Hiburan

“Chis Bedeb4h!”– Harith Iskander Teringin Nak Jadi PA Vida, Tapi Netizen Bagitahu Ada Syarat Yg Dia Tak Lepas

Baru-baru ini, kec0h di laman sosial apabila usahawan popular, Datuk Seri Vida memuat naik status mencari seorang pembantu peribadi atau PA.

Sungguhpun gaji bulanan yang ditawarkan berjumlah RM10,000 sebulan, namun, kriteria lain yang perlu ada pada calon PA tersebut dilihat menj3ntik hati netizen.

Menurut Vida, dia memerlukan seorang PA lelaki berstatus bujang, berusia 25 hingga 30 tahun dan yang paling penting mempunyai rupa paras yang kacak.

Begitupun, ramai dalam kalangan netizen yang dilihat memberi respons terhadap kriteria yang diingini oleh Vida dalam mencari seorang PA.

Ada yang mendakwa diri mereka tidak cukup kacak untuk mencuba dan secara sarkastik mem3rli Vida dan bertanya adakah dia sebenarnya mencari ‘anak ikan’.

Hal pencarian PA itu sampai ke pengetahuan pengacara popular Harith Iskander. Berkongsi laporan berita tentang hal berkenaan di Instagramnya, Harith mend4kwa yang sebenarnya ingin mencuba nasib memohon kerja sebagai PA usahawan tersebut.

“Baru nak apply, tapi sedar yang saya tak kena dengan semua kriteria. Ch1s Bed3bah! Kalau saya kenal DSV beberapa abad lepas… mungkin perkara akan jadi lain hari ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Netizen Kata Harith Pvcuk Tua

Salah seorang pengikut Harith bertanya kembali di ruangan komen mengapakah kriteria PA yang dicari merupakan lelaki muda yang kacak.

“Tapi kenapa PA itu mesti kacak dan lelaki muda sahaja… apakah kriteria kerja ini,” soalnya.

“Kalau dia perlukan genie, kamu harus cuba,” katanya.

Meninjau komen-komen yang ditinggalkan di sebuah forum hiburan pula, ada yang menyifatkan Harith sudah agak berusia untuk menjadi PA Vida.

“Ko tak cukup tasty untuk DSV… lagi pun ko dah pucuk tua,” tulisnya.

Sementara itu, ada juga yang sempat berseloroh dan meminta Harith untuk mencuba jika Vida mahukan seorang genie (merujuk kepada J1n dalam kisah dong3ng).

Meninjau komen-komen yang ditinggalkan di sebuah forum hiburan pula, ada yang menyifatkan Harith sudah agak berusia untuk menjadi PA Vida.

Terdahulu, Vida menjadi topik bualan hangat netizen apabila kononnya ingin berkahwin dengan seorang usahawan muda iaitu Iqbal.

Ramai mula berharap gaji jadi PA Vida RM10,000, Sekali Iqbal tunjuk bukti bayaran dia dapat

USAHAWAN kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli membidas kenyataan Datuk Seri Vida kononnya dia menerima bayaran gaji sebanyak RM50,000 semasa berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA) kepada jutawan kosmetik itu.

Menurut Iqbal, 27, apa yang diberitahu oleh Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman itu adalah satu pembohongan dan tidak benar.

“Mengarutlah RM50,000! Saya dulu permulaan RM1,400 saja, nak naik RM200 pun sampai bergaduh nak kena buang kerja.

“Tahun ketiga barulah RM2,000 lebih. Itupun saya berkerja dari Subuh sampai malam, gaji saya sama sahaja dengan staf lain, bahkan staf lain lebih tinggi… cuma siapa rajin dan kreatif buat sales mereka akan dapat setimpal dengan usaha.

“Tak baik berjanji dan buat macam tu! Nanti orang yang betul-betul mencari kerja berharap nak gaji sebanyak itu,” katanya kepada mStar.

Iqbal yang kini berada di Indonesia turut memberi bukti paparan skrin jumlah sebenar gaji yang dibayar kepadanya setiap bulan.

Pada Selasa, mStar melaporkan Vida menerima hampir 60 permohonan daripada individu yang berminat menjadi PA dengan tawaran gaji RM10,000.

Saya sebolehnya tak nak dah sebut nama dia, tapi dia pula yang tak boleh duduk diam!

Kata Vida, dia pernah membayar Iqbal sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 sebulan semasa berkhidmat dengannya pada tahun 2017.

Dalam pada itu, Iqbal turut mempersoalkan pemilihan calon pekerja dan kriteria yang dinyatakan oleh Vida.

“Apa salah jika PA wanita? Wanita sekarang pun sudah pintar edit video, bijak berniaga dan boleh lakukan semua benda. Tak cukup bagus ke staf yang ada sekarang? Ramai lagi staf yang tak dapat perhatian sepenuhnya.

“Atau mahu PA lelaki bertujuan untuk berjoget lagu hindustan seperti yang pernah dilakukan selepas buang saya dulu? Itu bukan menyakitkan saya tetapi menjatuhkan martabat janda,” ujarnya.

Sementara itu, Iqbal meminta Vida tidak lagi mengaitkan namanya dalam apa jua perkongsian di laman sosial.

“Dia cakap saya selalu sebut nama dia… padahal dah lama saya tak tulis fasal dia tapi dia yang meroyan di Instagram dan TikTok.

“Saya sebolehnya tak nak dah sebut nama dia, tapi dia pula yang tak boleh duduk diam… saya di Indonesia ni enjoy sambil-sambil cari teman wanita. Cukup-cukuplah petik nama saya,” ujarnya.

Vida dah terima 60 resume calon PA, gaji boleh cecah RM50,000 kalau perform!

PERKONGSIAN usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang mencari pembantu peribadi dengan menawarkan gaji RM10,000 menarik perhatian netizen di laman sosial.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, sehingga kini dia menerima hampir 60 resume yang membuat permohonan menerusi emel.

“Setakat ini dalam emel dah ada lebih 50 atau 60 resume, kalau mesej peribadi (DM) ada lebih kurang 100.

“Ia menyukarkan pihak kami kerana kriteria handsome memang datang yang kacak-kacak sudah macam nak buat pencarian Hero Remaja pula.

“Tapi perfomance sebagai PA itu tak tahu macam mana lagi,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Vida berkata, dia berharap calon PA yang bakal bekerja dengannya perlu sentiasa bersedia dan berketrampilan kerana bakal menggantikan dirinya menghadiri mesyuarat.

Sementara itu, Vida berkata, jumlah RM10,000 yang diiklankan bukanlah hanya sembang kosong atau ‘scam’, sebaliknya dia boleh memberi jumlah yang lebih tinggi jika mampu melakukan tugas dengan baik.

“RM10,000 tu sebagai geli-geli je bab gaji tu you kena perform lebih dari itu you boleh dapat tau.

“Saya bukan ‘scam’, boleh dapat lebih daripada RM10,000… saya boleh beri RM50,000 tapi kenalah pandai buat kerja,” ujarnya.

Vida turut mendedahkan dia membayar gaji bekas PA terdahulu iaitu ahli perniagaan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli kira-kira RM50,000 hingga RM100,000 setiap bulan.

Sebelum ini, Vida pernah merancang untuk berkahwin dengan Iqbal, namun percintaan mereka terputus di tengah jalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.