pihak Caprice juga memohon maaf kepada sesiapa juga yang tersinggung dengan hantaran yang dibuatnya sebelum ini.

Terdahulu, Caprice telah menangkis dakwaan Raeiz yang menuduh dia menyindir pasukan keselamatan termasuk ATM.

Maklum balas tersebut dibuat Caprice dakwaan Raeiz itu menjadi tular di TikTok.

Dalam video berkenaan, Raeiz menyifatkan tindakan dilakukan Carpice sebagai tidak bertanggungjawab.

Raiez bertindak mengkritik Caprice selepas dia memuat naik beberapa keping gambar di IG, memaparkan aset-aset pasukan keselamatan negara yang dipertontonkan kepada rakyat sewaktu perarakan sambutan Hari Kebangsaan beberapa tahun lalu.

sumber: astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.